Tutup Sempadan Ketika Musim Raya Tahun Ini Saran Pakar Kesihatan


 
Dr Lee Boon Chye dan Dr M Subramaniam bersetuju bahawa SOP seperti ketika Tahun Baharu Cina diperlukan bagi memastikan angka Covid-19 dapat dikawal ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.PETALING JAYA: Larangan perjalanan merentas negeri harus dikekalkan ketika musim perayaan Aidilfitri yang akan datang kerana kadar jangkitan Covid-19 masih tinggi, kata pakar kesihatan.
Bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, Putrajaya tidak sepatutnya menamatkan sekatan itu sehingga angka Covid-19 jatuh kepada dua digit.
Tambah beliau, disebabkan sistem pengesanan kontak masih lemah, pergerakan orang ramai secara besar-besaran tidak boleh dibenarkan.
Beliau juga menggesa pihak berkuasa menghadkan bilangan individu yang mengunjungi keluarga bagi memastikan penjarakan fizikal dapat dijaga, selain memastikan jarak 1m antara pelanggan di restoran dipatuhi dengan ketat.
Kata beliau, ketiadaan lonjakan kes di Semenanjung menunjukkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika Tahun Baharu Cina pada Februari berkesan.
Pada Januari, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan SOP bagi musim perayaan Tahun Baharu Cina, termasuk tidak lebih 15 ahli keluarga daripada rumah yang berlainan dibenarkan makan bersama-sama, dengan syarat mereka tinggal tidak lebih daripada radius 10km.
Ahli-ahli keluarga ini juga tidak dibenarkan merentas daerah atau negeri kerana kebanyakan kawasan dalam negara masih berada bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 pada masa itu.
Kata Lee, dengan tidak menyekat perhimpunan ahli keluarga, jumlah kes mungkin meningkat apabila ahli-ahli keluarga tidak mematuhi penjarakan fizikal.
Lee, yang juga Ahli Parlimen Gopeng, berkata, Kementerian Kesihatan perlu memperbaiki sistem yang mengesan kontak dalam tempoh 48 jam kes dikesan supaya penularan Covid-19 dapat dibendung.
“Jika ini dapat dilakukan, pihak berkuasa mungkin mengkaji semula larangan merentas negeri. Jika tidak, kita akan melihat lonjakan kes lagi apabila berjuta-juta rakyat merentas negeri,” kata beliau.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr M Subramaniam bersetuju, dengan berkata, kes Covid-19 sudah dijangka akan meningkat dengan orang ramai mengunjungi bazar Ramadan selama 30 hari akan datang.
Beliau juga menggesa pihak berkuasa untuk terus menyekat perjalanan merentas negeri.
“Orang ramai mungkin mahu menyambut Hari Raya dengan keluarga selepas sekatan tahun lalu, tetapi demi kesihatan, mungkin kita boleh menahan diri sedikit lama lagi, supaya angka (Covid-19) dapat dikawal,” kata beliau kepada FMT.
Tambah beliau, kerajaan mungkin perlu membuat keputusan yang sukar dengan mengehadkan bilangan orang yang mengunjungi rakan-rakan dan keluarga dalam radius 20km, bagi tujuan pengesanan kontak. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/04/tutup-sempadan-ketika-musim-raya-tahun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Bercuti Di Turki Ketika Musim Sejuk

Tips Bercuti Di Turki Ketika Musim Sejuk

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 250 hits
Artikel ini menceritakan tips dari seorang pelajar yang berpengalaman bercuti di Turki pada musim sejuk selama 6 minggu Turki adalah salah sebuah dari negara yang mempunyai empat musim iaitu musim sejuk musim luruh musim panas dan musim bun...
Ambil Iktibar Tahun Baharu Cina Elak Perhimpunan Besar Aidilfitri Kata Pakar

Ambil Iktibar Tahun Baharu Cina Elak Perhimpunan Besar Aidilfitri Kata Pakar

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 202 hits
Lonjakan kes jangkitan di Sarawak pada Februari dipercayai akibat perhimpunan sosial di bistro restoran dan kediaman peribadi ketika Tahun Baharu Cina PETALING JAYA Pakar kesihatan menggesa pihak berkuasa berkaitan memperketat penguatkuasaa...
Saya Kan Tak Ada Keluarga Warga Emas Berusia 58 Tahun Menikah Dengan Gadis Berusia 19 Tahun

Saya Kan Tak Ada Keluarga Warga Emas Berusia 58 Tahun Menikah Dengan Gadis Berusia 19 Tahun

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 390 hits
The ReporterPernikahan dengan perbezaan usia yang jauh terjadi lagi di Indonesia di mana seorang lelaki bernama Bora 58 menikah seorang gadis berusia 19 tahun bernama Ira Fazillah Menurut Ketua Kampung Dusun Cippaga di Kabupaten Bone Sulawe...
Rayakan Ulang Tahun Choi Siwon Nyanyikan Lagu Andra And The Backbone Khusus Untuk Fans Indonesia

Rayakan Ulang Tahun Choi Siwon Nyanyikan Lagu Andra And The Backbone Khusus Untuk Fans Indonesia

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 180 hits
Sering bolak balik Indonesia ternyata bikin Choi Siwon suka dengerin lagunya Andra and the Backbone
Budak 6 Tahun Selamat Selepas Terjatuh Dari Tingkat Lima

Budak 6 Tahun Selamat Selepas Terjatuh Dari Tingkat Lima

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 208 hits
kanak kanak berusia enam tahun terselamat selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Buenos Aires Argentina pada Selasa Akibat kejadian itu kanak kanak tersebut mengalami beberapa kecederaan serius termasuk patah tulang serta k...
Tahun Lalu Tiada Rezeki Kini Peniaga Bazar Bersemangat Sambut Ramadan

Tahun Lalu Tiada Rezeki Kini Peniaga Bazar Bersemangat Sambut Ramadan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 319 hits
Peniaga baru dan lama menantikan bulan yang dijangka beri mereka peluang tambah pendapatan Veteran bazar Ramadan Salwani Abdul Shukor akan menjual makanan ringan di bazar Ramadan tahun ini Tahun lalu peniaga bazar Ramadan tiada rezeki berni...
28 Tahun Terbiar Akhirnya Highland Towers Akan Dirobohkan

28 Tahun Terbiar Akhirnya Highland Towers Akan Dirobohkan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 190 hits
Selepas terbiar selama 28 tahun kondominium penuh cerita dan kontroversi iaitu Highland Towers yang terletak di Taman Hillview Hulu Kelang akhirnya bakal dirobohkan dalam masa terdekat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida K...
Templat Pelaporan Pbd Tahun 5 Sk Dan Sjk

Templat Pelaporan Pbd Tahun 5 Sk Dan Sjk

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 354 hits
Templat Pelaporan Pentadbiran Bilik Darjah Tahun 5 SK dan SJK adalah untuk kegunaan para guru dalam menyiapkan pelaporan pentaksiran bilik darjah Pentaksiran Bilik Darjah amat penting dalam sistem pendidikan dimana ianya bertujuan untuk men...
Murid Tahun Satu Cedera Bibir Bengkak Dan Berdarah Akibat Di Tampar Dek Guru Sekolah

Murid Tahun Satu Cedera Bibir Bengkak Dan Berdarah Akibat Di Tampar Dek Guru Sekolah

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 307 hits
JOHOR BAHRU Seorang murid tahun satu mengalami kecederaan bibir bengkak dan berdarah akibat ditampar guru sekolah dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Kulai dekat sini Isnin lalu Menurut ibu kanak kanak malang itu Ida Sofea Mohamed 34 m...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur