Tahun Lalu Tiada Rezeki Kini Peniaga Bazar Bersemangat Sambut Ramadan


Farhira Farudin Peniaga baru dan lama menantikan bulan yang dijangka beri mereka peluang tambah pendapatan.

Veteran bazar Ramadan, Salwani Abdul Shukor akan menjual makanan ringan di bazar Ramadan tahun ini. Tahun lalu, peniaga bazar Ramadan tiada rezeki berniaga akibat pandemik Covid-19.
Namun 2021, nasib bakal menyebelahi mereka selepas diberi lampu hijau untuk membuka gerai di bazar.
Selepas setahun, peniaga dilihat bersemangat untuk memulakan operasi perniagaan mereka.
Bagi Ros Sahilla Atira dan suaminya, Mohamad Hafiz, tahun ini adalah bazar Ramadan pertama yang mereka sertai.
Pasangan yang berasal dari Terengganu itu bakal menawarkan sajian tempatan termasuk nasi dagang dan pulut nyiur.
Ros Sahilla dan suami menawarkan sajian Terengganu di bazar Ramadan tahun ini.Pasangan itu sebelum ini adalah pengusaha kantin di sebuah sekolah rendah namun malangnya, kontrak mereka ditamatkan Disember tahun lalu ekoran langkah-langkah diambil pihak sekolah bagi mengekang penularan Covid-19, hal ini memaksa perkhidmatan mereka ditamatkan selepas operasi sekolah ditutup di seluruh negara.
Bukan sekadar itu, mereka juga mengalami kerugian kerana kebanyakan pelajar disarankan membawa makanan mereka sendiri dari rumah.
Setelah kontrak berakhir, mereka tahu sukar untuk mereka bertahan di Terengganu.
Berbekalkan wang simpanan, mereka berpindah ke Selayang, Selangor demi memulakan kehidupan baru.
“Ini keputusan last minute,” kata Ros Sahilla kepada MalaysiaNow.
“Kami dah tak boleh duduk di Terengganu, jadi kami putuskan untuk pindah ke sini, mula perniagaan semula dari awal.”
Mereka baru sahaja sebulan menjadi penduduk Selayang, namun suasana daerah itu menggembirakan mereka.
“Perniagaan kami lebih baik di sini berbanding di Terengganu,” kata Ros Sahilla.
Bulan lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan untuk dibuka tahun ini.
Namun, katanya, gerai-gerai bazar mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk ruang yang cukup antara gerai, pemisahan pintu masuk dan keluar, selain wajib memeriksa suhu dan daftar masuk melalui aplikasi MySejahtera.
Menurut Ismail lagi, bazar Ramadan dibenarkan untuk dibuka bermula pukul 3 petang hingga 8 malam sementara bazar Aidilfitri dibenarkan untuk beroperasi dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.
Ros Sahilla dan Hafiz sedar SOP wajib dipatuhi, terutama di kawasan sesak seperti bazar Ramadan.
“Sekarang ni pun, orang ramai dah beratur nak beli hidangan kami,” tambah Ros Sahilla.
“Untuk bazar Ramadan minggu depan, kami akan buat SOP lebih ketat dan pastikan pelanggan menjaga jarak fizikal.
“Apa pun, saya sangat gembira dapat peluang sertai bazar minggu depan.
“Tengok keadaan sekarang, saya tak fikir kami balik semula (ke Terengganu).”
Berbeza dari Ros, Salwani Abdul Shukor pula adalah veteran bazar Ramadan.
Salwani sudah 15 tahun mengusahakan gerai bazar Ramadan.
Setiap tahun, bazar Ramadan memberi peluang kepadanya untuk menjual pelbagai jenis makanan yang membawa keuntungan hingga RM10,000 sebulan.
Salwani bahkan menyifatkan setiap Ramadan yang dilaluinya sebagai pengusaha bazar sebagai “bulan bonus”.
Ketika perintah kawalan pergerakan dilaksanakan tahun lalu, dia terpaksa mengubah perniagaan secara dalam talian.
Malangnya, keuntungannya tidak sama seperti apa yang dia perolehi di gerai.
“Namun kami tetap bersyukur kerana masih dapat jalankan perniagaan kami.”
Tahun ini, dia berharap dapat menarik lebih banyak pelanggan walaupun SOP penjarakan fizikal yang ketat akan dilaksanakan.
Salwani berhasrat untuk menjual 1,000 ketul samosa dan 400 ketul karipap di bazar Ramadan yang bakal dibuka minggu depan.
“Kami tak ada peluang ketika bazar ditutup tahun lalu. Jadi tahun ini, saya sangat berharap kami dapat lebih banyak pelanggan.”
Dia juga berkata SOP Covid-19 memperuntukkan tiga kaki tambahan kepada gerai bagi memastikan jarak yang cukup antara peniaga.
“Saya yakin tidak ada masalah untuk pastikan penjarakan fizikal di gerai,” kata Salwani.
Seperti Ros dan Hafiz, Amirul Ikmal Izhar yang ditemui MalaysiaNow berkata Ramadan kali ini adalah perniagaan kali pertama beliau di bazar.
Dia berharap tahun ini memberi pengalaman dan kenangan yang baik untuknya.
Amirul Ikmal Izhar menawarkan pelbagai jenis sirap dan ais batu campur di gerai.Amirul akan menjual ais batu campur dengan pelbagai perisa sirap kepada pengunjung bazar nanti.
“Saya pasti semua orang sangat merindui bazar Ramadan,” katanya.
“Ini adalah acara yang kita semua nantikan setiap tahun, dan sekarang ia kembali semula. Jadi untuk tahun ini, saya rasa kita akan lihat orang akan ramai datang.”
Namun, beliau berharap agar pembeli dan penjual tidak mengabaikan arahan pihak berkuasa selepas kebenaran diberikan untuk bazar Ramadan beroperasi.
“Sebagai penjual, kami pasti akan ikut SOP sebagaimana yang telah diarahkan. Saya harap pelanggan juga akan betul-betul ikut.
“Kita harus ambil serius langkah berjaga-jaga ini.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/tahun-lalu-tiada-rezeki-kini-peniaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Roti Canai Sesak Nafas Di Bazar Ramadan

Peniaga Roti Canai Sesak Nafas Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 388 hits
Oleh NOOR HAYATI MAMAT ROSLI Ismail berbaring atas rumput kira kira 30 minit kerana sesak nafas ketika memasak roti canai dan murtabak di bazar Ramada Kuala Berang di Hulu Terengganu hari ini HULU TERENGGANU Suasana di bazar Ramadan di Kual...
Sediakan Pangkalan Web Percuma Bantu Peniaga Bazar Ramadan

Sediakan Pangkalan Web Percuma Bantu Peniaga Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 321 hits
MUHAMAD Amar Mirza menunjukkan sistem pangkalan web percuma Odajer com untuk membantu peniaga bazar Ramadan berniaga secara dalam talian FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR Kota Bharu Simpati dengan nasib peniaga berikutan bazar Ramadan dibatalkan d...
Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 216 hits
Seramai 100 peniaga bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad V di sini kecewa apabila kerajaan negeri membatalkan kebenaran operasi bazar Ramadan secara drastik di seluruh negeri itu Peniaga mendakwa mereka sudah membuat segala persiapan de...
Batal Bazar Ramadan Tergesa Gesa Peniaga Wajar Dibayar Ganti Rugi

Batal Bazar Ramadan Tergesa Gesa Peniaga Wajar Dibayar Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 192 hits
Oleh NASUHA RAHMAN April 13 2021Kerajaan Kelantan seharusnya membayar balik wang deposit kepada para peniaga ekoran bertindak membatalkan Bazar Ramadan di saat akhir Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan Che Ibrahim Mohamed berkata pembayaran ...
Peniaga Terkesan Dan Kesal Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatal Mendadak

Peniaga Terkesan Dan Kesal Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatal Mendadak

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 297 hits
Golongan peniaga yang sepatutnya memulakan perniagaan di bazar Ramadan di Kelantan mengakui terkesan dan kesal dengan pengumuman kerajaan negeri membatalkan operasi Bazar Ramadan Ini selepas kerajaan Kelantan semalam menjelaskan pembatalan ...
Yb Hulk Hilang Sabar Amuk Peniaga Bazar Ramadan Melaka

Yb Hulk Hilang Sabar Amuk Peniaga Bazar Ramadan Melaka

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 200 hits
FMT ReportersNorhizam Hassan Baktee dilihat bertengkar dalam klip video yang tular semalam MELAKA Seorang anggota exco yang dilihat memarahi peniaga di bazar Ramadan dalam klip video yang tular berkata beliau hanya mahu memastikan prosedur ...
Pembayaran Tanpa Tunai Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan

Pembayaran Tanpa Tunai Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 250 hits
KUANTAN Sistem pembayaran tanpa tunai bakal dipraktikkan oleh 1 008 peniaga di 30 tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Kuantan Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin berkata kaedah tersebut bakal dilaksana...
Larangan Bazar Ramadan Di Sabah Demi Elak Lonjakan Kes Kata Hajiji

Larangan Bazar Ramadan Di Sabah Demi Elak Lonjakan Kes Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 256 hits
Hajiji Noor melawat pasar awam Sandakan hari ini SANDAKAN Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata kerajaan negeri terpaksa membuat keputusan sukar dengan tidak membenarkan bazar Ramadan diadakan tahun ini bagi mengelakkan lonjakan kes Covid...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba