Tips Bercuti Di Turki Ketika Musim Sejuk


Artikel ini menceritakan tips dari seorang pelajar yang berpengalaman bercuti di Turki pada musim sejuk selama 6 minggu.
Turki adalah salah sebuah dari negara yang mempunyai empat musim iaitu musim sejuk, musim luruh, musim panas dan musim bunga.
Turki menjadi destinasi pilihan Saya memilih Turki sebagai negara pertama yang akan saya kunjungi untuk menikmati musim sejuk yang pertama. Negara yang terkenal dengan Aya Sofea dan Masjid Sultan Ahmed ini menjadi tarikan utama pelancong dari seluruh dunia.
Saya tertarik dengan Turki semenjak saya membaca buku sejarah Islam iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel.
Perjalanan Malaysia ke Turki Kecantikan Istanbul terutamanya melalui drama Turki amat menarik minat saya untuk mengunjunginya suatu hari nanti. Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, saya bernekad untuk bercuti di Turki ketika musim sejuk.
Saya mendaftarkan diri dalam program kesukarelawan anjuran AIESEC iaitu satu organisasi non-profit yang diuruskan oleh pelajar universiti.
Menikmati musim sejuk selama 6 minggu Program yang saya sertai diadakan di Bursa, Turki iaitu bahagian Asia Turki. Suhunya adalah lebih rendah berbanding Istanbul yang berada di bahagian Eropah Turki.
Saya mengambil peluang ini bukan sahaja untuk bercuti di Turki ketika musim sejuk tetapi juga untuk mengenali gaya hidup masyarakat Turki dan semua peserta program yang berbilang negara selama 6 minggu.
Persediaan Bercuti di Turki ketika Musim Sejuk Memandangkan ini adalah percutian musim sejuk pertama, saya tidak mempunyai pakaian dan aksesori yang lengkap untuk bercuti di Turki. Harganya juga pasti mahal dan tidak berbaloi jika digunakan hanya untuk beberapa minggu.
Oleh itu, persediaan yang cukup amat diperlukan bagi menjimatkan perbelanjaan untuk bercuti di Turki ketika musim sejuk. Perkara yang menjadi kerunsingan saya adalah tiket penerbangan, tempat tinggal, makanan, pakaian, aksesori dan insurans.
Turki ialah negara Euroasia yang dikelilingi Laut Marmara iaitu lautan yang meyambungkan Laut Hitam dan Laut Aegia. Jarak antara negara Malaysia dan Turki adalah 8,328 km. Maka, harga tiket bagi dua hala adalah melebihi dua ribu.
Nasihat Dari Kawan Online Sepanjang pembelajaran Bahasa Turki di universiti, saya telah berkawan dengan ramai kawan online dari Turki. Saya sentiasa bertanya kepada mereka tentang keadaan di Turki ketika musim sejuk. Bermula dengan perbelanjaan harian sehinggalah mengenai pakaian ketika musim sejuk.
Mengikut nasihat kawan saya yang berasal dari Izmir, Turki, harga makanan adalah mahal ketika musim sejuk termasuklah sayur-sayuran. Oleh itu, saya perlu bijak untuk membeli makanan di Turki.
Selain itu, perbelanjaan harian untuk makanan maksimum adalah 40 Lira (RM30.20) sehari. Jadi, dari situ saya boleh membuat perancangan perbelanjaan harian.
Tips Jimat untuk Percutian ke Turki Saya akan kongsikan beberapa tips untuk menikmati percutian musim sejuk yang pertama khususnya untuk negara Turki. Penjimatan ini berdasarkan bilangan hari kita bercuti di Turki.
Kebiasaannya, pakej percutian ke Turki adalah selama 9 hari 7 malam dengan harga paling murah adalah sebanyak RM3,500.
Berikut adalah tips bagi bajet percutian selama 42 hari 40 malam (6 minggu) dengan perbelanjaan sebanyak RM 5,478.70 tidak termasuk tempat tarikan pelancongan atau rekreasi yang memerlukan yuran masuk.
Program Kesukarelawan Antarabangsa oleh AIESEC Mendaftarkan diri sebagai ahli kesukarelawan sama ada melalui AIESEC atau organisasi lain. Kita akan ditempatkan di rumah keluarga angkat atau asrama mengikut kepada program kesukarelawan yang diambil.Beli tiket kapal terbang round trip berbanding asing-asing one-way.Beli tiket kapal terbang 6 bulan awal, harga adalah sekitar RM2,700 (Turkish Airlines) dan RM2,400 (airlines lain seperti KLM, Qatar, Etihad, Emirates). Kadang-kadang, harga Turkish Airlines lebih murah daripada Qatar. Jadi, kena selalu lihat updates di laman web airlines atau laman web perbandingan harga tiket kapal terbang seperti Skyscanner.Tiket dari Kuala Lumpur International Airport (KUL) ke Istanbul International Airport (IST) adalah lebih murah berbanding ke Sabiha Gokçen Airport (SAW).Sekiranya destinasi percutian berada di bahagian Asia Turki, SAW adalah lebih dekat. Namun, boleh juga ambil IST kemudian menggunakan bas atau feri untuk ke bahagian Asia Turki.Beli pakaian dan aksesori musim sejuk di kedai bundle. Pilihan saya adalah beli di Mr Musashi yang kilang utamanya berada di Taiping, Perak. Kilang tersebut terletak di belakang Econsave Kamunting. Harga baju sejuk hanya bermula RM5 – RM20 mengikut kualiti baju. Saya bertuah kerana ketika saya ke sana, semua jenis pakaian bernilai RM2.Beli heater pad, sarung tangan touch screen dan neck warmer di kedai Jepun seperti Daiso. Bagi tiga barang tersebut, hanya RM17.70.Beli kasut boots yang ada tumit sedikit dan permukaan yang kasar di kedai bundle. Harga serendah RM50.Beli insurans secara online kerana terdapat diskaun berbanding melalui ejen.Gunakan pek vacuum untuk membawa baju sejuk yang tebal bagi menjimatkan ruang beg.Sediakan jadual perjalanan dari Malaysia supaya perjalanan berjalan lancar dan perbelanjaan mencukupi terutamanya apabila memerlukan pengangkutan dari airport ke destinasi sebenar.Bawa ubat-ubatan yang mencukupi memandangkan suhu yang rendah boleh menyebabkan kita mudah jatuh sakit. Pecahan Perbelanjaan Perbelanjaan utama dibahagikan kepada sepuluh bahagian seperti berikut:
Yuran program: RM600Visa: RM 0 (Tidak perlu bagi lawatan kurang 90 hari)Insurans Melancong: RM 168.00 (Insurans Takaful Etiqa Pakej Silver)Tiket kapal terbang: RM 2,700 (Turkish Airlines)Pakaian dan aksesori musim sejuk: RM123.70Makanan: RM 1,289.00 (RM 30.20/hari)Tempat tinggal: RM 0 (Tinggal di rumah keluarga angkat)Telco: RM42 (RM21/bulan 2GB Vodafone)Pengangkutan: RM 56 (RM 28/trip) 2 trip dari airport ke Terminal Bus BursaDuit kecemasan: RM 500Jumlah keseluruhan perbelanjaan: RM5,478.70 Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan. Sila hubungi kami sekiranya ingin menyumbangkan artikel di blog ini. Terima kasih.

The post Tips Bercuti di Turki ketika Musim Sejuk appeared first on Radio Senyap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.radiosenyap.com/2019/10/tips-bercuti-di-turki-ketika-musim-sejuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Elak Gangguan Makhluk Halus Ketika Outstation Bercuti

Tips Elak Gangguan Makhluk Halus Ketika Outstation Bercuti

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 659 hits
Makhluk halus sentiasa berada di mana mana saja Tidak kiralah di rumahlah tempat kerjakah ataupun di tempat tempat percutian Setiap tempat mempunyai penunggu dan cerita seram dia yang tersendiri Kepada mereka yang selalu ke outstation samad...
Tips Penting Supaya Tidak Ditipu Oleh Kontraktor Ketika Ubahsuai Rumah Idaman

Tips Penting Supaya Tidak Ditipu Oleh Kontraktor Ketika Ubahsuai Rumah Idaman

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 378 hits
AssalamualaikumHari tu qaseh keluar jalan jalan setelah lama hidup dalam paranoid dengan covid19 ni so tempat pertama yang qaseh pergi adalah IKEA Salah satu tempat favourite yang qaseh suka sangat pergi sebab selain nak makan meatball qase...
Bersiap Sambut Musim Liburan Turki Luncurkan Program Vaksinasi Untuk Pekerja Bidang Pariwisata

Bersiap Sambut Musim Liburan Turki Luncurkan Program Vaksinasi Untuk Pekerja Bidang Pariwisata

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 202 hits
Turki ingin pastikan kesehatan dan keselamatan pekerja pariwisata serta penduduk terjaga selama musim liburan
Resepi Puding Roti Versi Tembikai Enak Di Makan Ketika Sejuk

Resepi Puding Roti Versi Tembikai Enak Di Makan Ketika Sejuk

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 465 hits
Resepi Puding Roti Versi Tembikai Enak Di Makan Ketika Sejuk Lamanya tak buat puding roti nie Sedap nie mkn sejuk2 saya share resepi sekali
600 Penonton Turut Saksi Sesi Ujian Acara Olimpik Paralimpik Musim Sejuk Beijing

600 Penonton Turut Saksi Sesi Ujian Acara Olimpik Paralimpik Musim Sejuk Beijing

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 297 hits
Images KONGSI ARTIKEL BEIJING China pada Jumaat mengadakan sesi ujian terhadap beberapa acara pertandingan menjelang berlangsungnya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing Sesi ujian itu membabitkan li
Tutup Sempadan Ketika Musim Raya Tahun Ini Saran Pakar Kesihatan

Tutup Sempadan Ketika Musim Raya Tahun Ini Saran Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 212 hits
Dr Lee Boon Chye dan Dr M Subramaniam bersetuju bahawa SOP seperti ketika Tahun Baharu Cina diperlukan bagi memastikan angka Covid 19 dapat dikawal ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri PETALING JAYA Larangan perjalanan merentas negeri...
Pilihanraya Tidak Akan Berlaku Ketika Ini

Pilihanraya Tidak Akan Berlaku Ketika Ini

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 239 hits
Asalamualaikum sahabatSaya ni suka menulis tapi sahabat andai semua jangan anggap tulisan saya ini sangat berasas atau tidak ada asas anggap saja satu bahan bacaan tambahan sahaja dan nilai kebenarannya selepas ini kerana ada banyak juga tu...
Belajar Kegagalan Apu Semangat 46 Mn Lahir Ketika Kita Tidak Punya Apa Apa Zahid Hamidi

Belajar Kegagalan Apu Semangat 46 Mn Lahir Ketika Kita Tidak Punya Apa Apa Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 211 hits
Zahid PAS fikir jelas jelas belajar kegagalan APU Semangat 46 Umno serius memperkukuhkan kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional tegas Presidennya Ahmad Zahid Hamidi mengulas status gabungan itu selepas PAU 2020 Justeru saya berharap r...
8 Seram Jepun Yang Pernah Cetuskan Fenomena Suatu Ketika Dahulu

8 Seram Jepun Yang Pernah Cetuskan Fenomena Suatu Ketika Dahulu

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 298 hits
J Horror atau juga dikenali sebagai Japanese Horror pernah mencetuskan fenomena sekitar penghujung 90 an dan awal 2000 an Perbezaannya elemen seramnya berbanding filem filem dari Hollywood menjadi faktor kepada populariti filem seram dari J...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah