Ambil Iktibar Tahun Baharu Cina Elak Perhimpunan Besar Aidilfitri Kata Pakar


Hakimie Amrie HisamudinLonjakan kes jangkitan di Sarawak pada Februari dipercayai akibat perhimpunan sosial di bistro, restoran dan kediaman peribadi ketika Tahun Baharu Cina. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pakar kesihatan menggesa pihak berkuasa berkaitan memperketat penguatkuasaan ketika sambutan Hari Raya untuk mencegah lonjakan jangkitan Covid-19.
Mereka berkata kita perlu mengambil iktibar dari peningkatan kes di Sarawak sejurus selepas perayaan Tahun Baru Cina pada Februari.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Subramaniam Muniandy berkata, risiko orang ramai mengambil sikap sambil lewa ketika perhimpunan perayaan masih membimbangkan.
Sebelum Tahun Baharu Cina, Sarawak melaporkan kira-kira 160 kes sehari, namun dua minggu kemudian melonjak kepada 353 pada 25 Feb, iaitu selepas sambutan perayaan berkenaan pada 12 dan 13 Feb.
Penguatkuasaan juga lebih sukar ketika tempoh perayaan. Sebarang keredaan dalam sekatan perlu dikawal dengan SOP sewajarnya,” kata Subramaniam kepada FMT.
Subramaniam berkata, sebarang keputusan untuk mengurangkan sekatan juga mesti disokong data saintifik.
Sementara itu, bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye bersetuju perhimpunan besar-besaran patut dielakkan.
“Sebarang perhimpunan di mana pemakaian pelitup muka adalah tidak praktikal, contohnya pada acara melibatkan makan tengah hari atau malam, pada peringkat ini masih tidak dinasihatkan. Dari segi isi rumah, perhimpunan tidak patut melebihi 20 orang pada satu-satu masa untuk memastikan penjarakan fizikal.
“Orang awam juga patut dinasihatkan mengehadkan lawatan sosial kepada anggota keluarga dan rakan sehingga kurang daripada 30 minit,” cadangnya.
Pada Februari, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Dr Sim Kui Hian berkata pengesanan kontak di negeri itu menunjukkan bahawa perhimpunan sosial di bistro, restoran dan kediaman persendirian sempena Tahun Baharu Cina sebagai faktor utama kes baharu yang dilaporkan, terutama di daerah Kuching dan Samarahan.
Sehingga 30 Mac, sejumlah 33 kluster Covid-19 masih aktif di Sarawak dengan lapan daripadanya terus merekodkan kes baharu, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.
Bercakap kepada FMT, Lee menggesa kerajaan memikirkan SOP lebih konsisten, praktikal dan jelas sempena Aidilfitri untuk mengelak sebarang kekeliruan.
Bagi solat berjemaah dan aktiviti keagamaan lain sempena Aidilfitri, Lee berkata jumlah jemaah di masjid patut dihadkan untuk memastikan penjarakan sosial dan mengelak acara ‘super spreader’.
Beliau bagaimanapun tidak risaukan bazar Ramadan dan Hari Raya.
“Risikonya agak rendah kerana bazar diadakan di tempat terbuka dan pelawat lazimnya tidak menghabiskan masa lama di situ,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu difikirkan secara mendalam kerana jumlah kes akibat kluster golongan yang pulang ke kampung halaman meningkat ketika ia dibenarkan sebelum ini.
“Sekatan pergerakan perlu di tempat yang jangkitan komuniti adalah tinggi. Penduduk di kawasan di mana jangkitan komuniti adalah tinggi tidak patut dibenarkan mengembara secara bebas.”
Sementara itu, Subramaniam berkata kerajaan tidak patut menjadi satu-satunya pihak yang bertanggungjawab memastikan kadar jangkitan Covid-19 kekal rendah.
“Orang ramai mesti tahu mereka masih memainkan peranan penting untuk memastikan jangkitan tidak tinggi dan melandaikan keluk.
“Jika perjalanan antara negeri dibenarkan dan orang ramai boleh pulang ke kampung halaman, mereka mesti bersikap bertanggungjawab dalam saling melindungi diri mereka terutama warga emas dan golongan berisiko tinggi. Satu-satunya cara untuk memastikannya adalah dengan mematuhi SOP.”
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/ambil-iktibar-tahun-baharu-cina-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Captagon Dadah Baharu Militan Rangsang Jadi Berani Kata Ayob Khan

Captagon Dadah Baharu Militan Rangsang Jadi Berani Kata Ayob Khan

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 287 hits
March 25 2021 Selasa lalu media melaporkan kejayaan kastam mematahkan cubaan menyeludup 94 8 juta pil Captagon bernilai RM5 2 bilion dalam operasi di Pelabuhan Klang Selangor pada 15 Mac lepas dianggar seberat 16 tan yang disorok dalam roda...
Empat Kluster Baharu Dikesan Dua Libat Tempat Kerja Kata Kp Kesihatan

Empat Kluster Baharu Dikesan Dua Libat Tempat Kerja Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 311 hits
EMPAT kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas dengan masing masing satu di Pulau Pinang Johor Sarawak dan Perak kata Dr Noor Hisham Abdullah Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata dua kluster melibatkan tempat ke...
Bawa Masuk Orang Muda Dengan Idea Baharu Kata Tok Mat

Bawa Masuk Orang Muda Dengan Idea Baharu Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 244 hits
PETALING JAYA Umno mungkin pernah menyaksikan kegemilangannya pada 1970 an dan 1980 an dan kemudian berdepan dengan keadaan terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini namun satu hal yang pasti buat parti berusia 74 tahun itu ia tidak bo...
Belanja Rm1 24 Juta Hasil Sentuhan Pakar Xiaomi Akhirnya Tampil Dengan Logo Berwajah Baharu

Belanja Rm1 24 Juta Hasil Sentuhan Pakar Xiaomi Akhirnya Tampil Dengan Logo Berwajah Baharu

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 229 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Hampir setiap kali sesebuah syarikat mengumumkan logo baharu orang ramai pastinya mengharapkan rekaan yang tampak lebih moden serta berbeza dengan logo sebel...
Hiburan Kesian Aisha Masih Kecil Peminat Minta Beranak Lagi Fasha Sandha Kata Tunggu Lagi Dua Tiga Tahun

Hiburan Kesian Aisha Masih Kecil Peminat Minta Beranak Lagi Fasha Sandha Kata Tunggu Lagi Dua Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 278 hits
Pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz memang diketahui ramai sering memuat naik gambar keluarga dan sudah tentu keletah anak ketiga kepada pasangan ini iaitu Aisha Amaira sering sahaja mencuri perhatian peminat kerana aksinya yang comel dan m...
Pas Goreng Kata Ramai Siam Cina India Sokong Dia

Pas Goreng Kata Ramai Siam Cina India Sokong Dia

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 199 hits
April 6 2021 Dewan Himpunan Pendukung PAS Kedah berjaya menubuh beberapa lagi cawangan baharu yang turut melibatkan masyarakat Siam Cina dan India Pengerusinya K Kumaresan berkata cawangan baharu terbabit di Baling Jerlun Kuala Kedah dan Pa...
Larangan Bazar Ramadan Di Sabah Demi Elak Lonjakan Kes Kata Hajiji

Larangan Bazar Ramadan Di Sabah Demi Elak Lonjakan Kes Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 313 hits
Hajiji Noor melawat pasar awam Sandakan hari ini SANDAKAN Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata kerajaan negeri terpaksa membuat keputusan sukar dengan tidak membenarkan bazar Ramadan diadakan tahun ini bagi mengelakkan lonjakan kes Covid...
Sejumlah Besar Rm4 Bilion Dana Pencen Dicuri Kata Peguam

Sejumlah Besar Rm4 Bilion Dana Pencen Dicuri Kata Peguam

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 214 hits
V AnbalaganPUTRAJAYA Sejumlah besar pinjaman bernilai RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd daripada dana persaraan kerajaan mungkin dicuri tetapi laporan polis tidak dibuat mengenainya hujah peguam ketika prosiding melibatkan rayuan ...
Hukuman Bukan Cara Selesaikan Masalah Disiplin Murid Kata Pakar

Hukuman Bukan Cara Selesaikan Masalah Disiplin Murid Kata Pakar

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 360 hits
Pakar mengesyorkan untuk ibu bapa guru teliti akar permasalahan tingkah laku berbanding menggunakan hukuman keras Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang berjalan pulang ke rumah masing masing setelah tamat sesi pers...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan

Istirehatlah Daripada Cinta Yang Salah

Jack Filem Tamil Spy Action Comedy Korang Layan Je