Tutup Sekolah Mudah Nasib Murid Macam Mana



Dr Maszlee Malik
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Kanan Pendidikan dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia di atas pengumuman penting sebentar tadi.
Sekurang-kurangnya terdapat 2 pengumuman penting yang telah disampaikan iaitu penutupan semua sesi persekolahan sehingga Januari 2021 serta pindaan tarikh beberapa peperiksaan penting seperti SPM, STPM, SVM & STAM.
Sejak pengumuman tadi juga, saya dihujani dengan pelbagai reaksi dan maklum balas dari pelbagai pihak. Timbul beberapa persoalan dan kebimbangan yang saya fikir wajar disuarakan dan diberikan tumpuan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
Persoalan-persoalan ini mungkin kelihatan operasional, namun ianya memberikan dampak yang langsung dan menyentuh soal kehidupan rakyat seharian. Saya percaya rakyat yang sedang berdepan dengan kesukaran ekonomi di luar sana tidak boleh dibebankan dengan isu operasional KPM yang tidak jelas.
Pertama, pengumuman saat akhir penutupan sekolah ini telah menyukarkan ibu bapa yang terpaksa mencari cara untuk merentas negeri untuk mengambil anak-anak di asrama. Persoalan yang dibangkitkan ialah mengapa pengumuman penting seperti ini dibuat secara tiba-tiba? Bagaimana dengan 2.4 juta keluarga miskin & B40 yang terpaksa mencari wang untuk membeli tiket dan membiaya kos perjalanan dalam masa terdekat?
Kedua, apakah status guru duka lara yang telah lama berjauhan dengan pasangan masing-masing? Selama ini mereka terpaksa menanggung beban membeli tiket berkali-kali akibat pengumuman saat akhir YBMK. Adakah mereka dibenarkan kembali bersama setelah berbulan-bulan tidak bersua muka, terutama untuk mereka yang terpaksa berulang alik antara Sabah, Sarawak & Semenanjung?
Ketiga, apakah nasib lebih dari 600,000 murid penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang hari ini tidak boleh ke sekolah? Apakah YBMK mempunyai perancangan khas untuk membantu lebih setengah juta anak warga miskin & B40 ini yang selama ini bergantung sepenuhnya dengan pengambilan RMT?
Kempat, apakah perancangan untuk lebih dari 70,000 pekerja kantin yang hari ini tiada gaji harian kerana sekolah ditutup? Saya percaya jumlah mereka yang banyak ini memerlukan perhatian yang lebih besar oleh Kerajaan kerana mereka rata-ratanya datang dari golongan miskin & B40.
Kelima, apakah perancangan YBMK untuk 36.9% murid yang tiada peranti di rumah? Apakah perancangan alternatif untuk memastikan golongan ini tidak ketinggalan ketika rakan-rakan mereka yang lain melaksanakan kelas dalam talian bersama guru mereka? Bagaimana pula dengan keluarga miskin & B40 yang bukan sahaja tidak mempunyai peranti, bahkan tidak mempunyai talian internet di rumah?
Keenam, apakah perancangan YBMK untuk murid cicir setelah sekolah dibuka kelak? Saya difahamkan murid Tingkatan 2 & 3 hanya akan kembali ke sekolah pada Mac 2021. Ini bermakna mereka akan berada di rumah sekitar 3 bulan. Terdapat kajian yang menyatakan ketidakhadiran murid ke sekolah selama 14 minggu boleh menyebabkan anak-anak kehilangan pembelajaran seolah-olah 2 tahun lamanya. Adakah pihak KPM akan mengeluarkan data murid cicir pasca PKP kepada umum kelak?
Ketujuh, apakah KPM ada melaksanakan bantuan psikologi & mental untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan penting seperti SPM & STPM? Saya percaya mereka adalah golongan yang paling terjejas akibat beberapa pengumuman tundaan peperiksaan. Peperiksaan penting yang akan mereka duduki akan menentukan masa depan mereka kelak. Cadangan saya, KPM harus segera melaksanakan saringan mental dan mempunyai perancangan untuk memastikan motivasi mereka tidak jatuh berkecai semata-mata kerana kegagalan kita semua merancang yang terbaik buat mereka.
Saya percaya kesemua soalan-soalan ini adalah rintihan rakyat terbanyak, dari ibu bapa yang bergelut dengan masalah ekonomi, dari anak murid di sekolah, yang tiada peranti di rumah, yang kehilangan motivasi untuk menduduki peperiksaan, dari guru yang berjauhan dengan suami dan isteri masing-masing serta dari pekerja di sekolah yang akan terjejas akibat penutupan sekolah.
YBMK perlu menjelaskan kepada rakyat apakah perancangan mereka secara menyeluruh. Rakyat tidak boleh dibiarkan berada dalam keadaan resah semata-mata kerana kegagalan komunikasi atau ketiadaan perancangan yang baik buat mereka.
YBMK juga perlu menjalankan libat urus dengan kesatuan-kesatuan guru seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Malaysia Barat dan juga NGO-NGO berkaitan pendidikan dan meneliti input-input berguna dari mereka kerana mereka mewakili suara terbanyak para guru di Malaysia.
Saya merayu agar YB Menteri menjawab semua soalan ini dalam masa terdekat. Saya juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak KPM untuk mempermudah sebarang urusan dan juga memastikan bukan sekadar nyawa anak-anak yang boleh diselamatkan, tetapi juga masa depan pendidikan mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30514

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Umum Pemberian Komputer Riba Kepada 150 000 Murid Di 500 Sekolah

Kerajaan Umum Pemberian Komputer Riba Kepada 150 000 Murid Di 500 Sekolah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 317 hits
GLIC dan GLC akan menyumbang sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bagi pemberian komputer riba kepada 150 000 murid di 500 sekolah di bawah seliaan Yayasan Hasana BACA GLIC dan GLC akan menyumbang RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bag...
Sekolah Agama Tabika Taska Di Zon Merah Tutup

Sekolah Agama Tabika Taska Di Zon Merah Tutup

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 296 hits
Oleh Foto ihsan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia JOHOR BAHRU Sekolah Agama Kerajaan Johor taman bimbingan kanak kanak taman asuhan kanak kanak dan pusat aktiviti yang berada di zon merah di sini diarahkan tutup sementara dalam usaha ...
Sekolah Sabah Bawa Kelegaan Kepada Murid Keluarga Yang Perlu Makanan

Sekolah Sabah Bawa Kelegaan Kepada Murid Keluarga Yang Perlu Makanan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 516 hits
Guru besar SK St Peter Pauline Gusup dan guru Nurul Huda Mostapa menunjukkan barang dalam bank makanan mereka KOTA KINABALU Sebuah bank makanan yang dimulakan oleh sebuah sekolah rendah untuk memberi makanan kepada murid daripada keluarga b...
Mana 800 Siaran Tv Rm2 Juta Untuk Murid Soal Maszlee Kepada Kerajaan

Mana 800 Siaran Tv Rm2 Juta Untuk Murid Soal Maszlee Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 202 hits
November 16 2020 Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik berkata projek itu diberikan kepada sebuah syarikat secara rundingan terus PETALING JAYA Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik meminta penjelasan Putrajaya berhubung status 800 rancan...
Kpm Arah Tutup Semua Sekolah Hingga Jan 2021

Kpm Arah Tutup Semua Sekolah Hingga Jan 2021

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 314 hits
Semua sekolah yang ditadbir Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di negeri yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat akan ditutup mulai esok sehingga hari akhir persekolahan Perkara itu diumum Menteri Pendidikan Dr Radz...
Kesian Anak Darjah 1 Belajar Maya Tak Sama Dalam Kelas Respons Ibubapa Selepas Kpm Tutup Sekolah

Kesian Anak Darjah 1 Belajar Maya Tak Sama Dalam Kelas Respons Ibubapa Selepas Kpm Tutup Sekolah

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 510 hits
Sebentar tadi berlangsungnya sidang media Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkaitan sektor pendidikan Inti pati sidang media sektor pendidikan dengan mengambil kira perkembangan semasa penularan pandemik COVID19 KPM tutup semua seko...
Berpeluh Peluh Macam Joging Nak Bagi Susu Anak Nadzmi Adhwa Akui Tak Mudah Jaga Anak Tanpa Isteri

Berpeluh Peluh Macam Joging Nak Bagi Susu Anak Nadzmi Adhwa Akui Tak Mudah Jaga Anak Tanpa Isteri

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 404 hits
Tanpa isteri yang membantu pelakon Nadzmi Adhwa mengakui tidak mudah untuk menguruskan anaknya yang masih kecil sendirian Isteri kesayangannya Ardell Aryana kini berada di Sabah bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan Dan bapa penyayang in...
Mana Bantuan Untuk Sekolah Agama

Mana Bantuan Untuk Sekolah Agama

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 249 hits
NIZAM AKABajet Sampah Busuk 2021 Kerajaan PN Hilang Peruntukan Utk Bantuan Sek Tahfiz dan Pondok Tiba tiba Muncul Peruntukan Rm81 Juta Untuk JASA Akhirnya Lebai lebai Pas menyatakan inilah Bajet Terbaik Rakyat Mungkin Otak otak Lebai Pas Ni...
Terjemah Kasih Sayang Buat Mak Abah Dengan Cara Lain Macam Mana

Terjemah Kasih Sayang Buat Mak Abah Dengan Cara Lain Macam Mana

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 330 hits
TERJEMAH KASIH SAYANG BUAT MAK ABAH DENGAN CARA LAIN MACAM MANA Lamanya tak jumpa mak abah Maklumlah musim musim covid19 pakej dengan PKPB sekarang ni memang tak dapat nak balik kampung Bukan apa risau dengan kesihatan dorang Warga emas ni ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi