Kpm Arah Tutup Semua Sekolah Hingga Jan 2021




Semua sekolah yang ditadbir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - termasuk di negeri yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat - akan ditutup mulai esok sehingga hari akhir persekolahan.
Perkara itu diumum Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin pada pagi ini.
Katanya pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan mulai esok menyebabkan 74 peratus sekolah di bawah KPM ditutup.
Hanya sekolah di Kelantan, Perlis, Pahang dan Sarawak yang tidak terkesan dengan pelaksanaan PKPB berkenaan.
Justeru kata Radzi KPM mengambil keputusan untuk menutup semua sekolah kelolaan mereka sehingga hari akhir jadual persekolahan yang ditetapkan sebelum ini iaitu 17 Dis (bagi negeri yang bercuti Jumaat dan Sabtu) atau 18 Dis (di negeri cuti Sabtu dan Ahad).
Pun begitu, kata menteri kanan terbabit, proses pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan melalui kaedah atas talian atau home-based learning (pembelajaran di rumah) mengikut kesesuaian pelajar.
"Langkah ini diambil bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian wabak Covid-19," katanya pada sidang media diadakan sebentar tadi.
Tambah Radzi, sepanjang penutupan tersebut juga semua guru perlu kekal berada di tempat mereka sepatutnya bertugas.
Bagi murid yang tinggal di asrama pula, kata senator itu, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing.
"Bagaimanapun murid boleh terus kekal berada di asrama sementara menunggu untuk diambil oleh ibu bapa atau penjaga.
"Sepanjang tempoh tersebut murid akan berada di bawah pengawasan warden asrama.
"Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah," katanya.
"Sepertimana Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2021 yang diumumkan sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Jan 2021.
"Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut.
"Bagi sekolah menengah pula, murid tingkatan satu, tingkatan empat, tingkatan lima dan Tingkatan enam serta semua murid kolej vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama," katanya.
Menurut Radzi lagi murid tingkatan dua dan tingkatan tiga akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara home-based learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
"Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/kpm-arah-tutup-semua-sekolah-hingga-jan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Sekolah Di Bawah Kpm Ditutup Bermula Esok Hingga Akhir Tahun Kata Menteri

Semua Sekolah Di Bawah Kpm Ditutup Bermula Esok Hingga Akhir Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 451 hits
Semua sekolah dibawah Kementerian Pendidikan ditutup bermula esok hingga hari terakhir persekolahan bagi tahun ini Menteri Kanan Radzi Jidin berkata bagi sekolah di negeri Kumpulan A sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember manakala bagi...
Sekolah Tutup Hingga Akhir Tahun 2020

Sekolah Tutup Hingga Akhir Tahun 2020

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 713 hits
Seluruh sekolah ditutup sehingga akhir tahun 2020 Itu pengumuman yang diberitahu oleh menteri kanan pendidikan Dr Radzi Jidin dalam sidang media sebentar tadi Nampaknya guru perlu melakukan PdP secara atas talian lagi nbsp
Sekolah Kolej Vokasional Seluruh Negara Tutup Hingga Hujung Tahun

Sekolah Kolej Vokasional Seluruh Negara Tutup Hingga Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 511 hits
Fareez AzmanNovember 8 2020 Jelas Mohd Radzi tarikh pembukaan semula sekolah dan kolej vokasional di bawah KPM adalah pada 20 Januari 2021 PUTRAJAYA Kesemua sekolah dan kolej vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan ditutup ...
Kesian Anak Darjah 1 Belajar Maya Tak Sama Dalam Kelas Respons Ibubapa Selepas Kpm Tutup Sekolah

Kesian Anak Darjah 1 Belajar Maya Tak Sama Dalam Kelas Respons Ibubapa Selepas Kpm Tutup Sekolah

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 623 hits
Sebentar tadi berlangsungnya sidang media Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkaitan sektor pendidikan Inti pati sidang media sektor pendidikan dengan mengambil kira perkembangan semasa penularan pandemik COVID19 KPM tutup semua seko...
Semua Bank Di Negara Ini Mampu Lanjut Moratorium Sampai Jun 2021 Najib

Semua Bank Di Negara Ini Mampu Lanjut Moratorium Sampai Jun 2021 Najib

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 375 hits
Semua bank di negara ini mampu melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan secara automatik sehingga 30 Jun 2021 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ia perlu bagi membantu mengurangkan beban kewangan peminjam selain me...
Belanjawan 2021 Kerajaan Perlu Berjiwa Besar Bantu Semua Lapisan Rakyat Tajuddin

Belanjawan 2021 Kerajaan Perlu Berjiwa Besar Bantu Semua Lapisan Rakyat Tajuddin

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 417 hits
UMNO ONLINE KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kerajaan hari ini perlu berjiwa besar untuk membantu semua lapisan masyarakat agar dapat meneruskan kesinambungan hidup dalam berdepan dengan...
Kenapa Pn Harap Semua Sokong Belanjawan 2021

Kenapa Pn Harap Semua Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 510 hits
RAYUSAJumlah peruntukan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu merupakan yang terbesar dalam sejarah negara iaitu RM322 54 bilion hingga dipersoal dari mana s...
Murid Sekolah Rendah Akan Kembali Ke Sekolah Secara Bersemuka Pada 20 Januari 2021

Murid Sekolah Rendah Akan Kembali Ke Sekolah Secara Bersemuka Pada 20 Januari 2021

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 442 hits
Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi penggal persekolahan secara bersemuka pada 20 Januari 2021 seperti yang dijadualkan sebelum ini Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran Dr Radzi Md Jidin dalam sidang media sebentar tadi K...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Play88 Malaysia Online Casino The Trusted Choice


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram