Sekolah Agama Tabika Taska Di Zon Merah Tutup
 Oleh Nurul Amanina Suhaini

 Foto ihsan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia JOHOR  BAHRU: Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ), taman bimbingan kanak-kanak  (TABIKA), taman asuhan kanak-kanak (TASKA) dan pusat aktiviti yang  berada di zon merah, di sini, diarahkan tutup sementara dalam usaha  mengekang penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi  berkata, arahan penutupan SAKJ itu dibuat susulan daerah ini yang  diklasifikasikan sebagai zon merah mulai semalam oleh Kementerian  Kesihatan (KKM).
Katanya, semuanya SAKJ ditutup bermula 1 sehingga 14 November ini yang meliputi daerah Johor Bahru dan Kulai.
"Arahan penutupan sementara ini membabitkan semua SAKJ, semua Tadika  Agama Johor, semua sekolah Darjah Khas, Kolej Marsah Johor, semua Maahad  dan Pusat Tahfiz berdaftar serta sekolah agama persendirian berdaftar  di sekitar Johor Bahru dan Kulai.
"Arahan ini turut merangkumi mana-mana pusat tahfiz, pondok dan  madrasah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor,"  katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,  Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail, berkata semua TABIKA,  TASKA, pusat jagaan, pusat aktiviti warga emas dan kanak-kanak serta  pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di zon merah, di sini, ditutup  sementara bermula 2 hingga 14 November ini.
Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memutuskan sebanyak  269 kelas TASKA dan TABIKA membabitkan 7,104 kanak-kanak akan ditutup  sementara, selain arahan sama turut dikeluarkan bagi pusat jagaan warga  emas dan pusat PDK.
"Keputusan penutupan ini mengambilkira pandangan dari Majlis  Keselamatan Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk memastikan  pandemik COVID-19 dapat dikawal dan tidak dijangkiti kepada golongan  yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas," katanya 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/sekolah-agama-tabika-taska-di-zon-merah.html