Sekolah Sabah Bawa Kelegaan Kepada Murid Keluarga Yang Perlu Makanan


 
Guru besar SK St Peter, Pauline Gusup (kiri), dan guru, Nurul Huda Mostapa, menunjukkan barang dalam bank makanan mereka.KOTA KINABALU: Sebuah bank makanan yang dimulakan oleh sebuah sekolah rendah untuk memberi makanan kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah yang terkesan dengan pandemik Covid-19 disambut baik sekali.
SK St Peter, di daerah Kudat, memulakan inisiatif itu pada Oktober dengan meletakkan barang keperluan harian, seperti beras, tepung, dan susu pada kabinet.
Rak makanan itu ditempatkan di luar sekolah berdekatan pondok pengawal supaya murid atau keluarga mereka boleh mengambil dengan mudah.
“Inisiatif itu satu cara untuk membantu murid kami dan keluarga mereka yang terkesan dengan pandemik, tetapi kemudiannya kami letak rak berkenaan di luar sekolah supaya sesiapa pun boleh ambil apa yang mereka perlukan,” kata Guru Besar Gauline Gusup kepada FMT.
Kebanyakan murid daripada keluarga miskin yang terkesan dengan pandemik dan sekatan pergerakan.
Sekolah terbabit terletak berhampiran laut dan dikelilingi kawasan kediaman dan berdekatan beberapa kampung, termasuk 3 penempatan di Kudat yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).
“Kami mula dengan hanya meletakkan 5 kumpulan barang makanan pada pagi tetapi habis diambil dengan cepat sekali walaupun belum 3 petang, jadi kami perlu isi lagi.
“Kami dapat ilhan daripada sekolah lain yang membekalkan makanan percuma seperti roti atau nasi lemak, cuma bezanya kami bekalkan makanan kering,” katanya.
Program berkenaan adalah buah fikiran Gusup dan seorang guru, Nurul Huda Mostapa, dan ia direalisasikan selepas mereka berjaya mengutip RM200 dalam kalangan guru untuk membeli barang makanan.
Gusup kemudiannya melantik Nurul Huda sebagai penyelaras dan membenarkan beliau menulis tentang inisiatif itu di media sosial.
“Ia tular dengan cepat sekali dan kami menerima lebih banyak derma dan sumbangan daripada individu dan agensi. Ia membolehkan kami membeli lebih banyak makanan untuk membantu mereka yang memerlukan,” kata Gusup.
Apabila program itu berjalan sepenuhnya, ia diangkat sebagai projek sekolah. “Saya beritahu kakitangan saya bahawa kami tidak perlu tunggu kaya untuk membantu orang.
“Saya memetik pesanan ini untuk mendorong mereka: ‘Apabila kami nampak golongan miskin diuji kerana tiada makanan, sebenarnya kita diuji untuk membantu mereka’.”
“Jadi, ini sumbangan kecil kami untuk sedaya upaya membantu orang. Kami akan meneruskan program bank makanan ini selagi ia ada sumbangan,” katanya dan menambah masyarakat juga boleh menyumbang makanan dan duit.
Guru Besar Pauline Gusup dan penyelaras, Nurul Huda Mostapa, memberi hamper makanan kepada seorang penduduk.Nurul Huda berkata kebanyakan muridnya mempunyai ibu bapa yang bergantung pada upah harian, terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan atau nelayan.
“Mereka hanya cukup-cukup sebelum kawalan pergerakan berkuatkuasa. Sebab itu kita ambil peluang ini untuk membantu mereka,” katanya.
Nurul Huda berkata Gusup juga mahu sekolah menggunakan sumbangan untuk menyediakan bakul makanan kepada murid miskin dan keluarga mereka yang mungkin tidak dapat memanfaatkan bank makanan secara langsung.
Beliau berkata guru sedaya upaya mengesan keluarga yang tidak bernasib baik dan menghubungi mereka untuk menghulur bantuan.
Tetapi fasa ke-2 projek itu, iaitu mengedar bakul makanan kepada kumpulan sasaran, terganggu apabila 3 perkampungan berdekatan, iaitu Kampung Pangaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang, kena PKPB.
Mengenang kembali, Nurul Huda berkata pada satu ketika semasa permulaan projek, beliau bimbang ia akan berakhir berikutan duit habis dibelanjakan.
“Saya bimbang kerana hanya ada RM19 selepas beli barang makanan…apabila yang kita boleh buat dengan duit banyak itu?”
Namun, dengan sumbangan daripada guru, rakan, agensi dan individu lain termasuk ahli politik, beliau berkata bank makanan itu dapat dilanjutkan sehingga pertengahan bulan.
“Kami tak terfikir akan dapat meneruskan pelan ini selama tempoh yang panjang, dan ia boleh dilakukan kerana sumbangan yang kami amat berterima kasih,” katanya.
Anda boleh memberi sumbangan kepada projek bank makanan SK St Peter, Kudat dengan menghubungi 013-375 5787 atau menderma secara langsung kepada akaun Maybank 1060 3431 9356 dan menyatakan “bank makanan” sebagai rujukan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/11/sekolah-sabah-bawa-kelegaan-kepada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Umum Pemberian Komputer Riba Kepada 150 000 Murid Di 500 Sekolah

Kerajaan Umum Pemberian Komputer Riba Kepada 150 000 Murid Di 500 Sekolah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 321 hits
GLIC dan GLC akan menyumbang sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bagi pemberian komputer riba kepada 150 000 murid di 500 sekolah di bawah seliaan Yayasan Hasana BACA GLIC dan GLC akan menyumbang RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bag...
Tutup Sekolah Mudah Nasib Murid Macam Mana

Tutup Sekolah Mudah Nasib Murid Macam Mana

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 265 hits
Dr Maszlee Malik Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Kanan Pendidikan dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia di atas pengumuman penting sebentar tadi Sekurang kurangnya terdapat 2 pengumuman penting yang telah d...
Yadim Sabah Sampai Bantuan Keluarga Tionghua Dihanyutkan Arus Deras

Yadim Sabah Sampai Bantuan Keluarga Tionghua Dihanyutkan Arus Deras

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 284 hits
KENINGAU Kehilangan ahli keluarga secara tiba tiba pasti amat memilukan dan berat untuk dihadapi oleh sesiapapun Justeru prihatin dengan kejadian malang yang menimpa sebuah keluarga Tionghua dari daerah ini Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ...
3 Bahan Ni Perasa Semulajadi Sihat Penyedap Makanan Anak Keluarga

3 Bahan Ni Perasa Semulajadi Sihat Penyedap Makanan Anak Keluarga

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 456 hits
Pernah dengar mirepoix Ia adalah masakan dari Perancis yang menggunakan hanya 3 bahan iaitu bawang holand batang celery dan lobak merah Seperti bone broth ia juga di gunakan sebagai perasa semulajadi masakan Tanpa menggunakan penambah rasa ...
Murid Sekolah Rendah Akan Kembali Ke Sekolah Secara Bersemuka Pada 20 Januari 2021

Murid Sekolah Rendah Akan Kembali Ke Sekolah Secara Bersemuka Pada 20 Januari 2021

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 340 hits
Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi penggal persekolahan secara bersemuka pada 20 Januari 2021 seperti yang dijadualkan sebelum ini Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran Dr Radzi Md Jidin dalam sidang media sebentar tadi K...
Bakul Makanan Lambat Sampai Rakyat Sabah Hilang Sabar Dengan Grs

Bakul Makanan Lambat Sampai Rakyat Sabah Hilang Sabar Dengan Grs

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 253 hits
Rakyat Sabah dilihat sudah semakin hilang sabar terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah apabila lewat menghantar bantuan bakul makanan seperti yang dijanjikan sebelum ini Menurut portal IniSabahBah lebih sejuta rakyat Sabah masih belum mene...
Seloka Untuk Murid Sekolah Semasa Pkpb

Seloka Untuk Murid Sekolah Semasa Pkpb

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 405 hits
Seloka untuk yang bergelar pelajar sekolah semasa PKPB Pkpb disambung lagiPelajar tingkatan 5 susah hati X tahu apa akan terjadiTentang SPM yang akan mereka jalani Di waktu wabak covid 19 ini Usah sedih dalam hati Yang pasti kena sentiasa u...
Ogah Diasuh Ayah Tiri Mahasiswi Bawa Bayi Hasil Kumpul Kebo Kini Malah Ditinggal Kekasih

Ogah Diasuh Ayah Tiri Mahasiswi Bawa Bayi Hasil Kumpul Kebo Kini Malah Ditinggal Kekasih

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 233 hits
Tinggalkan ayah tiri mahasiswi ini keluar rumah dan bawa bayi hasil kumpul kebo dengan kekasihnya untuk kejahatan Namun ia bernasib buruk dan kini mendekam di sel tahanan Cerita miris itu dihadapi EA wanita asal Cikarang Kabupaten Bekasi Ja...
Belanjawan 2021 Kerajaan Beri Murid Susu Setiap Hari

Belanjawan 2021 Kerajaan Beri Murid Susu Setiap Hari

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan dengan penyediaan bekalan susu daripada dua kali seminggu sahaja kepada setiap hari persekolahan membabitkan peruntukan RM420 juta Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities