Tuntut Hak Sabah Kami Tak Takut Pada Mahathir


 

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin Warisan menepis dakwaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing yang kerajaan Sabah terdahulu pimpinan parti itu takut menuntut hak minyak dan gas daripada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking sebaliknya berkata, Masing sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang gagal mengembalikan atau menyerahkan hak dua negeri itu, khasnya berkaitan minyak dan gas, seperti termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sepanjang pemerintahan BN.
Katanya, Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg juga tidak senang dengan jawatankuasa teknikal MA63 mengenai penurunan kuasa di bawah pentadbiran BN, yang dipengerusikan bersama Nancy Shukri dan Anifah Aman, dengan Abang Johari menyifatkannya “tidak berupaya”.
Nancy dan Anifah masing-masing ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri serta menteri luar ketika itu.
“Bagi saya, ini bukan soal takut, tetapi (bekas ketua menteri Sabah) Shafie Apdal tahu apa yang dilakukannya – itu sebabnya jawatankuasa khas Kabinet mengenai MA63 di bawah Pakatan Harapan-Warisan menyelesaikan 17 daripada 21 isu yang dibentangkan kepadanya.
“Setakat ini, untuk Masing kata Shafie (Warisan) takut adalah tidak adil dan salah. Shafie menangani perkara itu bersama Abang Johari ketika itu.”
Leiking, yang juga Ahli Parlimen Penampang, mendakwa kesedaran mengenai MA63 ketika ini kebanyakannya disedari ketika PH-Warisan menjadi kerajaan persekutuan.
“Ketika PH-Warisan berkuasa, ini (minyak dan gas) antara perkara pertama dalam agenda. Jadi, semua perkara baik yang berlaku disebabkan jawatankuasa MA63.”
Beliau berkata, jawatankuasa itu dapat menangani isu minyak dan gas, sebahagian daripada empat tuntutan MA63 belum diselesaikan, jika kerajaan PH-Warisan tidak tumbang.
Terdahulu, Masing hari ini mendakwa kerajaan Sabah pimpinan Warisan terdahulu tidak menuntut hak minyak dan gas daripada Putrajaya kerana mereka takut kepada Mahathir.
Kenyataannya menyusul Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan yang berkata, Sabah akan memeterai satu perjanjian komersial dengan Petronas, seperti yang dilakukan Sarawak.
Masing berkata, Sarawak sebenarnya sudah mendekati kerajaan Sabah di bawah pimpinan Warisan untuk bersama mereka menyaman Petronas berhubung 5% cukai jualan ke atas produk petroleum, tetapi ditolak seorang menterinya.
Leiking bagaimanapun berkata, tidak wajar untuk Masing menyifatkan kerajaan Warisan sebagai takut dan Shafie mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan 5% cukai jualan daripada Petronas.
Katanya, kini terpulang kepada kerajaan Sabah semasa untuk meneruskan usaha dan mendapatkan hak sama yang diperolehi Sarawak melalui mahkamah.
Kerajaan Warisan mula melaksanakan 5% cukai jualan ke atas sembilan syarikat minyak dan gas yang beroperasi di Sabah pada April lalu, tetapi Shafie pada Ogos lalu berkata, Petronas ialah satu-astunya syarikat yang belum membayar cukai itu.
“Semua orang berusaha menyelesaikan perkara itu, termasuk ketua menteri Sarawak,” kata Leiking.
Beliau meminta Masing menamakan menteri Warisan yang menolak mereka dan mendedahkan kandungan perbualan mereka kerana sesiapa pun boleh membuat dakwaan rawak itu.
The post Tuntut Hak Sabah, Kami Tak Takut Pada Mahathir appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/09/tuntut-hak-sabah-kami-tak-takut-pada-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengan Datuk Seri Najib Saya Tidak Boleh Kerjasama Saya Minta Maaf Tun Mahathir

Dengan Datuk Seri Najib Saya Tidak Boleh Kerjasama Saya Minta Maaf Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 245 hits
loading KUALA LUMPUR Setelah mengumumkan kerjasama dengan dengan veteran UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dalam membentuk kerajaan baharu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib tidak akan ada dalam kerjas...
Last Job For Mahathir And Ku Liegh

Last Job For Mahathir And Ku Liegh

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 230 hits
Secara waras yang mampu menang adalah Anwar penghalangnya DAP Secara idealnya Tun dan Ku LieghSecara realitinya tiada siapapun yang mampu majoriti dan Muhyiddin akan mengadap Agong dan rasionalnya dilantik semula sebagai PM Interim untuk sa...
Grand Coalition Gabungan Tun Mahathir Ku Li

Grand Coalition Gabungan Tun Mahathir Ku Li

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 372 hits
Oleh Mohamad Saja Gerakan baru seperti mana Cadangan Amanah Grand Coalition rasa akan ada gabungan Tun Mahathir dan Razaliegh Hamzah Warisan masuk Semenanjung Pejuang masuk dalam Warisan kerana pendaftaran mustahil untuk disahkan Puak Azmin...
Ini Semua Serampang Empat Mata Mahathir Halang Anwar Sekat Ku Li Benam Najib Dan Kekalkan Muhyiddin

Ini Semua Serampang Empat Mata Mahathir Halang Anwar Sekat Ku Li Benam Najib Dan Kekalkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 203 hits
Bersama Tengku Razaleigh Hamzah bekas musuh politiknya Tun Mahathir Mohamad semalam mengadakan sidang media untuk menawarkan diri mereka menerajui negara dengan matlamat menjadikan Malaysia kembali sebagai Harimau Asia Mereka juga sedia mem...
Even Just One Vote Is A Win Says Mahathir

Even Just One Vote Is A Win Says Mahathir

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 168 hits
In 1987 Tun Dr Mahathir Mohamad said even if he wins by just one vote that is still a win And hence he is not going to resign All he needs is just one vote to stay on as prime minister Mahathir announced on prime time TV NO HOLDS BARRED Raj...
Veteran Umno Tak Faham Ku Li Tak Serik Dengan Mahathir

Veteran Umno Tak Faham Ku Li Tak Serik Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 242 hits
Haspaizi ZainVeteran Umno menyatakan rasa hairan dan terkejut melihat Tengku Razaleig Hamzah tidak serik dipermainkan bekas perdana menteri yang pernah ditentangnya dalam parti itu Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Na...
Sd Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai Dr Mahathir Kata

Sd Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai Dr Mahathir Kata

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 291 hits
Semalam Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim memiliki sokongan dalam bentuk akuan berkanun tidak memberikan apa apa makna kerana tidak boleh diambil kira dalam keputusan menjatuhkan atau membentuk kerajaan baru mor...
Mahathir Anwar Dan Ph Gagal Tumbangkan Pn Dalam Peluang Terakhir Undian Belanjawan 2021

Mahathir Anwar Dan Ph Gagal Tumbangkan Pn Dalam Peluang Terakhir Undian Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 282 hits
HASRAT ahli Parlimen Pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional melalui undi belah bahagi pada bacaan kali ketiga Rang Undang Undang Perbekalan 2021 gagal sebentar tadi Keputusan dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datu...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo