Tunjuk Surat Perjanjian Serah Kuasa Jawatan Pm Gesa Khairuddin Kepada Anwar


AKMAL MANAFOctober 10, 2019 11:17 am
(kiri) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan (kanan) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menunjukkan perjanjian hitam putih menyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyerahkan kuasa kepada penggantinya, setelah dua tahun menjawat jawatan berkenaan.

Anwar digesa berbuat demikian oleh Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang pada masa sama turut mencabar Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk mendedahkan perjanjian tersebut kepada rakyat sekiranya ia wujud.

“Tolong bagi tahu Anwar bahawa pelan peralihan kuasa memang ada! Siapa pun tak nafikan perkara tersebut! Tetapi, sekiranya ada perjanjian itu, tunjukkannya kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Apa yang saya pertikaikan, adakah sebarang bentuk perjanjian hitam putih yang menyatakan Dr Mahathir kena serah kuasanya setelah dua tahun menjawat jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya?

“Anwar, tolong jangan putar belitkan fakta! Saya tidak pernah menidakkan pelan peralihan kuasa memang dicapai secara sepakat dalam Majlis Presiden PH, tetapi adakah perjanjian secara hitam putih bahawa Dr Mahathir hanya menjadi ‘Perdana Menteri interim’ selama dua tahun saja? soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Khairuddin turut mempersoalkan mengapa Presiden PKR itu hanya ‘membisu seribu bahasa’ melihat segelintir pemimpin-pemimpin PKR menghentam Pengerusi Bersatu itu dalam isu ini pada setiap hari.

“Kepimpinan tertinggi PKR pula tidak pernah menegur ahli-ahli parlimen mereka mengutuk Perdana Menteri! Sebagai ‘backbenchers’ PH sepatutnya perkara ini tidak harus berlaku!!

“Adakah masuk akal ‘backbenchers’ PH mengkritik serta mentohmah Perdana Menteri kerajaan PH?

“Ahli-ahli parlimen ‘bangang’ seperti Datuk Abdullah Sani dan Datuk Johari Abdul sepatutnya diambil tindakan disiplin oleh parti PKR!,” tegasnya lagi.

Khairuddin turut memberitahu Anwar bahawa ‘politik bangang’ ini sesuai untuk orang yang pakar ‘baling batu sorok tangan’ dan berebut kuasa sesama sendiri.

Rabu lalu, Presiden PKR itu mengakui, ada perjanjian bertulis yang menyatakan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr Mahathir.

Jelasnya, perjanjian itu bagaimanapun bukan hanya melibatkan pemimpin Pakatan Harapan sebaliknya, dinyatakan secara umum dengan jelas sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Pertamanya, terdapat satu perjanjian iaitu perjanjian bertulis dan ia (perjanjian) bukan hanya di kalangan pemimpin (Pakatan Harapan), namun mesejnya jelas sepanjang pilihan raya lalu, iaitu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Apabila Datuk Seri Anwar dibebaskan (dari penjara) beliau akan mengambil alih jawatan,” katanya ketika sesi soal jawab Persidangan Kepimpinan Apex di Bangsar.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/tunjuk-surat-perjanjian-serah-kuasa-jawatan-pm-gesa-khairuddin-kepada-anwar/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/tunjuk-surat-perjanjian-serah-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjanjian Alih Kuasa Dimeterai 7 Jan 2018 Kata Anwar

Perjanjian Alih Kuasa Dimeterai 7 Jan 2018 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan peralihan kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepadannya terkandung dalam perjanjian bertarikh 7 Jan 2018 yang dimeterai pimpinan Pakatan Harapan Katanya perjanjian itu menetapkan Mahathir dan ...
Dr M Tidak Patut Serah Kuasa Kepada Anwar Ketika Pkr Berpecah Kata Pemimpin Ppbm

Dr M Tidak Patut Serah Kuasa Kepada Anwar Ketika Pkr Berpecah Kata Pemimpin Ppbm

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 306 hits
Seorang pemimpin PPBM berkata Dr Mahathir Mohamad tidak patut menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim ketika PKR di bawah pimpinannya dalam perpecahan Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan Sazmi Miah merujuk kenyataan veteran PK...
Serah Kuasa Abdullah Sani Minta Khairuddin Bertaubat

Serah Kuasa Abdullah Sani Minta Khairuddin Bertaubat

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 385 hits
Ingatan saya pada Khairuddin bertaubatlah Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan supaya bertindak seperti manusia yang mempunyai akal yang waras serta semak semula perjanjian konsensus Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umu...
Pkr Berpecah Tidak Patut Serah Jawatan Pm Kepada Anwar

Pkr Berpecah Tidak Patut Serah Jawatan Pm Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR 30 Sept Perpecahan yang didakwa berlaku dalam PKR ketika ini menjadi antara alasan mengapa jawatan Perdana Menteri dirasakan tidak sesuai diberikan kepada Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim Kenyataan itu merupakan reak...
Awal Tahun 2020 Sebaik Baiknya Mesti Sudah Ada Tarikh Serah Kuasa

Awal Tahun 2020 Sebaik Baiknya Mesti Sudah Ada Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 311 hits
Baru baru ini Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebab mengapa Tun Mahathir Mohamad tidak mahu menentukan tarikh sebenar untuk menyerahkan jawatan kepadanya Menurut beliau Tun Mahathir memberitahunya soalan media yang berterusan tentang perali...
Anwar Optimis Peralihan Kuasa Lancar

Anwar Optimis Peralihan Kuasa Lancar

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 221 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis pelan peralihan kuasa perdana menteri akan berjalan dengan lancar Keyakinan itu disuarakan calon perdana menteri yang dinamakan Pakatan Harapan itu ketika isu jawatan itu hangat dengan ura ura a...
Peralihan Kuasa Anwar Minta Hishammuddin Jangan Gadai Prinsip Kerana Ugutan

Peralihan Kuasa Anwar Minta Hishammuddin Jangan Gadai Prinsip Kerana Ugutan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 413 hits
Peralihan kuasa Kenyataan terselindung Anwar MP BN cetus lagi tanda tanya Anggota Parlimen BN hari ini berulang kali mengusik Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung ketidaktentuan dalam soal beliau menjadi perdana menteri menggantikan Dr Maha...
Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kereta Masih Ada Loan Dengan Bank

Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kereta Masih Ada Loan Dengan Bank

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 6803 hits
Selalu kita dengar kes penipuan tentang jual beli kereta yang masih ada baki pinjaman dengan pihak Bank Kereta yang belum habis pinjaman dengan bank ini bermaksud nama dalam geran pemilik kenderaan masih nama peminjam atau pemilik asal Ada ...
Siapa Gila Kuasa Anwar Atau Tun

Siapa Gila Kuasa Anwar Atau Tun

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 317 hits
Oleh Norman LiverpoolSelepas lebih setahun kerajaan bernama PH diberi amanah menguruskan negara ini rakyat ada yg bertanya apa yg Anwar Ibrahim telah lakukan dari janji2 ya dahulu PRU baru2 ini apa yg Anwar janjikan sedangkan beliau berada ...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biskut Dalgona Squid Game

Apple Cider Vinegar Dalam Bentuk Gummy

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap