Peralihan Kuasa Anwar Minta Hishammuddin Jangan Gadai Prinsip Kerana Ugutan




Peralihan kuasa: Kenyataan terselindung Anwar, MP BN cetus lagi tanda tanya
Anggota Parlimen BN hari ini berulang kali mengusik Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung ketidaktentuan dalam soal beliau menjadi perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad.
Seperti dijangka, anggota parlimen Port Dickson itu mengulang jawapan sama yang sering disebutnya berkenaan perkara itu.
Tetapi apa yang menimbulkan tanda tanya ialah isyarat yang disebut kedua-dua Anwar dan anggota parlimen BN, yang membayangkan ada usaha di belakang tabir untuk mngumpul sokongan anggota parlimen untuk menyokong, dan juga menghalang, peralihan kuasa itu.
Ketika perbahasan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Anwar dicelah oleh Shahidan Kassim (BN-Arau) yang bertanya tentang peralihan kuasa.
“Ini soalan sensitif sedikit. Apakah soal penggantian telah selesai?” soal pengerusi Umno Perlis itu.
Anwar kemudian mengulangi jawapannya yang pelan itu bukan sekadar antara dirinya dengan Mahathir, tetapi melibatkan semua pemimpin Pakatan Harapan (PH). Beliau juga berkata satu perjanjian telah dimeterai pada Januari tahun lalu untuk Mahathir menyerahkan kuasa kepadanya.
Bagaimanapun Anwar secara sepintas lalu menyebut bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak menandatangani dokumen itu.
“Ditandangani oleh semua pimpinan… Tetapi tidak ditandatangani presiden Umno – bukan tidak, (tetapi) belum,” katanya sambil ketawa.
Ahmad Zahid Hamidi
Ia agak ganjil kerana jika Anwar merujuk kepada dokumen PH berkenaan peralihan kuasa, ia tidak melibatkan Zahid, justeru menimbulkan persoalan sama ada beliau memaksudkan perjanjian rahsia yang lain.
Ia adalah ganjil kerana jika Anwar merujuk kepada dokumen PH mengenai rancangan pengambilalihan tersebut, ia tidak melibatkan Zahid, di mana ini menimbulkan persoalan sama ada beliau memberi isyarat terdapat beberapa perjanjian sulit yang lain.
Isyarat tidak langsung itu kemudian menjadi kian jelas apabila perbahasan diteruskan.
Anwar: Jangan tunduk pada ugutan
Noh Omar (BN-Tanjung Karang) kemudian bangun dan bertanya sama ada perjanjian PH itu menyebut tarikh khusus untuk peralihan kuasa. Anwar kemudian menjawab ia tidak ditetapkan.
“Tetapi dalam perbincangan, ada bincang setahun, ada bincang maksimum dua tahun. Tetapi ini melibatkan keputusan pimpinan PH, bukan keputusan saya seorang atau Langkawi (Mahathir).
“Jadi kawan-kawan tolonglah, bagi saya sudah selesai. InsyaAllah,” katanya lagi.
Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian cuba untuk mencelah. Namun sebelum sempat beliau berbuat demikian, Anwar berkata: “Saya harap kalau Kinabatangan tanda tangan, sign ke arah (pihak) ini, jangan sign yang lain.”
Anwar kemudian menyebut tentang satu rancangan oleh Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong) dan menasihat anggota parlimen agar tidak takut dengan ancaman dihadapkan dengan pendakwaan.
Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan dengan lebih lanjut.
“Ini masalahnya nak ikut sangat Sembrong…Semua karut.
“Semua ini kadang-kadang nak survive diri, nak tutup siasatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Kita tak mahu itu.
Politik ini bukan kerana ugutan, mesti ada prinsip, sama ada didakwa di mahkamah atau diugut masuk penjara, prinsip jangan digadai. Beritahu Sembrong,” katanya.
Bung Moktar, yang kini berdepan dakwaan rasuah melibatkan dana Felcra, kemudian berkata beliau ahli politik seperti itu.
Ia diikuti dengan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang menyuarakan kerisauan terhadap nasib Anwar apabila “perkara itu dilakukan”.
“Langkawi sebut sebelum PRU ke-15. Ada sekali dia sebut (ketika wawancara) di luar negara (akan letak jawatan) ababila masalah besar selesai, apabila hutang negara selesai.
“Saya khuatir Port Dickson hanya jadi ‘PM tepi’ apabila perkara itu dilakukan,” katanya.
Shahidan pula mencadangkan agar Anwar menyelesaikan perkara itu secara baik dengan Mahathir.
“YB duduk bincang dengan Langkai, selesaikan dan lepas itu jabat tangan…itu yang terbaik,” katanya.
‘Perlu sokongan semua jika jadi PM’
Bagaimanapun pertelingkahan tercetus apabila Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) mendakwa Shahidan membuat sindiran terhadap Anwar dan mendesaknya berhenti, dan berkata Dewan Rakyat bukan tempat untuk membincangkan perkara itu.
Shahidan membalas: “(Kalau) saya kata kamu bodoh, kamu marah. Saya selesaikan masalah presiden (anda), dia faham bahasa saya, kami orang utara,” katanya.
Ketika itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof memberitahu Anwar bahawa masa berbahasnya tinggal dua minit dan memintanya menyimpulkan perbahasan.
Anwar menegaskan tiada perubahan dalam pelan peralihan kuasa.
“Saya harap tiada lagi percubaan ganggu gugat dari pembangkang. Seperti Kinabatangan beri jaminan, Bagan Datuk (Zahid) pun angguk, maka selesailah masalah kita,” katanya lagi.
Shahidan kemudian berseloroh, “Jadi YB tak perlukan kami?”, merujuk sokongan daripada pihaknya.
“Ini politik ugut,” kata Willie tetapi Anwar hanya membalasnya dengan ketawa.
“Saya manusia kerdil, yang berhempas pulas dengan puluhan tahun senang susah. Jika ditakdirkan saya mentadbir, saya memerlukan dukungan semua pihak agar negara ini membangun,” katanya.
Beliau juga mengakui ramai pihak bertanya tentang peralihan kuasa kepada menteri-menteri kabinet, tetapi tidak setuju dengan tarikh peralihan yang khusus diberi kerana ia akan memberi kesan kepada kedudukan perdana menteri sekarang.
Kenyataan-kenyataan tersirat ini di saat cakap-cakap tentang satu kumpulan dalam Umno mungkin sedang bekerjasama dengan pihak dalam PH, termasuk PKR, untuk menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri.
Kem Anwar juga dikatakan cuba meraih sokongan daripada kedua-dua pihak – kerajaan dan juga pembangkang – untuk itu.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/15/peralihan-kuasa-anwar-minta-hishammuddin-jangan-gadai-prinsip-kerana-ugutan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peralihan Kuasa Tun M Anwar Berlaku Ikut Jadual

Peralihan Kuasa Tun M Anwar Berlaku Ikut Jadual

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 206 hits
Pakatan Harapan tidak berganjak daripada keputusan sebelum pilihan raya umum ke 14 berkenaan peralihan kuasa antara PM Tun Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata rancangan peralihan yang dipersetuj...
Anwar Optimis Peralihan Kuasa Lancar

Anwar Optimis Peralihan Kuasa Lancar

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 196 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis pelan peralihan kuasa perdana menteri akan berjalan dengan lancar Keyakinan itu disuarakan calon perdana menteri yang dinamakan Pakatan Harapan itu ketika isu jawatan itu hangat dengan ura ura a...
Memahami Makna Yang Tersurat Dan Tersirat Melalui Peralihan Kuasa

Memahami Makna Yang Tersurat Dan Tersirat Melalui Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 289 hits
Dari masa ke semasa topik peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim terus menjadi bualan dan kadangkala hangat diperkatakan Tidak saja kepada orang awam dan wartawan yang suka bertanyakan perkara itu di Dewan Rakyat...
Jangan Guna Jalan Belakang Untuk Jadi Ahli Kabinet Dap Selar Hishammuddin

Jangan Guna Jalan Belakang Untuk Jadi Ahli Kabinet Dap Selar Hishammuddin

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 341 hits
DAP tetap menyelar Hishammuddin Hussein walaupun ahli Parlimen Sembrong itu menafikan beliau mahu berkempen dan membawa idea kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook berkata Hishammuddin perlu h...
Tunjuk Surat Perjanjian Serah Kuasa Jawatan Pm Gesa Khairuddin Kepada Anwar

Tunjuk Surat Perjanjian Serah Kuasa Jawatan Pm Gesa Khairuddin Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 397 hits
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menunjukkan perjanjian hitam putih menyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyerahkan kuasa kepada penggantinya set...
Tun Mahathir Kata Sukar Tentukan Tarikh Peralihan Kuasa Pulak

Tun Mahathir Kata Sukar Tentukan Tarikh Peralihan Kuasa Pulak

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 328 hits
Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa akan berundur selepas dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri Kemudiannya Ketika sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York minggu lalu Dr Mahathir menegaskan beliau ...
Perjanjian Alih Kuasa Dimeterai 7 Jan 2018 Kata Anwar

Perjanjian Alih Kuasa Dimeterai 7 Jan 2018 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan peralihan kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepadannya terkandung dalam perjanjian bertarikh 7 Jan 2018 yang dimeterai pimpinan Pakatan Harapan Katanya perjanjian itu menetapkan Mahathir dan ...
Zuraida Pkr Kena Siasat Jika Ada Komplot Halang Peralihan Kuasa

Zuraida Pkr Kena Siasat Jika Ada Komplot Halang Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 317 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menggesa parti itu menjalankan siasatan sekiranya wujud komplot dalaman bagi menghalang proses peralihan kuasa Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan terdapat usaha belakang tabir untuk ...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Gleneagles Follow Up

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans