11 Hadiah Istimewa Daripada Anak Buat Ibu Bapa Yang Telah Tiada



“Ayah dan Ibu, ayah dan ibu, itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari”
Bait-bait lirik dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad jelas melihatkan permulaan hidup setiap dari kita.
Semuanya berasal dari dua orang manusia mulia pilihan Allah S.W.T. Berapa lama kita mampu merasai kasih sayang ibu dan ayah?
Tiada siapa tahu kerana ajal maut ditangan-Nya. Malahan ada anak yang telah diuji ketiadaan ibu bapa sedari kecil.
Anak Derhaka Setelah Ibubapa Meninggal Dunia
Mungkin sebelum ini kita anggap istilah anak derhaka hanya berlaku semasa ibubapa masih hidup. Namun tahukah kita bahawa, kita tetap boleh dianggap anak derhaka setelah ibu bapa meninggal dunia. Nauzubillahimin zalik.
Persoalannya, bagaimana ini boleh berlaku?
Sabda Nabi S.A.W;
“Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat”
Ibu bapa yang telah meninggal dunia ini menunggu-nunggu “kiriman hadiah/habuan” daripada anak-anak mereka setiap hari.
Namun malang seribu kali malang, “kiriman hadiah” yang ditunggu tidak kunjung tiba malahan “seksaan demi seksaan” diterima ekoran perbuatan anak-anak derhaka.
Anak-anak yang meninggalkan segala suruhan Allah sebagaimana telah diajar oleh ibu bapa sewaktu hayat mereka. Harta pusaka yang tidak diurus mengikut syariat juga menyebabkan anak dianggap derhaka.
Allah telah berfirman bahawa amat sedikit hamba-Nya yang bersyukur. Terutama sekali pada ibubapa sendiri belum cukup dihargai dan disyukuri.
Kejayaan kita hari ini adalah kerana kasih sayang Allah yang menjaga kita melalui penjagaan dan cinta dua insan berjiwa besar yang dipanggil;
“ibu, ayah, mummy, daddy, ummi, walid, mama, papa”
Sekerap mana ucapan terima kasih yang pernah kita lafazkan, tidak sedikit pun mampu membayar harga pengorbanan mereka berdua.
Namun ini tidak bermakna kita hanya berpeluk tubuh jika memang tidak mampu membalas jasa mereka yang telah tiada.
Berikut adalah 11 amalan yang dapat dikirim sebagai hadiah kepada ibubapa selepas ajal menjemput mereka terlebih dahulu dari kita;
#1 – Pengurusan Jenazah
Ramai yang memandang remeh urusan jenazah ibubapa kita kerana beranggapan ada pihak lain yang lebih pakar.
Maka cukuplah membayar khairat kematian dan biarkan jenazah dua insan tiada galang ganti ini diuruskan orang lain.
Orang yang paling afdal menguruskan jenazah adalah waris terdekat iaitu anak-anaknya. Inilah khidmat terakhir kita ke atas jasad ibu bapa kita yang telah kaku sebelum dikebumikan.
#1- Mandikan Jenazah
Sedari kecil kita dimandikan oleh ibu bapa kita hingga tidak terkira bilangannya. Dimandikan dengan penuh kasih sayang dan gurau senda.
Maka ambillah peluang ini untuk memandikan jenazah ibu bapa kita dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Perhatikan setiap inci tubuh yang telah dikorbankan untuk kita. Kasarnya tangan ibu menguruskan rumahtangga tanpa upah.
Merekahnya tumit kaki ayah ekoran kerja kuat tanpa rungutan. Titipkan doa pada setiap inci tubuh yang sedang dimandikan.
#2- Mengkafankan Jenazah
Pakaikan pakaian terakhir untuk ibu bapa kita. Tutuplah aib dan aurat mereka sebaik mungkin. Tataplah wajah mereka dengan iringan doa.
Tiada lagi hadiah baju raya untuk mereka lagi selepas ini. Hanya kain putih pembalut badan.
#3- Solatkan Jenazah
Untuk anak lelaki, pastikan kita mengimamkan solat jenazah ibu bapa kita. Panjatkan doa sebaik mungkin untuk mengiringi perjalanan terakhir mereka.
Jika dulu, mereka tidak pernah lupa menitip doa untuk kita dalam setiap solat. Maka gunalah peluang terakhir ini dalam solat jenazah mereka.
*Boleh rujuk di sini untuk cara solat jenazah.
#4- Kebumikan Jenazah
Anak lelaki/ menantu lelaki turunlah menyambut jenazah. Hadapkan wajah mereka ke arah kiblat. Kepalkan tanah dengan titipan doa sebagaimana dilakukan Nabi S.A.W terhadap jenazah 2 puterinya.
Inilah momen terakhir sebelum jasad mereka ditimbus tanah. Basahi bibir dengan doa pengampunan untuk mereka.

#2 -Memohon Keampunan
Tiada ibu bapa yang sempurna namun yakinlah bahawa mereka telah lakukan sehabis kemampuan. Redakan segala kekurangan.
Mereka hanya manusia biasa dengan amanah yang luar biasa. Mohonlah keampunan bagi pihak mereka kerana kini mereka tidak mampu lagi berbuat demikian.
“Ya Allah, sampaikanlah seumpama bacaan pahala bacaan kepada ibu bapaku (sebut nama). Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakan kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih”
#3 – Laksanakan Wasiat
Pastikan segala wasiat dilaksanakan sesempurna mungkin ikut syariat. Jika ada yang diwaqafkan maka laksanakan.
Urusan harta pusaka dilaksanakan secepat mungkin bukan atas dasar tamak. Tapi sebab tanggungjawab waris yang masih hidup.
Setakat 2016, lebih kurang RM60 billion harta umat Islam dibekukan akibat pengurusan harta pusaka yang diabaikan.
#4 – Eratkan Silaturahim Dengan Sahabat Mereka
Ziarahi dan sambungkan silaturahim dengan sahabat-sahabat ibu bapa kita. Ia satu cara mengirim “hadiah” untuk ibubapa di alam barzakh.
Sering mengenang kebaikan mereka semasa hayat ketika dengan sahabat. Teruskan sebarang legasi baik yang ditinggalkan.
#5 – Doa Untuk Ibu bapa
Panjatkan doa dalam setiap solat. Ibu bapa kita semasa hayat dulu tidak lekang berdoa untuk kita tanpa disuruh.
Tiada hijab doa anak untuk ibu bapa. Ia hadiah paling berharga di alam barzakh. Doa yang berterusan ini wajar diteruskan ke akhir hayat kita.
#6 – Waqaf
Waqafkan duit untuk pembinaan masjid dan waqafkan tanah kubur dan waqaf bangunan rumah anak-anak yatim diniatkan atas nama ibu bapa.
Lakukan sekerap mungkin mengikut kemampuan. Sedekah ini bersifat kekal selagi perkara tersebut masih digunakan sebagaimana diniatkan.
#7 – Sedekah Al Quran Dan Buku Islamik
Belikan al Quran dan buku Islamik untuk disedekahkan kepada pusat-pusat tahfiz dan masjid-masjid untuk digunakan semaksima mungkin.
Niatkan sedekah ini atas nama arwah ibu bapa kita. Panjatkan doa agar pahala sedekah ini disampaikan kepada mereka.
#8 – Sedekah Pahala Bacaan Al Quran
Niatkan agar setiap pahala bacaan al Quran kita disampaikan kepada arwah ibu bapa kita.
Pastikan kita belajar membaca al Quran dengan betul agar hanya pahala yang mengalir dan bukan dosa yang dikirim ekoran bacaan yang salah.
#9 – Selesaikan Hutang Mereka
Ia tanggungjawab anak-anak untuk menyelesaikan segala hutang-piutang arwah ibu bapa kita termasuk hutang dengan Allah.
Hutang dengan Allah termasuk nazar (jika ada) dan fidyah puasa. Manakala hutang dengan manusia juga cuba sebaik mungkin untuk dilangsaikan.
#10 – Upah Badal Haji
Bagi ibu bapa yang masih belum sempat menunaikan haji semasa hayat mereka, usahakanlah untuk Badal Haji.
Ia merupakan salah satu rukun Islam yang mungkin terpaksa mereka korbankan sebelum ini kerana ingin membesarkan kita.
Upah badal haji ini tidak semahal kos menunaikan haji maka ia sewajarnya tidak membebankan.
#11 – Amalkan Cara Hidup Islam Yang Sebenar
Teruskan amalan cara hidup Islam sebagaimana yang telah diajar oleh ibu bapa kita semasa hayat mereka. Niatkan setiap kebaikan yang kita lakukan atas tunjuk ajar mereka.
Panjangkan ilmu mereka yang bermanfaat kepada zuriat keturunan kita.
Hubungan Yang Tidak Pernah Putus
Begitu syumul Islam sehingga hubungan anak dengan ibu bapa yang telah meninggal dunia tidak pernah terputus secara hakiki.
Masih ada peluang menabur jasa. Pilihan di tangan kita. Jika tidak mampu melaksanakan semua, maka lakukanlah walau hanya satu sahaja asalkan istiqamah.
Elakkan menjadi salah satu statistik “Tanggang Moden”. Insya Allah anak-anak kita akan melayankan kita sebagaimana kita melayan ibu bapa kita semasa hayat mereka. Mahupun selepas ajal menjemput mereka.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post 11 Hadiah Istimewa Daripada Anak Buat Ibu Bapa Yang Telah Tiada appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/11-hadiah-istimewa-daripada-anak-buat-ibu-bapa-yang-telah-tiada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Pemergian Ibu Bapa Tersayang Ini Yg Dilakukan Oleh Kedua Dua Anak Aarwah Untuk Hilangkan Rindu

Selepas Pemergian Ibu Bapa Tersayang Ini Yg Dilakukan Oleh Kedua Dua Anak Aarwah Untuk Hilangkan Rindu

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 351 hits
ALHAMDULLILAH kedua dua anak a rwah tenang dan reda menerima takdir ibu bapa mereka sudah tiada lagi Selepas pemergian ibu bapa tersayang Ini yg dilakukan oleh Kedua dua anak aarwah untuk hilangkan rindu
Anak Sulung Selalu Dimarah Tapi Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

Anak Sulung Selalu Dimarah Tapi Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 516 hits
Biasanya anak sulung sering dimarah dan dijadikan sasaran namun jauh di sudut hati ibu ayah anak pertama adalah yang paling istimewa di sudut hati Anak sulung biasanya mempunyai karektor yang tenang tetapi tegas Di sebalik ketenangan dan ke...
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa Jangan Diabaikan

Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa Jangan Diabaikan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 480 hits
DALAM satu keputusan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban hakim telah memerintahkan seorang wanita yang juga seorang pensyarah bersama suaminya mem beri nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat Pasangan itu juga diperinta...
Kat Rumah Abah Selalu Buat Pada Mama Jangan Ambil Mudah Tingkah Laku Anak Tiru Aksi Mesra Ibu Bapa

Kat Rumah Abah Selalu Buat Pada Mama Jangan Ambil Mudah Tingkah Laku Anak Tiru Aksi Mesra Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 673 hits
Pada usia yang muda kanak kanak mudah terdedah kepada unsur unsur negatif yang dilihat dengan matanya sendiri Menerusi pengalaman itu kanak kanak tidak akan teragak agak untuk meniru aksi yang dilihat Perkara ini tidak dapat disangkal lagi ...
Ibu Bapa Sila Hati Hati Dengan Tutur Kata Terhadap Anak Setiap Hari

Ibu Bapa Sila Hati Hati Dengan Tutur Kata Terhadap Anak Setiap Hari

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 698 hits
Dalam ramai ramai adik beradik kulit dialah yang paling gelap Budak gemuk Dia tak pandai belajar macam abang kakak dia Kakngah yang paling tak comel Dia paling nakal Skrip itu diulang ulang oleh si ibu sewaktu berbual dengan saudara mara da...
Ibu Bapa Patut Tahu 5 Tanda Anak Mula Jadi Bos Dalam Keluarga

Ibu Bapa Patut Tahu 5 Tanda Anak Mula Jadi Bos Dalam Keluarga

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 314 hits
Bagi pasangan yang berkahwin kehadiran anak anak adalah harta yang tidak ternilai Apa segala yang diingin mereka kita akan tunaikan walaupun ia di luar jangkaan kehendak sehinggakan terpaksa korbankan wang ringgit Mudah kata kita sebagai ib...
Pu Lokman Jelaskan Isu Ibu Bapa Cium Mulut Anak

Pu Lokman Jelaskan Isu Ibu Bapa Cium Mulut Anak

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 443 hits
Sebelum ini perkongsian Norman Hakim mencium mulut anak perempuannya mendapat perhatian ramai Rata rata tidak senang dengan tindakan Norman dan meminta agar pelakon The post appeared first on
Black Hadiah Banglo Chalet Buat Ibu Bapa

Black Hadiah Banglo Chalet Buat Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 255 hits
Penyanyi popular Black membina banglo dan tiga chalet iaitu D Sawah Chalet mencecah RM200 000 buat kedua ibu bapanya di Kupang Baling Kedah Black 32 atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah berkata kediaman itu dibina atas tanah milik bapan...
Ibu Bapa Keluarga Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Anak Menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar

Ibu Bapa Keluarga Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Anak Menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 1158 hits
Ibu bapa keluarga jangan campur urusan rumah tangga anak menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar Berikutan kes penceraian antara pelakon dan usahawan Fizo Omar serta isterinya Mawar Abdul Karim ramai netizen terkejut dan tidak menya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025