Tunang Di Goda Isteri Orang Hingga Akhirnya Terpaksa Putus Kan Pertunangan
Hi semua..
Pertunangan adalah ikatan sementara untuk menuju ke alam perkahwinan. Bertunang bukan bermakna sidia adalah hak kita yang mutlak. Ianya lebih kepada fasa untuk mengenali seseorang dengan lebih dekat.
Dengan pertunangan kita akan dapat mengenali seseorang dengan lebih lagi dan inilah masa untuk mencari keserasian. Dalam tempoh bertunang akan ada ujian-ujian yang mungkin juga adalah petunjuk dari Allah bahawa sama ada sidia layak ataupun tidak untuk kita.
Ada yang dipermudahkan urusan sepanjang bertunang dan ada juga yang melalui beberapa konflik perasaan malah lebih dasyat lagi melibatkan orang ketiga.
Baru-baru ini saya dihubungi seorang pengadu (Ira) yang meluahkan perasaan kesal dan kecewa atas sikap bekas tunang dengan seorang wanita berstatus janda yang menyebabkan hubungan pertunangan nya putus.
" Kisahnya bermula pada hujung bulan december 2018... Ada sorang perempuan whatsapp saya cakap dia buah hati baru tunang saya... Masa tu hnya Allah saja yang tahu perasaan saya..
Saya cuba tanya pada tunang tapi dia tak jawab... Gerak hati saya kuat mengatakan perempuan yang whatsapp saya tu adalah kakak angkat kepada tunang saya. Memang dari mula kenal dia lagi saya dah tak sedap hati. Naluri saya kuat mengatakan perempuan tu ada niat tak baik. tapi saya cuba fikir positif pasal dia.
Setiap kali saya dan tunang bergaduh dia akan masur campur, Api-apikan tunang saya supaya kami bedua bgaduh.. Apa yang saya tahu perempuan tu dah berkahwin. Saya cuba juga cakap dengan tunang pasal kak angkat dia tu tapi tunang tak percaya.. Masa bulan november 2018 hubungan saya dan tunang ada masalah. Kami ada sikit salah faham.
Saya tahu tunang saya selalu share masalah kami pada kakak angkat dia...Dari situlah dia ambil kesempatan. Dia memang dah lama ada hati pada tunang saya ketika dia masih isteri orang lagi. Sikap dia menunjukan dia memang ada hati pada tunang saya... Ternyata anggapan saya pasal perempuan ni memang betul.
Sekarang dia dah rampah kebahagaian saya
Apa yang saya tahu dia baru bercerai setahun dengan ex suami dia.. Apa yang lebih memalukan perempuan ni seorang cikgu tadika di baling. Manakala tunang saya seorang askar di Kem Pengkalan Ulu kroh Perak...
Hidup saya jadi kucar kacir sebab janda nie...
Masa dia kenal tunang saya dia dah tahu yang tunang saya tu dah berpunya.. Tapi dia cuba juga dekati tunang saya.
Pernah beberapa kali tunang saya tak layan dia.. Cuba block kat whatsapp, Dia meroyan tulis macam-macam kat status whatsapp. Dia whatsapp saya cakap mcam-macam pasal tunang. Masa tu dia masih lagi isteri orang..
.
Tapi dia boleh chat dengan lelaki lain. Saya pernah nampak perempuan tu letak gambar tunang saya di facebook.
Masa awal-awal kami bergaduh dulu ex saya pergi pada dia mungkin sebab terdesak dia nak lepas kan marah pada saya.
Saya dah banyak berkorban untuk dia.. Kami kenal sebelum dia join army lagi.. Dekat 6 tahun tapi dia kenal permpuan tu baru 2 tahun rasanya.
Dalam masa kami gaduh tu saya cuba ambil hati dia balik..Tapi gagal. Sejak dia kenal dengan permpuan tu sikap dia dah berubah.. Dari lelaki penyabar jadi panas baran.. Suka maki-maki...
Dulu saya adalah wanita yang paling dia sayang..saakrang dia buang saya macm sampah."
-Ira-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2019/07/tunang-di-goda-isteri-orang-hingga.html