Tun M Ph Harap Umno Tanding Prk Parlimen Tanjung Piai



PUTRAJAYA - Pakatan Harapan (PH) berharap pembangkang meletakkan calon UMNO untuk bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor kerana berpendapat pakatan itu lebih berpotensi menang jika disaingi wakil UMNO, kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Banyak masalah di situ. Kita berpendapat bahawa kita bergantung kepada parti lawan untuk menang iaitu kita minta mereka letak calon dari UMNO. Tolonglah, supaya kita boleh menang," katanya secara sinis pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata walaupun buat masa ini calon PH masih belum ditentukan, namun yang pasti pakatan itu akan diwakili oleh calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

PRK Parlimen Tanjung Piai akan diadakan pada 16 Nov ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 21 Sept lepas selepas mengalami komplikasi jantung.

Pada PRU14, Dr Md Farid yang merupakan seorang pakar bius dan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 524 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Ditanya mengapa PH mengharapkan calon UMNO daripada Barisan nasional (BN) bertanding PRK tersebut, Dr Mahathir berkata: "Adalah fakta-fakta yang tak boleh kita terangkan sekarang."

Perdana Menteri berkata mesyuarat tersebut turut membincangkan secara panjang lebar mengenai Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Jumaat ini.

Katanya, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin PH dan terdapat sedikit perubahan yang dicadangkan untuk belanjawan tersebut.

"Dan diharap Menteri Kewangan akan mengambil kira pandangan ini dan membuat pengumuman dalam ucapan (nanti)," katanya.

Ditanya mengenai perubahan yang diinginkan itu, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: "I won't tell you, its embargo until Friday" (Saya tidak boleh beritahu anda, ia embargo sehingga Jumaat).

Sementara itu, Dr Mahathir ketika diminta mengulas mengenai lantikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Junaidah Kiting, yang juga merupakan isteri kepada setiausaha politik perdana menteri, berkata PH akan melakukan lantikan politik ke jawatan tertentu jika individu tersebut berkelayakan dan boleh menjalankan tugas.

"Inilah masalah yang kita hadapi. Kami tidak sepatutnya memberi sebarang jawatan kepada orang yang bekerja keras untuk menjayakan parti kita. Sebaliknya, yang mendapat nikmat jawatan-jawatan tertinggi adalah orang-orang yang tidak pernah tolong parti kita.

"Jadi adakalanya kita pilih juga orang yang ada kaitan sedikit dengan parti kerana dia mempunyai kelayakan, dan kita akan terus lakukan perkara yang sama kalau kita dapati ada orang yang ada kaitan dengan parti, bekerja kuat dengan parti, tetapi mempunyai kebolehan untuk menjayakan tugas itu," katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/10/mahathir-ph-harap-umno-tanding-prk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Tanjung Piai Tun M Yakin Ph Menang Jika Lawan Calon Umno

Prk Tanjung Piai Tun M Yakin Ph Menang Jika Lawan Calon Umno

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 411 hits
Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Petah Wazzan IskandarDr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya petang tadi NSTP Mohd Fadli HamzahPUTRAJAYA Pakatan Harapan yak...
Umno Mungkin Bertanding Prk Tanjung Piai Zahid

Umno Mungkin Bertanding Prk Tanjung Piai Zahid

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 345 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Calon Umno Prk Tanjung Piai

Calon Umno Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 320 hits
Calon Umno PRK Tanjung Piai Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi bayangan parti itu bakal bertanding pada yang akan diadakan pada 16 Nov depan Berucap merasmikan Konvensyen Umno Johor di Johor Bahru hari ini Ahmad Zahid berk...
Prk Tanjung Piai Pas Johor Harap Bn Letak Calon Melayu

Prk Tanjung Piai Pas Johor Harap Bn Letak Calon Melayu

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 377 hits
JOHOR BAHRU PAS Johor mengharapkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai November ini dipilih dalam kalangan rakyat tempatan yang mempunyai rekod bersih Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata pandan...
Zahid Beri Bayangan Calon Umno Tanding Prk Tg Piai

Zahid Beri Bayangan Calon Umno Tanding Prk Tg Piai

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 268 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno dan pengundi di Melayu di Tanjung Piai mahukan perubahan JOHOR BAHRU Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi bayangan parti itu bakal bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Tanjun...
Prk Tanjung Piai Pas Berkempen Dengan Umno

Prk Tanjung Piai Pas Berkempen Dengan Umno

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 762 hits
Mohd Aizat Shamsuddinmohdaizat bh com myGAMBAR hiasanPAS sedia turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai walaupun siapa saja calon yang akan diletakkan oleh Barisan Nasional termasuk daripada MCA Presiden PAS Datuk Seri ...
Amanah Sokong Mana Mana Calon Ph Pada Prk Parlimen Tanjung Piai

Amanah Sokong Mana Mana Calon Ph Pada Prk Parlimen Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 289 hits
THE MALAYSIAN TIMES PONTIAN Parti Amanah Negara akan memberikan sokongan kepada mana mana calon Pakatan Harapan yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Timbalan Presiden Amanah Datuk Salahuddin Ayub berkata pihak...
Prk Parlimen Tanjung Piai Pdrmsia Sudah Bersiap Siaga

Prk Parlimen Tanjung Piai Pdrmsia Sudah Bersiap Siaga

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 320 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Cermin Muka Dulu Jika Mca Mahu Tanding Prk Tanjung Piai

Cermin Muka Dulu Jika Mca Mahu Tanding Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 267 hits
PROF DR REDHUAN TEE ANDULLAH UTAMAKAN calon Melayu dalam PRK Tanjung Piai jika gabungan UMNO PAS mahu menang Jangan dengar cakap MCA MCA tidak pernah setia dengan BN sejak BN hilang kuasa PRU14 yang lalu Jika MCA berkeras biarkan dia Kita m...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage