Prk Tanjung Piai Pas Johor Harap Bn Letak Calon Melayu



JOHOR BAHRU - PAS Johor mengharapkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, November ini, dipilih dalam kalangan rakyat tempatan yang mempunyai rekod bersih.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata pandangan itu disampaikan oleh PAS negeri dalam pertemuan bersama UMNO Johor yang diketuai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Ir. Hasni Mohammad baru-baru ini.

“Saranan kita (PAS) mengenai calon yang akan bertanding, seeloknya hendaklah calon tempatan yang boleh diterima semua anggota masyarakat dan seboleh-bolehnya dalam kalangan Melayu Islam yang bersih dari isu–isu negatif.

“Kita mengharapkan biarlah calon Melayu Islam dicalonkan bukan kerana rasis atau sebagainya tetapi kerana mengikut keadaan sekarang, melihat realiti semasa dengan majoriti Melayu Islam di sana jadi kita rasa lebih baik kita pilih calon Melayu Islam dan kita sudah kemukakan hujah-hujah kita dan UMNO pun pandangan mereka hampir sama dengan kita,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Abdullah bagaimanapun berkata pihaknya tetap akan memberi sokongan dan akan bekerjasama walaupun keputusan yang akan ditetapkan mengenai calon yang akan mewakili pembangkang di PRK Tanjung Piai tidak seperti yang diutarakan.

“Walau apapun keputusan yang diputuskan, kita akur dan akan bekerjasama atas semangat Muafakat Nasional dan ia tidak tertakluk untuk Islam sahaja. MIC dan MCA pun boleh bernaung di bawah piagam ini kerana agenda lebih luas, kita tidak pinggirkan non-muslim,” katanya.

Abdullah turut mengingatkan bahawa pihaknya tidak boleh berasa selesa walaupun ada teori mengatakan pembangkang boleh memenangi PRK Tanjung Piai kali ini.

“Kalau mengikut teori semasa Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan menang tipis dan PAS ketika itu mendapat undian lebih 2,000, jadi kiraan kasar sudah boleh menang kalau ikut undi BN dan PAS tetapi kita tidak boleh selesa dan terlalu yakin dengan anggapan itu.

“Walaupun PRK sebelum ini seperti di Rantau, Semenyih dan Cameron Highland dimenangi pembangkang seolah menunjukkan satu petunjuk yang positif kepada kita tetapi harus diingatkan jangan terlalu selesa kerana apa sahaja boleh terjadi, pelbagai kemungkinan boleh berlaku tetapi apa yang penting kerjasama semua pihak,” katanya lagi.

Penyandang kerusi Tanjung Piai, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, meninggal dunia di Hospital Pontian pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Dalam PRU -14 lepas, Dr Md Farid, yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai memperoleh 21,255 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/10/prk-tanjung-piai-pas-johor-harap-bn.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Serah Mandat Kepada Bn Tentukan Calon Prk Tanjung Piai

Pas Serah Mandat Kepada Bn Tentukan Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 281 hits
Pas menyerahkan mandat kepada Barisan Nasional untuk menentukan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Johor nanti Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun belum mengadakan sebarang mesyuarat namun pihaknya menyerahk...
Prk Tanjung Piai Calon Melayu Islam Paling Terbaik

Prk Tanjung Piai Calon Melayu Islam Paling Terbaik

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 295 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin UMNO PAS perlu bukti Muafakat Nasional bukan retorik sehingga jadi bahan peluru PH jika masih berkeras pilih bukan Melayu sebagai calonBANGI Parti parti Melayu dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan perlu dud...
Prk Tanjung Piai Pas Berkempen Dengan Umno

Prk Tanjung Piai Pas Berkempen Dengan Umno

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 741 hits
Mohd Aizat Shamsuddinmohdaizat bh com myGAMBAR hiasanPAS sedia turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai walaupun siapa saja calon yang akan diletakkan oleh Barisan Nasional termasuk daripada MCA Presiden PAS Datuk Seri ...
Prk Tanjung Piai Pas Anggap Bn Lebih Berhak

Prk Tanjung Piai Pas Anggap Bn Lebih Berhak

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 305 hits
DENYUT REFORMASI KOTA BHARU Pas membuat bayangan awal akan memberi laluan kepada Barisan Nasional untuk meletakkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Johor Naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas lebih ...
Calon Pembangkang Prk Tanjung Piai Tak Semesti Mca

Calon Pembangkang Prk Tanjung Piai Tak Semesti Mca

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 319 hits
Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR Sesiapapun wakil calon pembangkang dalam PRK Tanjung Piai tidak semestinya perlu mengikut acuan semasa pemilihan PRU 14 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pasukan pembangkang tidak...
Orang Melayu Tanjung Piai Meluat Tengok Umno Pas

Orang Melayu Tanjung Piai Meluat Tengok Umno Pas

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 290 hits
Via WhatsApp Penyatuan Nasional dengan megah serta dengan yakinnya telah memberitahu bahawa mereka akan merampas kerusi Tanjung Piai Presiden Pas Hadi akan mewajibkan semua ahli2nya yang mengundi di situ untuk menyokong calon MCA Tetapi itu...
Bukti Ph Itu Barua Dap Terbukti Di Tg Piai Bila Ph Letak Calon Melayu Dari Bersatu

Bukti Ph Itu Barua Dap Terbukti Di Tg Piai Bila Ph Letak Calon Melayu Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 590 hits
Sebelum ni puak lebai dan umno mendendangkan lagu melayu islam melayu islam penyatuan ummah beli barangan islam dulu bla bla bla kemudian mereka tuduh PH ni barua Dap dan PH ni dikawal oleh Dap Tiba2 Allah uji dengan PRK Tg Piai Irama melay...
Prk Tanjung Piai Apa Pun Strategi Paling Penting Kemenangan Calon Dan Parti

Prk Tanjung Piai Apa Pun Strategi Paling Penting Kemenangan Calon Dan Parti

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 402 hits
Kesesuaian calon atau kerusi bukan hanya bergantung kepada faktor demografi semata mata Tetapi semangat kekitaan dan muafakat dalam satu komponen Barisan Nasional perlu ditonjolkan JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https ...
Amanah Sokong Mana Mana Calon Ph Pada Prk Parlimen Tanjung Piai

Amanah Sokong Mana Mana Calon Ph Pada Prk Parlimen Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 272 hits
THE MALAYSIAN TIMES PONTIAN Parti Amanah Negara akan memberikan sokongan kepada mana mana calon Pakatan Harapan yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Timbalan Presiden Amanah Datuk Salahuddin Ayub berkata pihak...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Visit Peaks Of Malaysia This Merdeka Day

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur

Rekomendasi 5 Aplikasi Akuntansi Terbaik Di Indonesia Tahun 2024

Maszsz Legal Bb 12 Sz Zal Kkal Kell Emelni A Legkisebb B Reket