Amanah Sokong Mana Mana Calon Ph Pada Prk Parlimen Tanjung Piai


THE MALAYSIAN TIMES 

PONTIAN: Parti Amanah Negara (Amanah) akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Timbalan Presiden Amanah Datuk Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan akur dengan keputusan kepimpinan PH berhubung calon yang dipilih kelak.

“Amanah akan akur dengan keputusan PH, sejauh ini mengikut semangat yang kita sepakati dalam PH, dan seperti berlaku beberapa PRK sebelum ini, parti yang bertanding di situlah yang akan letak calon masing-masing kecuali ada perubahan di peringkat Majlis Presiden,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang, di sini hari ini.

Salahuddin berkata sebagai anak jati Tanjung Piai, beliau akan ‘berkubu’ dan bekerja keras mempertahankan kemenangan PH di kawasan itu dan sebagai langkah awal, beliau sudah mengadakan mesyuarat di peringkat Tanjung Piai bersama pemimpin-pemimpin Amanah kawasan berkenaan, malam tadi.

“Pada 4 Okt ini, saya sebagai Pengarah Pilihan Raya PH Johor (semasa PRU14) juga akan mengadakan mesyuarat di Johor Bahru. Di sana nanti, kita akan memperincikan persiapan untuk Parlimen Tanjung Piai.

Bagi Amanah pula, arahan kepada jentera di bawah parti itu sudah dikeluarkan untuk meraih sokongan peti undi di bawah kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata beliau sudah menghubungi Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, malam tadi, dan kedua-dua mereka akan mengadakan pertemuan Jumaat ini bagi memperincikan strategi dan pendekatan yang harus dilakukan untuk PRK Parlimen Tanjung Piai.

Menurut Salahuddin, beliau turut menghubungi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berada di Amerika Syarikat, dua hari lepas, berhubung PRK berkenaan.

“Malam tadi (semasa mesyuarat) kita tidak bincang soal calon. Kita tunggu di peringkat Majlis Presiden PH, cuma dalam dua hari hari lepas, saya ada bercakap dengan (Tan Sri) Muhyiddin, oleh kerana kita di Johor sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kita begitu akrab dan bekerja berpasukan, maka, saya pun beritahu beliau bahawa walaupun prinsipnya kerusi Tanjung Piai adalah kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tetapi Amanah tiada masalah membantu.

“Cuma saya bagi pandangan, selaku anak jati Tanjung Piai, kalau boleh dirundingi apabila kita mahu muktamadkan dan putuskan soal calon, saya juga akan bagi pandangan calon-calon terbaik,” katanya.

Ditanya mengenai situasi PRK Parlimen Tanjung Piai, Salahuddin berkata ia merupakan ujian penting terhadap PH selepas setahun tujuh bulan mentadbir kerajaan, kerana memperlihatkan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kerajaan.

PRK Parlimen Tanjung Piai juga katanya boleh dianggap dramatik kerana menguji sejauh mana ‘perkahwinan’ UMNO dan PAS mendapat sokongan rakyat terutama pengundi Melayu memandangkan terdapat 56.8 peratus pengundi kaum itu.

“Bagi MCA pula, saya yakin mereka juga mahu membuat ujian sejauh mana MCA ada peranan sebab mereka mendakwa orang-orang Cina suda kembali kepada Barisan Nasional. Oleh kerana kawasan ini (Tanjung Piai) mempunyai 41.6 peratus pengundi Cina, ini juga menjadi satu ujian bagi MCA,”
katanya dengan menambah isu tempatan juga tidak dilihat menjadi dominan pada PRK berkenaan sebaliknya isu nasional seperti perkauman akan dimainkan pembangkang.

Menurut Salahuddin, atas rekod baik yang ditunjuk Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik semasa menjadi Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri selain personaliti Allahyarham yang berwibawa, beliau yakin rakyat Tanjung Piai mampu membuat penilaian adil terhadap Allahyarham sekali gus memberi mandat kepada PH untuk mempertahankan kawasan itu.

Kerusi parlimen Tanjung Piai mengalami kekosongan berikutan kematian ahli parlimennya, Dr Md Farid Sabtu lalu ekoran komplikasi jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh PRK selepas mesyuarat khas pada Selasa depan (1 Okt). –Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/amanah-sokong-mana-mana-calon-ph-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilema Calon Prk Tanjung Piai

Dilema Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 280 hits
Hari ini Speaker Dewan Rakyat memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini mengemukakan notis kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun Moham...
Calon Pembangkang Prk Tanjung Piai Tak Semesti Mca

Calon Pembangkang Prk Tanjung Piai Tak Semesti Mca

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 307 hits
Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR Sesiapapun wakil calon pembangkang dalam PRK Tanjung Piai tidak semestinya perlu mengikut acuan semasa pemilihan PRU 14 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pasukan pembangkang tidak...
Pas Serah Mandat Kepada Bn Tentukan Calon Prk Tanjung Piai

Pas Serah Mandat Kepada Bn Tentukan Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 267 hits
Pas menyerahkan mandat kepada Barisan Nasional untuk menentukan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Johor nanti Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun belum mengadakan sebarang mesyuarat namun pihaknya menyerahk...
Cermin Muka Dulu Jika Mca Mahu Tanding Prk Tanjung Piai

Cermin Muka Dulu Jika Mca Mahu Tanding Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 225 hits
PROF DR REDHUAN TEE ANDULLAH UTAMAKAN calon Melayu dalam PRK Tanjung Piai jika gabungan UMNO PAS mahu menang Jangan dengar cakap MCA MCA tidak pernah setia dengan BN sejak BN hilang kuasa PRU14 yang lalu Jika MCA berkeras biarkan dia Kita m...
Prk Tanjung Piai Prelude Lembaran Baru Politik Negara

Prk Tanjung Piai Prelude Lembaran Baru Politik Negara

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 225 hits
oleh Datuk M PeriasamyPENGUNDI kawasan Parlimen Tanjung Piai Johor akan menyaksikan pertembungan hebat antara calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk merebut kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Kecil tidak lama lagi Kerusi Pa
Prk Tanjung Piai Pas Berkempen Dengan Umno

Prk Tanjung Piai Pas Berkempen Dengan Umno

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 728 hits
Mohd Aizat Shamsuddinmohdaizat bh com myGAMBAR hiasanPAS sedia turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai walaupun siapa saja calon yang akan diletakkan oleh Barisan Nasional termasuk daripada MCA Presiden PAS Datuk Seri ...
Prk Tanjung Piai Umno Dan Mca Berebut Kerusi

Prk Tanjung Piai Umno Dan Mca Berebut Kerusi

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 321 hits
Beberapa parti politik menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi parlimen Tanjung Piai sehari selepas kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik semalam Calon MCA yang tewas pada PRU lalu Wee Jeck Seng berkata sedia untuk bertanding ...
Jalil Backer Prk Tanjung Piai Ujian Kepada Piagam Muafakat Nasional

Jalil Backer Prk Tanjung Piai Ujian Kepada Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 364 hits
1 Semoga Allah merahmati dan mengampuni segala dosa dosa allahyarham Ahli Parlimen Tanjung Piai Mohamed Farid Md Rafik yang meninggal dunia awal pagi ini 2 Takziah kepada keluarga Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan ...
Prk Tanjung Piai Diselubungi Isu Semasa Kebimbangan Rakyat

Prk Tanjung Piai Diselubungi Isu Semasa Kebimbangan Rakyat

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 234 hits
Terlalu awal untuk menentukan sama ada Pakatan Harapan mampu mengekalkan kerusi yang dipegang pada Pilihan Raya Umum ke 14 selepas setahun lebih PH mentadbir Putrajaya Penganalisis politik daripada Universiti Malaya Profesor Madya Dr Awang ...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain

Tahanan Rumah Adakah Peruntukan Seumpama Itu

Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

Titah Adendum Tengku Zafrul Enggan Dedah Kesilapan Afidavit Difailkan Zahid