Tun M Atau Dsai Pm Ke 9 Benarkah Ph Sedang Mengumpul Sokongan Mp Untuk Menjatuhkan Pn
TINTA
Ok lah...
Dah alang-alang ramai sangat yang masih dok kira jumlah MP, masih ramai yang dok ulas mahukan Tun,dan yang satu lagi ulas mahukan DSAI...untuk jadi PM ke 9...Meh aku bagi sedikit pencerahan kronologi situasi semasa bagi mereka yang mahu buat analisa langkah-langkah politik negara..
Pertama,
Perlulah kita ketahui battle ketika ini ialah di antara Muhyidin dan Tun M, DSAI tidak (ataupun) belum masuk pun dalam pertarungan pusingan ini.. ibaratnya,dalam perlawanan bola...Tun Vs Muhyidin di perlawanan playoff sedangkan DSAI menanti di peringkat seterusnya untuk berhadapan samada Tun atau Muhyidin yang menang nanti.. Cuma,yang bezanya battle ini dengan perlawan bolaSepak ialah,DSAI juga boleh menyertai untuk membantu salah satu pihak untuk menundukkan lawan pihaknya bahkan DSAI juga boleh terus mencantas kedua-dua pihak itu serentak jika DSAI mahu dan terdapatnya peluang terhidang.
Kedua,Walaupun tidaklah terlalu accurate jumlah MP yang dimiliki oleh Muhyidin,Tun dan DSAI namun jumlahnya tidaklah terlalu jauh tersasar...ianya kini sudah menjadi rahsia umum.. Cuma,ianya tidaklah boleh dijadikan sandaran kerana ia boleh berubah dengan drastik pada bila-bila masa sebab itulah Muhyidin yang sedang memiliki kelebihan sebagai PM sedang rancak mencukupkan jumlah sokongan MP kepadanya..
Ketiga,Muhyidin memerlukan bantuan DSAI untuk menewaskan Tun di pusingan playoff begitu juga Tun memerlukan DSAI untuk menewaskan Muhyidin di pusingan tersebut. Langkah ini tidaklah terlalu sukar untuk Tun jika lawan Tun di pusingan ini bukanlah Muhyidin kerana dengan apa yang Muhyidin ada sudah cukup untuk Tun dan Muhyidin menewaskan sesiapa sahaja lawan mereka termasuklah DSAI. (Tak perlu dihuraikan sebab dan asbab kenapa Tun dan Muhyidin memang menjadi lawan pada battle pusingan ini)
Keempat,Jika kita meminjam sedikit data angka untuk membuat tinjauan Tun Vs Muhyidin. Kita dapati Tun mampu menang jika DSAI membantunya, namun syarat DSAI kali ini ialah DSAI menjadi PM dan tiada lagi peluang ketiga akan diberikan kepada Tun.. Ini perkara mudah jika Tun benar-benar mahu menewaskan Muhyidin dan pasti Tun akan bersetuju sahaja dengan bantuan dari DSAI untuk menewaskan Muhyidin. Namun, jelas dan nyata jika Tun sudah menewaskan Muhyidin,lawan yang menanti Tun nanti adalah DSAI...kedua-duanya mahukan takhta yang sama iaitu jawatan PM..Maka, di tahap inilah masalah itu tergantung.. Tun hanya mahu diri dia jadi PM semula tanpa sesiapa pun dapat meneka dengan pasti apa agenda sebenar beliau yang beria-ria benar mahu jadi PM semula...Malas pulak nak tulis panjang-panjang maka dipendekkan cerita,aku yakin Tun bukanlah jenis manusia yang tidak berpada-pada dalam mengambil langkah berisiko... beliau pasti turut terikat dengan kata pepatah " takut yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran "Maka, aku yakin Tun akan terpaksa memilih untuk bersetuju DSAI menjadi PM,sekurang-kurangnya untuk masa yang terdekat ini.. Tun tahu,di sebelah sana...musuh-musuhnya lebih ganas dan kejam.. lebih baiklah beliau berpaut seketika dengan musuhnya yang tidak membahayakannya iaitu DSAI.Doaku, semoga DSAI terus kuat,istiqamah dengan agenda reform...terus cakna kesusahan dan derita rakyat.. dan semoga Allah Taala terus melindungi DSAI. Biarlah DSAI dapat diangkat mengemudi negara pada waktu dan masa yang sesuai..Yang tidak membebankannya dengan masalah yang bukan datang dari tangan beliau..Ingatlah, Allah bersama dengan insan yang sabar.. dan berilah khabar gembira buat mereka yang sabar..InshaAllah, ini kalilah..#inshaAllahDSAIpmke9#mandatRakyatbuatDSAI#Reformasi#LawanTetapLawan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/06/tun-m-atau-dsai-pm-ke-9-benarkah-ph.html