Boleh Atau Tidak Minta Semula Deposit Yang Sudah Dibayar Ini Pencerahannya


Wabak pandemik Covid-19 sememangnya memberi pelbagai kesan kepada banyak pihak. Antaranya ialah pihak tuan rumah yang ingin mengadakan kenduri seperti kenduri kahwin. Persediaan awal seperti menempah pelamin mahupun makanan perlulah disertakan dengan deposit terlebih dahulu. Namun, disebabkan wabak ini, majlis tersebut perlu dibatalkan dan ada yang inginkan kembali deposit mereka.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menerangkan mengenai hukum meminta semula deposit yang telah dibayar. Ikuti penulisan di bawah bagi pencerahan.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t Saya ada satu soalan. Saya ada membuat bayaran deposit untuk perkhidmatan catering bagi majlis perkahwinan anak saya, namun saya terpaksa membatalkan majlis tersebut bersempena perintah berkurung ini, soalan saya di sini, bolehkah saya meminta semula wang deposit yang telah saya berikan kepada pihak katering tersebut atas sebab majlis masih belum berjalan? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala kurniaan dan rahmat buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda S.A.W.
Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah S.W.T:
وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَاۚ
Maksudnya: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. 
Surah al-Baqarah (275)
Dalam ayat ini, Allah S.W.T telah menyatakan larangan daripada melakukan riba dalam jual beli. Imam al-Qurtubi menafsirkan ayat ini dengan berkata bahawa ayat ini bersama-sama dua ayat seterusnya mengandungi hukum-hakam berkenaan riba dan keharusan akad berjual beli, dan juga balasan yang buruk bagi mereka yang menghalalkan riba serta sentiasa beramal dengannya. [Lihat: Tafsir al-Qurtubi; 3/348].
Berbalik kepada persoalan yang diajukan berkenaan hukum meminta semula wang deposit, perkara ini dinamakan sebagai bai’ al-‘urbun (jual beli secara deposit). Hal ini kami ada bahaskan dalam satu artikel kami yang bertajuk AL-KAFI #424: HUKUM JUAL BELI SECARA URBUN (DEPOSIT)[1].
Pada dasarnya, jual beli secara ‘urbun adalah tidak sah menurut mazhab Syafi’e, mazhab Maliki dan juga mazhab Hanafi. Ini berdasarkan kepada sebuah riwayat hadith Nabi Muhammad S.A.W:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْعُرْبَانِ
Maksudnya: “Rasulullah S.A.W melarang jual beli secara ‘urbun.”
Riwayat Abu Daud (3502)
Ini juga kerana ia mengandungi gharar (ketidakpastian) dan memakan harta manusia secara batil. Manakala mazhab Hanbali membenarkan jual beli secara ‘urbun berdasarkan kepada pendapat Saidina Umar al-Khattab dan anaknya, Abdullah R.Anhuma. [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab; 9/335].
Namun, menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab karangannya, al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh (5/3434-3435), jual beli secara ‘urbun adalah diharuskan berdasarkan kepada ‘uruf semasa. Selain itu, hadis yang melarang jual beli ini juga adalah tidak sahih.
Melihat kepada senario masyarakat Islam pada hari ini, jual beli secara ‘urbun ini dilihat sudah menjadi keperluan dan ‘uruf kepada masyarakat khususnya di zaman sekarang ini sebagai tanda atau bentuk komitmen dalam melakukan perjanjian jual beli. Ia bertujuan bagi mengelakkan kerugian bagi pihak-pihak yang bertransaksi dengan pelanggan.
Maka, apabila berlakunya jual beli secara ‘urbun (deposit), isu kedua yang timbul ialah pada penamatan kontrak sewaan atau jual beli, dalam kata deposit telah dibayar, maka adakah boleh bagi pelanggan atau pembeli untuk menarik semula wang deposit. Dan adakah peniaga atau penjual boleh mengambil wang deposit tersebut menjadi miliknya.
Dalam hal ini, Majma’ Fiqh al-Islami telah mengeluarkan satu keputusan berkenaan bai’al-‘urbun ini bahawa ia dibenarkan dan diharuskan. Mereka juga menetapkan seperti berikut:
المراد ببيع السلعة مع دفع المشتري مبلغاً من المال إلى البائع على أنه إن أخذ السلعة احتسب المبلغ من الثمن وإن تركها فالمبلغ للبائع.
Maksudnya: Yang dimaksudkan (Bai’ al-‘urbun) ialah menjual sesuatu barangan, lalu pembeli memberi sejumlah wang kepada penjual (sebagai pendahuluan), dengan syarat apabila pembeli memperoleh barangannya, maka wang tersebut akan dikira sebagai sebahagian daripada yang perlu dibayar (harga barangan tersebut). Namun sekiranya pembeli membatalkan beliannya, maka wang pendahuluan yang telah dibayar akan menjadi milik penjual.
Transaksi ini selain berlaku untuk jual beli, ia juga berlaku untuk akad sewa menyewa (al-Ijarah) atas sebab ia juga merupakan jual beli manfaat. Mereka menambah lagi:
يجوز بيع العربون إذا قيدت فترة الانتظار بزمن محدود. ويحتسب العربون جزءاً من الثمن إذا تم الشراء، ويكون من حق البائع إذا عدل المشتري عن الشراء.
Maksudnya: Dibolehkan bai’ al-‘urbun sekiranya tempoh menunggu diikat dengan waktu yang terhad, wang pendahuluan tersebut dimasukkan sebagai sebahagian daripada jumlah harga apabila bayarannya sudah dilunaskan. Dan ia (al-‘urbun) menjadi milik penjual apabila pembeli membatalkan urusniaga pembelian.[2]
Ini dikuatkan lagi dengan pendapat yang dikeluarkan oleh ahli Majlis Fatawa al-Lajnah al-Da’imah, (9388) jawab mereka apabila ditanya berkenaan bai’ al-‘urbun, adakah dibenarkan bagi penjual untuk mengambil wang deposit yang telah dibayar oleh si pembeli apabila pembeli membatalkan pembeliannya atau mengembalikan pembeliannya itu:
إذا كان الواقع كما ذكر، جاز له أن يحتفظ بالعربون لنفسه، ولا يرده للمشتري في أصح قولي العلماء إذا اتفقا على ذلك.
Maksudnya: Sekiranya keadaan sedemikian, maka dibolehkan baginya (penjual) untuk memiliki wang deposit tersebut untuk dirinya dan tidak mengembalikannya kepada pembeli menurut pendapat yang rajih dalam kalangan ulama’, apabila keduanya (penjual dan pembeli) telah bersepakat ke atasnya.
[Lihat: Fatawa al-Lajnah al-Da’imah; 13/132] Sehubungan dengan itu, jelas di sini bahawa penjual berhak mengambil wang deposit yang telah diberikan oleh pembeli atau pelanggan kepada mereka sekiranya berlaku pembatalan pembelian atau sewaan. Justeru, kami berpandangan di sini bahawa pembeli tidak boleh menuntut semula wang deposit mereka sekiranya:
Pembatalan pembelian atau sewaan itu berpunca daripada mereka atau atas kehendak mereka dan bukannya dari kehendak penjual. Wang deposit diletakkan sebagai tanda jadi atau tanda komitmen berdasarkan kesepakatan. Wang pendahuluan yang akan menjadi milik penjual, ketika pembeli tidak jadi membeli barangnya merupakan wang ganti rugi (ta’widh), atas kerugian yang ditanggung oleh penjual. Namun, jika masih terdapat lebihan wang pendahuluan daripada kerugian sebenar penjual, maka ia hendaklah dipulangkan kepada pembeli.
Meskipun begitu, sekiranya penjual memulangkan semula wang deposit pembeli ketika urusniaga antara keduanya dibatalkan tanpa mengungkitnya semula, maka ia dibenarkan malah ia merupakan suatu perkara yang baik serta besar pahalanya di sisi Allah S.W.T.
Meskipun begitu, dalam konteks masa kini iaitu terdapatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan pada pertengahan bulan Mac yang lalu, maka dalam hal ini, ia sebenarnya terkait juga dalam satu bab yang diberi nama infisakh al-Ijarah (Pembatalan akad upah/sewa) disebabkan oleh ahwal al-Tawari’ (أحوال الطوارئ) yakni faktor yang mendatang. Ia telah disahkan sebagai suatu faktor yang mendatang[3] yang memberikan kesan kepada kontrak yang telah termeterai. Di samping itu, faktor ini juga berada di luar kawalan kedua-dua pihak berkontrak (yang berakad) yang menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.
Hal ini ada dibicarakan oleh para ulama’ seperti yang dinukilkan di dalam kitab Syarh Mukhtasor Khalil, kata penulis:
تنفسخ إجارة الحوانيت إذا أمر السلطان بإغلاق الحوانيت ولم يتمكن المكتري من المنفعة
Maksudnya: Terfasakh akad sewa kedai-kedai sekiranya pemerintah menyuruh untuk menutup semua kedai, dan tidak boleh bagi si penyewa untuk mengambil manfaat daripadanya.
[Lihat: Hasyiah al-Khurosyi ‘ala Mukhtasor Sayyidi Khalil; 7/271] Ini merupakan pandangan yang diambil daripada mazhab Maliki dalam kes arahan pemerintah untuk menutup kedai-kedai. Situasi yang sama berlaku waktu ini apabila pihak kerajaan menggesa pengusaha-pengusaha kedai menutup kedai mereka dan juga berbagai perkara lain yang berkaitan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan ini seperti perlunya social distancing, tidak boleh menganjurkan perhimpunan atau perkumpulan secara beramai-ramai, sebarang majlis, parti atau sambutan tidak boleh diadakan secara beramai-ramai dan lain-lain.
Oleh yang demikian, berdasarkan situasi ini, kontrak (akad) adalah terfasakh dan terlerai. Bermakna, penyewa boleh meminta semula duitnya. Sebaiknya, penyewa dan juga pemilik hendaklah berbincang agar keputusan dan puashati tidaklah terletak pada sebelah pihak sahaja. Dalam masa-masa ini, perlunya sikap toleransi dan perbincangan yang baik supaya hati setiap yang berakad dapat merasa tenang di samping dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Akhir kalam, kami mendoakan agar Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita semua dalam memahami agamaNya, meletakkan keikhlasan, kerajinan dan keringanan dalam diri kita untuk beribadah kepadaNya serta memberkati segala amal perbuatan kita semua.
Wallahua’lam.
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Boleh Atau Tidak Minta Semula Deposit Yang Sudah Dibayar ? Ini Pencerahannya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/28/boleh-atau-tidak-minta-semula-deposit-yang-sudah-dibayar-ini-pencerahannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mui Dewan Masjid Boleh Takbiran Di Masjid Atau Musholla Saat Wabah Corona

Mui Dewan Masjid Boleh Takbiran Di Masjid Atau Musholla Saat Wabah Corona

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 275 hits
Majelis Ulama Indonesia dan Dewan Masjid Indonesia DKI Jakarta menyatakan boleh takbiran di masjid dan musala Hal itu dikeluarkan dalam surat bersama untuk menyeru kepada masyarakat agar melakukan pembatasan mengenai takbiran dan pembatasan...
Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula Ini Kenyataan Dari Dg Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula Ini Kenyataan Dari Dg Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 381 hits
Sekolah dan institusi pendidikan lain di negara ini mungkin dibenarkan dibuka semula sekiranya k3s baru C0vid 19 kekal rendah sehingga 9 Jun menurut Kementerian Kesihatan Ketua Pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya perlu menu...
Keputusan Sama Ada Pasar Malam Boleh Beroperasi Atau Tidak Diumum Sabtu Ini

Keputusan Sama Ada Pasar Malam Boleh Beroperasi Atau Tidak Diumum Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 385 hits
Keputusan sama ada operasi pasar malam akan dibenarkan atau tidak akan diputuskan pada Sabtu ini bersama dengan operasi di kedai gunting rambut salon kecantikan dan aktiviti solat berjemaah di masjid Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkat...
Nak Dulukan Puasa Qada Puasa 6 Atau Boleh Gabung Menteri Hal Ehwal Agama Bagi Pencerahan

Nak Dulukan Puasa Qada Puasa 6 Atau Boleh Gabung Menteri Hal Ehwal Agama Bagi Pencerahan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 249 hits
Bagi kaum wanita puasa bulan Ramadan memang jarang dapat berpuasa sehingga 30 hari Walaupun telah diberikan keistimewaan tetapi puasa yang ditinggalkan perlu diganti atau qada Foto Gambar hiasanBerpuasa 6 di bulan Syawal dijanjikan pahala u...
Mui Tetapkan Hukum Salat Idul Fitri Di Rumah Boleh Berjamaah Atau Sendiri

Mui Tetapkan Hukum Salat Idul Fitri Di Rumah Boleh Berjamaah Atau Sendiri

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 371 hits
Majelis Ulama Indonesia mengeluarkan panduan Salat Idul Fitri 2020 bertepatan dengan masa pandemi Covid 19 Ketua Komisi Fatwa MUI Hasanuddin menyarankan masyarakat melaksanakan Salat Idul Fitri di rumah masing masing baik secara mandiri mau...
Kalau Anak Muntah Atau Cirit Macam Air Paip Mungkin Disebabkan Rotavirus Biasa Kena Musim Raya

Kalau Anak Muntah Atau Cirit Macam Air Paip Mungkin Disebabkan Rotavirus Biasa Kena Musim Raya

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 313 hits
Acute Gastroenteritis penyakit yang selalu kanak kanak hadapi semasa musim Raya Bahasa mudah nak faham anak kita cirit birit dan muntah teruk Selalunya disebabkan kuman Rotavirus yang sangat mudah tersebar melalui sentuhan dan minuman makan...
Penulisan Blog Pakai Saya Aku Atau Gue

Penulisan Blog Pakai Saya Aku Atau Gue

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 309 hits
Penulisan Blog Pakai Saya Aku atau Gue Pada saat awal awal ngeblog sering kali seorang blogger bingung akan menggunakan kata panggilan seperti apa Saya Aku atau Gue Karena bagaimanapun juga kita sebagai penulis harus bisa memberikan kenyama...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint