Dr M Dan 4 Lagi Keluar Atau Dikeluarkan Ppbm Kisah Azmin A Kadir Jasin



Dr M dan 4 lagi keluar PPBM sendiri, bukan dipecat, kata Wan Saiful

FMT Reporters
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Wan Saiful Wan Jan berkata Dr Mahathir Mohamad dan 4 ahli Parlimen lain bukannya dipecat parti itu, sebaliknya mereka bertindak keluar parti sendiri.

Katanya, tiada parti di dunia ini yang akan membenarkan ahli Parlimen mereka duduk di kerusi berbeza daripada kedudukan parti.

“Apabila mana-mana ahli Parlimen PPBM memilih menyertai kelompok bukan bersama parti sendiri dalam Parlimen, maka secara automatik keahlian mereka gugur.
“Ia bukan satu perkara mengejutkan. Saya mahu tegaskan bahawa mereka tidak dipecat. Mereka keluar hasil tindakan sendiri.
“Sebagai bandingan, apabila seseorang itu dengan sendiri berjalan keluar dari rumah, dia bukan dikeluarkan dari rumah itu, tetapi tindakan dia sendiri menyebabkan secara automatik dia berada di luar rumah. Itulah yang berlaku dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, surat bertarikh hari ini yang dilihat FMT menyatakan keahlian Mahathir, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah dalam PPBM dihentikan serta-merta selepas mereka mengingkari parti dengan menyertai blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya itu menyatakan ahli Parlimen terbabit duduk bersama blok pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat sehari pada 18 Mei lalu.

Katanya, tindakan itu diambil terhadap 5 pemimpin itu mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan PPBM. Fasal 10.2.2 perlembagaan PPBM menyatakan pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka mengisytiharkan keluar parti, manakala Fasal 10.2.3 pula menyatakan pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka menyertai atau menjadi ahli parti politik lain.

Wan Saiful menyeru semua ahli kembali memperkukuhkan parti dan terus setia bersama PPBM untuk terus mengenang jasa tokoh besar.
“Kita hargai segala sumbangan mereka dan jangan nafikan betapa besarnya jasa mereka, dan kita gunakan semua itu sebagai asas untuk membawa parti lebih maju ke depan.”

Mahathir ialah pengerusi dan seorang daripada pengasas PPBM, manakala Mukhriz ialah timbalan presiden yang bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti bulan depan.
Syed Saddiq pula ialah ketua Pemuda PPBM, manakala Maszlee dan Amiruddin pernah menjadi menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.
at 5/28/2020 10:30:00 PTG SAH! Bersatu pecat Mahathir, Mukhriz dan tiga yang lainPengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presidennya, Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain hari ini dipecat daripada parti itu. Berdasarkan surat yang dilihat Malaysiakini, kelima-lima mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu. Surat berkenaan ditandatangani oleh setiausaha kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya. Tiga pemimpin lain yang sehaluan dengan Mahathir iaitu Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah turut dipecat.Mahathir merupakan pengerusi Bersatu, manakala Mukhriz merupakan timbalan presiden parti itu.
Menurut surat berkenaan, keputusan untuk memecat mereka dibuat berdasarkan artikel 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu yang menyatakan status individu sebagai anggota akan diberhentikan serta-merta sekiranya didapati menyatakan hasrat mereka untuk meninggalkan parti atau secara rasmi bergabung dengan parti politik lain. Menjawab pertanyaan media, seorang pembantu kepada Mahathir berkata bekas perdana menteri itu meninggalkan pejabatnya di Putrajaya dan belum melihat salinan surat berkenaan.Khabar angin mengenai rancangan menyingkirkan Mahathir dan penyokongnya berlangsung sejak awal bulan ini dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu - yang kemudian ditangguhkan - dipercayai akan menyokong keputusan itu.
Bersatu berpecah selepas 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan presiden partinya, Muhyiddin Yassin mengetuai majoriti pemimpinnya membentuk Perikatan Nasiona (PN). Mahathir merancang untuk melakukan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dan duduk di bangku pembangkang bersama empat anggota Parlimen Bersatu yang lain semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu. at 5/28/2020 09:38:00 PTG Apa punya bengap da?Malaysia DatelineNak lawat Menteri Kedah, pergi ke Pahang, mesyuarat kat Kuala Terengganu. Itulah yang berlaku dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Terkanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.Yang lebih teruk lagi, ia disalin bulat-bulat oleh Bernama, agensi berita nasional dalam laporan berita yang dibuatnya untuk disebarkan ke seluruh dunia. Kenyataan media Azmin Ali mengenai lawatannya ke Kedah yang diperbetulkan oleh netizen. Menurut kenyataan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu akan melawat negeri Kedah hari ini, 28 Mei. Namun Kedah sudah ditulis sebagai Kedah Darul Makmur iaitu nama khas untuk negeri Pahang.Yang menarik lagi, beliau akan bertemu dengan “Menteri Kedah” Mohamad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Iman yang terletak di Kuala Terengganu pada jam 2 petang.Yang lebih memburukkan keadaan, Bernama pula melaporkan dalam berita Bahasa Inggeris, pertemuan itu akan berlangsung di “Wisma Darul Iman” jam 2.00 petang, bukannya Wisma Darul Aman. Berita Bahasa Inggeris Bernama biasanya dilanggan oleh agensi berita antarabangsa dan kedutaan asing.Di twitter pula, selain Azmin yang mengeluarkan kenyataan itu, penasihat utama beliau, Khalid Jaafar yang menjadi sasaran.Ahmad Zaki Yamani ketika berkicau di twitter menulis “Encik @khalidjaafar jangan la upah budak hisap ganja buat kenyataan Menteri terKanan” sambil melampirkan kenyataan penuh yang penuh contengan warna merah itu.Yang lebih teruk lagi adalah kenyataan media ini telah diulas oleh Tokoh Wartawan Negara yang juga bekas Penasihat Media kepada Perdana Menteri ke 7, Datuk A Kadir Jasin. Melalui facebook beliau, Kadir bertanya, “Kalau siaran media Menteri Kanan merangkap Menteri MITI ini tulen, jelaslah ini memang kerja kelas ayam.”Bagi beliau, ini kerja orang malas atau kes sabotaj kow kow.“Tak ada kelas langsung. Diterbitkan dengan bangganya atas nama Menteri,” katanya.“Kedah Darul Aman dipanggil Darul Makmur. Darul Makmur tu Pahang.“Ibu Pejabat Kerajaan Kedah namanya Wisma Darul Aman bukan Wisma Darul Iman. Wisma Darul Iman di Terengganu,” tulis beliau.Kadir terus menekan Azmin dengan berkata, “Apa punya jenis Menteri. Dia tak baca ka? Atau dia harap pegawai, pegawai pun kelas ayam juga.”(http://gigitankerengga.blogspot.com/)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/dr-m-dan-4-lagi-keluar-atau-dikeluarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Kerja Kelas Ayam Kata Kadir Jasin Kepada Kenyataan Media Azmin

Ini Kerja Kelas Ayam Kata Kadir Jasin Kepada Kenyataan Media Azmin

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 442 hits
Apa punya jenis Menteri Dia tak baca ka Atau dia harap pegawai pegawai pun kelas ayam juga kata Kadir dalam facebook beliau Nak lawat Menteri Kedah pergi ke Pahang mesyuarat kat Kuala Terengganu Itulah yang berlaku dalam satu kenyataan medi...
Kadir Jasin Ni Bodoh Atau Bangang

Kadir Jasin Ni Bodoh Atau Bangang

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 281 hits
Dia orang tuduh saya pakat dengan Raja Saudi dan putera ke 7 baginda untuk curi duit 1MDB Lalu dorang tuduh saya pakat dengan putera mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Perdana Menteri UAE untuk curi duit 1MDB Lepas itu dorang tuduh saya pakat d...
Saya Tak Keluar Parti Masih Ketua Wanita Ppbm Kata Rina Harun

Saya Tak Keluar Parti Masih Ketua Wanita Ppbm Kata Rina Harun

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 888 hits
May 30 2020 6 55 AMRina Harun berkata Wanita pimpinannya akan terus menyokong penuh kepimpinan perdana menteri dan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Rina Harun menolak dakwaan keluar parti dengan berkata beliau masih ketua Wanita...
Dr M Dan 4 Lagi Keluar Ppbm Sendiri Bukan Dipecat Kata Wan Saiful

Dr M Dan 4 Lagi Keluar Ppbm Sendiri Bukan Dipecat Kata Wan Saiful

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 339 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Ahli Majlis Tertinggi PPBM Wan Saiful Wan Jan berkata Dr Mahathir Mohamad dan 4 ahli Parlimen lain bukannya dipecat parti itu sebaliknya mereka bertindak keluar parti sendiri Katanya tiada parti di dunia ini yang...
Rina Harun Nafi Keluar Ppbm

Rina Harun Nafi Keluar Ppbm

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 271 hits
Desas desus beberapa pemimpin Bersatu akan keluar parti mula bertebaran sejak awal hari ini susulan pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi ahli parlimen yang lain Dalam pada itu sumber dari Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk S...
Cara Masuk Atau Keluar Negeri Sarawak Sabah Semasa Pkpb

Cara Masuk Atau Keluar Negeri Sarawak Sabah Semasa Pkpb

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 1067 hits
CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK SABAH SEMASA PKPB Jik anda ada keperluan untuk masuk atau keluar Sarawak atau Sabah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri telah menggariskan langkah berikut untu...
Wahai Kadir Tahukah Engkau Peletakan Jawatan Dr M Sebagai Pengerusi Ppbm Sah Kata Jppm

Wahai Kadir Tahukah Engkau Peletakan Jawatan Dr M Sebagai Pengerusi Ppbm Sah Kata Jppm

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 310 hits
Malaysiakini menyiarkan berita Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin mencabar pemimpin partinya yang menyokong presiden parti Muhyiddin Yassin untuk menyingkirkan Dr Mahathir Mahathir sebagai pengerusi Bersatu dan ambil alih ...
Jelas Ppbm Keluar Ph Tak Perlu Pertikai Kata Ahli Mpt Ketua Negeri

Jelas Ppbm Keluar Ph Tak Perlu Pertikai Kata Ahli Mpt Ketua Negeri

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 389 hits
May 19 2020 4 09 PM27 pemimpin PPBM menyangkal dakwaan MPT tidak pernah buat keputusan keluar PH PETALING JAYA Seramai 27 pemimpin PPBM termasuk 11 ketua negeri menegaskan ahli pimpinan tertinggi parti itu memutuskan PPBM keluar Pakatan Har...
Harris Sahkan Bercinta Dengan Intan Tidak Kisah Jarak Umur 17 Tahun

Harris Sahkan Bercinta Dengan Intan Tidak Kisah Jarak Umur 17 Tahun

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 1056 hits
Semalam riuh sekampung warganet selepas tengok pelakon dan penyanyi Harris Alif memuat naik gambar bersama pelakon Intan Ladyana yang dikatakan kini sedang hangat bercinta BACA Akhirnya Harris sendiri tampil menjelaskan apa yang berlaku di ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba