Tulisan Jawi Warisan Tamadun Islam


ABDUL HADI AWANG
 SEMUA ilmuan Timur dan Barat secara ikhlas tanpa fanatik dan prejudis, mengakui peranan Islam mencipta tamadun yang menjadi asas kepada kemajuan dunia terkini

Namun, munculnya tanda-tanda kemusnahan tamadun sekarang kerana mengambil manfaat daripada tamadun Islam secara tidak sempurna dengan mengubah kepada konsep sekularisme yang menolak atau memisahkan hubungan dengan agama, khususnya Islam itu sendiri

Tamadun Islam berpandukan ilmu dan iman mengikut petunjuk wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam permulaan Surah Al-‘Alaq: 
 اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ١ خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ٢ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ٣ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ٤ عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ٥[العلق: 1-5] “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)(1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;(2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,(3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,(4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya(5)” [Al-Alaq: 1-5]  Ayat ini menegaskan semua ilmu itu dengan nama Tuhan, perlunya membaca dan alat tulis serta menuntut ilmu bersama hidayah (petunjuk Allah), bukan akal sahaja
 Konsep ilmu diluaskan kepada mencari dan menerima semua yang positif daripada seluruh pelosok dunia walaupun ke negeri China yang dikira paling jauh pada zaman dahulu, dan menolak segala yang negatif sekalipun datang daripada Makkah dan Arab
 Tamadun Islam juga tidak sama dengan tamadun bangsa dan negeri lain yang tidak boleh dibanggakan dengan warisan tamadun yang menjadi kunjungan pelancong hari ini, seperti Piramid Mesir, Tembok Besar China, kota-kota Rom dan Parsi, termasuk Taj Mahal daripada orang Islam sendiri kerana dibangunkan dengan memperhambakan rakyat yang dikorbankan dan harta negara yang dirompak serta dicuri
 Islam mencipta tamadun ilmu yang bermanfaat kepada manusia berlandaskan konsep Iman (akidah), Islam (syariat) dan Ihsan (akhlak), berkebajikan dan adil terhadap semua, serta menunaikan hak mereka tanpa melampau. Maka tamadun Islam yang berasaskan ilmu itu telah mewujudkan konsep politik, ekonomi, sains dan teknologi yang saksama
 Politik Islam ditunjukkan kepada seluruh dunia dengan melaksanakan konsep berkebajikan yang menyeluruh dalam politik syura dan nasihat membina yang diwajibkan kepada semua pemimpin dan rakyat. Hal ini lebih beradab daripada demokrasi Barat
 Adapun sistem ekonomi Islam yang menjaga hak individu, keluarga dan masyarakat, berbeza dengan semua ideologi Timur dan Barat, sehinggalah berjaya mencipta kemajuan sains dan teknologi serta segala alatnya dengan menjaga sempadan yang tidak melampau sehingga memusnahkan manusia dan alam sekitar
 Islam mendahului beberapa abad Revolusi Industri di negara Barat yang banyak menumpang selepas mereka menjajah dunia Islam
 Tamadun Islam pula mempengaruhi tulisan bahasa sesuatu bangsa yang menganut Islam dengan menggunakan huruf Arab bahasa Al-Quran, seperti bahasa Turki, Parsi, Urdu, Swahili dan lain-lain
 Semua bangsa itu telah bangkit bersama Islam dengan bahasa masing-masing, serta menubuhkan negara yang bersejarah di tempat masing-masing tanpa menghilangkan bangsa dan bahasanya yang tetap bersama Islam
 Tulisan jawi menggunakan huruf Arab dan huruf tambahan semua sebutan bahasa dunia, sehingga terpaksa digabungkan oleh bahasa lain dengan dua huruf, menunjukkan kesempurnaannya yang sangat hebat. Sehinggalah huruf jawi menjadi tulisan nusantara dalam pelbagai bahasa etnik, bukan sahaja Melayu, termasuk Jawa, Acheh, Bugis, Tagalog dan Cham
 Perkembangan ilmu di seluruh nusantara dengan tulisan jawi menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perantaraan di rantau ini. Maka tidak ragu-ragu lagi dengan adanya penemuan yang dicuri oleh Barat masih tersimpan di negara-negara Inggeris, Belanda, dan Perancis. Bukan sahaja dalam ilmu agama dan sastera, bahkan termasuk ilmu perubatan dan lain-lain. Bahkan tawanan Melayu yang dipaksa belayar mengelilingi dunia oleh kapal penjajah membawa ketinggian keilmuan ini dalam pelayaran, ketenteraan dan sebagainya
 Tulisan jawi mendekatkan penganut Islam dengan pendidikan agama Islam dan bahasa Al-Quran, sehingga penduduk pelbagai kaum di nusantara membaca Al-Quran dengan fasih seperti orang Arab
 Jangan jadi Melayu yang lupa bahawa dokumen Perjanjian Pangkor yang malang dan banyak surat rasmi kerajaan pada zaman penjajahan menggunakan tulisan jawi, sehingga kedai pajak gadai kepunyaan Cina juga dengan tulisan jawi
 Mendiang Lee Kuan Yew, pemimpin Singapura dan Dr. Tan Seng Giaw, mantan pemimpin DAP mampu menulis dengan tulisan jawi, menunjukkan tulisan jawi dirasmikan dalam amalan politik, ekonomi dan sosial. Maka sedarlah bahawa penjajah melaksanakan agenda menghapuskan tulisan jawi dalam agenda penjajahan dan permusuhannya terhadap Islam dan penganutnya. Tegasnya bahawa musuh tulisan juga adalah musuh Islam
 Segala usaha menghidupkan tulisan jawi adalah mulia dan murni yang menunjukkan ada jiwa agama dan bangsanya. Sangat nyata golongan yang menentangnya adalah anak-anak penjajah atau wakilnya yang masih berada di sini, walaupun penjajah Barat itu dikatakan sudah pulang ke negara asal mereka
 Akhirnya, menghidupkan tulisan jawi adalah sebahagian daripada usaha mengisi kemerdekaan yang dicapai. Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmy pernah berpantun:  Di atas robohan Kota Melaka, Papan di Jawa kita dirikan, Di atas penjajahan di negara kita, Jiwa merdeka kita tegakkan.
“Islam Memimpin Perpaduan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS  
 – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/tulisan-jawi-warisan-tamadun-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tulisan Khat Dan Jawi Diteruskan Pm

Tulisan Khat Dan Jawi Diteruskan Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 467 hits
Rizanizam Abdul Hamidmrizanizam hmetro com myTun Dr Mahathir bergambar bersama pelajar cemerlang sekolah dan IPT di Melaka FOTO Khairunisah LokmanKERAJAAN tetap memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa ...
Laksana Tulisan Khat Jawi Walau Dibantah 2 Pertubuhan Cina

Laksana Tulisan Khat Jawi Walau Dibantah 2 Pertubuhan Cina

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 364 hits
DONG Zhong dan Jiao Zong sebelum ini membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah UTUSAN ONLINE Gambar hiasan Kerajaan bertegas laksana tulisan khat JawiKUALA LUMPUR 2 Ogos...
Pemimpin Melayu Ph Dicabar Pertahan Tulisan Jawi

Pemimpin Melayu Ph Dicabar Pertahan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 410 hits
02 Ogos 2019 6 38 PMDR ASYRAF WAJDI DASUKIKUALA NERUS 2 Ogos Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mencabar semua pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan supaya tampil memberi kenyataan balas terhadap tindakan biadap Gabungan Jawatankuasa Sekolah C...
Saya Pernah Pelajari Sendiri Tulisan Jawi Ketika Ditahan Isa Kit Siang

Saya Pernah Pelajari Sendiri Tulisan Jawi Ketika Ditahan Isa Kit Siang

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 428 hits
Pada 4 Ogos 2019Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mendedahkan bahawa beliau pernah mempelajari sendiri tulisan Jawi semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1969 Katanya usaha beliau mempelajari tulisan tersebut ...
Bukan Hanya Bantah Tulisan Jawi Dap Juga Tolak Identiti Negara

Bukan Hanya Bantah Tulisan Jawi Dap Juga Tolak Identiti Negara

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 453 hits
04 08 2019Orang Islam Melayu bersekongkol dengan parti rasis perlu bertaubatBANGI 3 Zulhijjah 1440H Ahad Apa sahaja usaha untuk meneguhkan identiti negara membabitkan Islam dan Melayu pasti menjadi sasaran tentangan parti tamak haloba DAP s...
Bantah Uec Bukan Tulisan Jawi

Bantah Uec Bukan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 482 hits
Baru baru ini negara kecoh apabila Dong Zong dan NGO Cina mahu membuat satu himpunan protes membantah cadangan agar pengenalan tulisan Jawi dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran subjek Bahasa Melayu darjah 4 Dong Jiao Zong nafi akan berh...
Umno Hapus Tulisan Jawi Ph Kena Maki

Umno Hapus Tulisan Jawi Ph Kena Maki

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 429 hits
Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada bahasa Melayu pada 1966 Berm...
Gerakan Sokong Dap Membantah Tulisan Jawi

Gerakan Sokong Dap Membantah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 562 hits
Parti Gerakan melahirkan rasa syukur atas komitmen ramai pemimpin akar umbi DAP termasuk yang berjawatan Ahli Dewan Undangan Negeri kerana membantah cadangan pengenalan tulisan jawi khususnya di sekolah vernakular Presiden Gerakan Datuk Dr ...
Pakar Tulisan Jawi Tidak Ada Kena Mengena Dengan Agama

Pakar Tulisan Jawi Tidak Ada Kena Mengena Dengan Agama

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 641 hits
August 2 2019 10 48 AMPelajar SJKC dan SJKT berpeluang mempelajari seni tulisan bahasa Melayu yang mempunyai 2 skrip iaitu dalam tulisan jawi serta rumi KUALA LUMPUR Mempelajari seni khat atau tulisan jawi sama sekali tidak akan menggugat p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip