Pakar Tulisan Jawi Tidak Ada Kena Mengena Dengan Agama


Bernama
-August 2, 2019 10:48 AM

Pelajar SJKC dan SJKT berpeluang mempelajari seni tulisan bahasa Melayu yang mempunyai 2 skrip, iaitu dalam tulisan jawi serta rumi.
KUALA LUMPUR: Mempelajari seni khat atau tulisan jawi sama sekali tidak akan menggugat pegangan agama, itu penegasan sasterawan ternama, Lim Swee Tin.

Lim, yang juga pejuang bahasa berpandangan, seni khat atau tulisan jawi bukanlah suatu bahasa, malah tidak ada kena mengena dengan agama atau ajaran al-Quran.

“Saya lahir di Bachok, Kelantan pada 26 Sept 1952 dan membesar dalam kalangan masyarakat Melayu.

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, kemudian Sekolah Kebangsaan Machang, sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang kemudiannya SMK Hamzah.

“Semasa di sekolah rendah, saya menulis dan membaca jawi. Tidak ada masalah bagi saya, malah tidak ubah jati diri dan pegangan agama saya,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini
Lim Swee Tin.Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching baru-baru ini mengumumkan penggunaan tulisan jawi dalam buku teks di semua sekolah dalam negara termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Keputusan tersebut turut membabitkan pelaksanaan seni khat dalam buku teks murid Tahun Empat menjelang tahun hadapan.

“Saya harap ibu bapa jangan bataskan anak-anak untuk belajar seni tulisan khat ini. Ia sekadar seni penulisan, langsung tidak sentuh isu atau kepentingan agama tertentu.

“Saya fikir suatu hari nanti, anak-anak ini dapat menulis khat dengan baik dan jadikan sebagai sumber pendapatan,” katanya.

Berkongsi pandangan tersebut, felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Teo Kok Seong berkata, pelajar SJKC dan SJKT berpeluang mempelajari suatu seni tulisan bahasa Melayu yang mempunyai 2 skrip, iaitu dalam tulisan jawi serta rumi.

“Seni khat ini boleh tingkatkan kreativiti generasi muda. Pelaksanaan ini sepatutnya tidak ditentang sekiranya kita semua bersifat rasional dan mahu melihat generasi muda kita serba boleh dalam kehidupan masyarakat Malaysia berbilang kaum,” katanya.

Justeru itu, beliau mengalu-alukan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkasakan tulisan jawi dan menjadikan ia sebagai tulisan warisan seperti kata pepatah Melayu, “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”
Teo Kok Seong.Teo berkata, semua pihak khususnya ibu bapa tidak perlu bimbang berhubung perkara itu memandangkan ia suatu isu kecil yang sengaja diperbesarkan.

“Kekeliruan ini perlu dibuang dari pemikiran. Daripada menentang, ada baiknya dapatkan penjelasan.

“Sikap sebegini menunjukkan kita sebenarnya gagal dalam proses pembentukan negara bangsa sebagai komuniti sehati sejiwa,” kata Teo.

Justeru katanya, langkah KPM memperkenalkan tulisan tersebut berada di landasan yang betul selaras dengan status tulisan jawi sebagai skrip warisan yang perlu dipulihara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/pakar-tulisan-jawi-tidak-ada-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tulisan Jawi Adalah Seni Bukan Agama Tpm

Tulisan Jawi Adalah Seni Bukan Agama Tpm

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 336 hits
Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengambil maklum keresahan sesetengah pihak terutama masyarakat Tionghua ber...
Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 700 hits
OLEH W FUDZIN NSSiapa yang menghentikan dan membunuh tulisan jawi dulu tu adalah Umno Yang ingin menghidupkan tulisan jawi di sekolah sekolah itu adalah kerajaan PH Umno yang gunakan kuasa menghentikan tulisan jawi dulu kini adalah rakan se...
Bantah Uec Bukan Tulisan Jawi

Bantah Uec Bukan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 492 hits
Baru baru ini negara kecoh apabila Dong Zong dan NGO Cina mahu membuat satu himpunan protes membantah cadangan agar pengenalan tulisan Jawi dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran subjek Bahasa Melayu darjah 4 Dong Jiao Zong nafi akan berh...
Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 462 hits
Selepas pertemuan lewat malam dengan wakil rakyat DAP berhubung langkah kontroversial berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng pagi ini dil...
Dong Zong Jiao Zong Bantah Tulisan Jawi

Dong Zong Jiao Zong Bantah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR 31 Julai Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru guru Sekolah Cina Malaysia membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah Dong ...
Lip Eng Disaran Hayati Sejarah Tulisan Jawi

Lip Eng Disaran Hayati Sejarah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 317 hits
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng disaran menghayati sejarah serta penggunaan tulisan jawi di negara ini terutama melibatkan urusan Raja Raja Melayu sendiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata tulisan jawi ...
Bagaimanakah Tulisan Jawi Mahu Ditolak Bila Sijil Kelahiran Negara Sendiri Adalah Dalam Tulisan Jawi

Bagaimanakah Tulisan Jawi Mahu Ditolak Bila Sijil Kelahiran Negara Sendiri Adalah Dalam Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 719 hits
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching menyebut pada 28 Julai lalu bahawa pihaknya belum membuat keputusan mengenai penggunaan tulisan Jawi pada masa hadapan Saya sebaliknya berpendapat bahawa keputusan mengenai penggunaan tulisan Jawi p...
Gerakan Selar Nie Ching Umum Laksana Tulisan Jawi

Gerakan Selar Nie Ching Umum Laksana Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 545 hits
KUALA LUMPUR 27 Julai Parti Gerakan menyelar Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching kerana tidak menghormati komuniti Cina dan India dengan melaksanakan tulisan jawi pada buku buku teks di semua sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah ...
Tulisan Jawi Warisan Tamadun Islam

Tulisan Jawi Warisan Tamadun Islam

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 343 hits
ABDUL HADI AWANG SEMUA ilmuan Timur dan Barat secara ikhlas tanpa fanatik dan prejudis mengakui peranan Islam mencipta tamadun yang menjadi asas kepada kemajuan dunia terkini Namun munculnya tanda tanda kemusnahan tamadun sekarang kerana me...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today