Bukan Hanya Bantah Tulisan Jawi Dap Juga Tolak Identiti Negara


fazleen safina
04/08/2019

Orang Islam, Melayu bersekongkol dengan parti rasis perlu bertaubat

BANGI, 3 Zulhijjah 1440H, Ahad – Apa sahaja usaha untuk meneguhkan identiti negara membabitkan Islam dan Melayu, pasti menjadi sasaran tentangan parti tamak haloba, DAP serta puak pengikutnya, kata Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Sahrularifin Manan.

Beliau berkata, bantahan DAP serta kumpulan pendesak Dong Zong terhadap seni khat bukan semata-mata kerana ia hanyalah tulisan, tetapi mereka sebenarnya menolak identiti negara sebagai tanah orang Melayu dan Islam.

Katanya, usaha DAP melalui slogan ‘Malaysian Malaysia’ seawal penubuhan parti itu tidak akan pernah berubah sehingga ke hari ini, walaupun bersama dengan mana-mana pakatan politik sekali pun.

“Sifat ultra kiasu ekstremis DAP ini yang membelakangkan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama akan mengakibatkan negara berada dalam keadaan huru-hara,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas demikian sebagai mengulas mengenai himpunan Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) yang akan diadakan pada Isnin depan, bagi membantah syor penambahan seni khat Jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular yang bakal dilaksanakan pada 2020.

Memetik laporan portal tempatan, himpunan itu akan diadakan di Ibu pejabat Dong Jiao Zong di Jalan Bukit, Kajang, yang akan dihadiri lebih 10 organisasi pendidikan Cina dan Tamil di negara ini.

Dong Zong sebelum ini mempertikaikan keputusan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengenai penggunaan tulisan Jawi dalam buku teks di semua sekolah dalam negara termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Keputusan itu turut membabitkan pelaksanaan seni khat ke dalam buku teks murid tahun empat menjelang tahun hadapan.

Mengulas lanjut, Sahrularifin berkata, Pemuda Isma menyambut baik komitmen Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dan pendirian tegas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu berkenaan.

“Kami berharap kedua-dua pemimpin itu tidak tunduk kepada desakan DAP dan kuncu-kuncunya.

“Kami juga ingin berpesan kepada orang Islam dan Melayu yang bersekongkol dengan DAP serta kuncu-kuncunya, bertaubatlah. Jangan sampai sejarah mengingati anda sebagai pengkhianat agama dan bangsa,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/bukan-hanya-bantah-tulisan-jawi-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 1130 hits
Menjelang tahun hadapan 2020 seni khat dan tulisan jawi akan diperkenalkan semula oleh kerajaan melalui dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan BN pada tahun 2016 Walau bagaimanapun terdapat bantahan bantahan oleh golongan cauvanis yang s...
Dong Zong Jiao Zong Bantah Tulisan Jawi

Dong Zong Jiao Zong Bantah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 800 hits
KUALA LUMPUR 31 Julai Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru guru Sekolah Cina Malaysia membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah Dong ...
Gerakan Sokong Dap Membantah Tulisan Jawi

Gerakan Sokong Dap Membantah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 666 hits
Parti Gerakan melahirkan rasa syukur atas komitmen ramai pemimpin akar umbi DAP termasuk yang berjawatan Ahli Dewan Undangan Negeri kerana membantah cadangan pengenalan tulisan jawi khususnya di sekolah vernakular Presiden Gerakan Datuk Dr ...
Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 883 hits
OLEH W FUDZIN NSSiapa yang menghentikan dan membunuh tulisan jawi dulu tu adalah Umno Yang ingin menghidupkan tulisan jawi di sekolah sekolah itu adalah kerajaan PH Umno yang gunakan kuasa menghentikan tulisan jawi dulu kini adalah rakan se...
Bagaimanakah Tulisan Jawi Mahu Ditolak Bila Sijil Kelahiran Negara Sendiri Adalah Dalam Tulisan Jawi

Bagaimanakah Tulisan Jawi Mahu Ditolak Bila Sijil Kelahiran Negara Sendiri Adalah Dalam Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 828 hits
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching menyebut pada 28 Julai lalu bahawa pihaknya belum membuat keputusan mengenai penggunaan tulisan Jawi pada masa hadapan Saya sebaliknya berpendapat bahawa keputusan mengenai penggunaan tulisan Jawi p...
Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 654 hits
Seramai 138 pemimpin akar umbi DAP termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 5 Bahasa Malaysia untuk sekol...
Bantah Jawi Pemimpin Dap Tidak Tamadun Keluar

Bantah Jawi Pemimpin Dap Tidak Tamadun Keluar

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 551 hits
Bantah jawi 138 pemimpin DAP patut keluar Malaysia PERNGAI DAP yang berterusan menolak dan merendah rendahkan tulisan jawi bukanlah perkara baharu Kita masih ingat kebiadapan 4 Ahli Parlimen DAP pada tanggal 14 Febuari 2008 yang telah menye...
Bantah Uec Bukan Tulisan Jawi

Bantah Uec Bukan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 651 hits
Baru baru ini negara kecoh apabila Dong Zong dan NGO Cina mahu membuat satu himpunan protes membantah cadangan agar pengenalan tulisan Jawi dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran subjek Bahasa Melayu darjah 4 Dong Jiao Zong nafi akan berh...
Tulisan Jawi Adalah Seni Bukan Agama Tpm

Tulisan Jawi Adalah Seni Bukan Agama Tpm

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 461 hits
Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengambil maklum keresahan sesetengah pihak terutama masyarakat Tionghua ber...
The Prophet By Kahlil Gibran

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Bila Virus Influenza Mula Menular Di Sekolah Anak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dah Beli Cat Untuk Locker

Cara Ringkas Daftar Akaun Str Sumbangan Tunai Rahmah 2026

Aktiviti Taklimat Kesihatan Secara Alami Ppim 14 10 2025

Donat Gula Klasik Resipi Sedap Lembut Gebu Yang Wajib Cuba

Tentang Rambut Yang Gugur Dan Keyakinan Yang Tumbuh

Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data Analisis Risiko Setiap Kawasan