Tulisan Khat Dan Jawi Diteruskan Pm


MyMetro
Rizanizam Abdul Hamid
[email protected]

Tun Dr Mahathir (tengah) bergambar bersama pelajar cemerlang sekolah dan IPT di Melaka. FOTO Khairunisah Lokman
KERAJAAN tetap memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Melayu untuk sekolah vernakular biarpun ditentang DAP.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan percaya kepada dasar kemakmuran bersama kerana turut tidak pernah membantah penggunaan penulisan dalam Bahasa Cina di negara ini.

“Ini adalah suatu yang istimewa di negara kita. Tulisan dalam bahasa Cina tidak dibenar di negara lain di Indonesia umpamanya, Filipina dan Thailand mereka menggunakan bahasa mereka.

“Jadi tak kenalah kalau DAP kata kita tak boleh belajar tulis khat,” katanya menjawab soalan hadirin pada Program Townhall Semarak Merdeka Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihadiri kira-kira 2,000 jemputan di Banda Hilir, Melaka hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal; Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof serta Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, kumpulan DAP yang membantah tindakan itu bagaimanapun bukanlah mewakili suara semua ahli parti terbesar di dalam PH itu.

“Saya fikir inipun (yang membantah) bukanlah semua (ahli) DAP, tapi ada satu bahagian daripada DAP yang menentang jadi saya ingat kita boleh teruskanlah,” katanya.

Rabu lalu, 138 pemimpin akar umbi termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menggesa Kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.

Dalam kenyataan bersama, kumpulan itu berkata, pelajar sekolah vernakular setakat ini sudah mempelajari tiga bahasa dan tiga sistem penulisan.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan Khamis lalu menjelaskan pengenalan tulisan khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah dan ia tiada kaitan dengan tulisan Jawi dan pelajar tidak dinilai di dalam peperiksaan.

Media hari ini melaporkan dua pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong menafikan laporan ia akan menganjurkan satu perhimpunan 5 Ogos ini bagi membantah langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah Jenis Kebangsaan.

Dong Jiao Zong sebaliknya menjelaskan hanya satu mesyuarat dalaman yang akan diadakan bersama beberapa pertubuhan pelbagai kaum untuk membincangkan isu penambahan seni khat dalam subjek Bahasa Melayu di SRJKC dan SRJKT.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 8:37 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/tulisan-khat-dan-jawi-diteruskan-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seni Khat Atau Tulisan Jawi

Seni Khat Atau Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 1194 hits
MINGGU ini politik dan perkembangan dalam negara agar ribut dengan langkah Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan Maka gegak gempitalah beberapa pertubuhan ...
Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 1158 hits
Menjelang tahun hadapan 2020 seni khat dan tulisan jawi akan diperkenalkan semula oleh kerajaan melalui dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan BN pada tahun 2016 Walau bagaimanapun terdapat bantahan bantahan oleh golongan cauvanis yang s...
Tulisan Khat Tetap Diteruskan Tun Mahathir

Tulisan Khat Tetap Diteruskan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 562 hits
Penggunaan tulisan khat Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat boleh diteruskan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Merujuk bantahan sesetengah pihak mengenai perkara itu perdana menteri berkata ia hanya melibatkan seb...
Tulisan Khat Diteruskan Sebagai Aktiviti Bukan Sebagai Mata Pelajaran Maszlee

Tulisan Khat Diteruskan Sebagai Aktiviti Bukan Sebagai Mata Pelajaran Maszlee

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 578 hits
PUTRAJAYA Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata langkah kementerian itu memperkenalkan tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah akan diteruskan tetapi guru diberi kuasa untuk menentukan kaedah pelaksanaannya di bilik da...
Tulisan Khat Dalam Silibus Bm Tahun Depan Diteruskan Kata Kpm

Tulisan Khat Dalam Silibus Bm Tahun Depan Diteruskan Kata Kpm

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 380 hits
Pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun depan akan diteruskan Foto AFPKUALA LUMPUR 2 Ogos Kementerian Pendidikan akan melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Em...
Keputusan Perkenal Seni Khat Tulisan Jawi Muktamad Perdana Menteri

Keputusan Perkenal Seni Khat Tulisan Jawi Muktamad Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 599 hits
MELAKA Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal kata Tun Dr Mahathir Mohamad push Perdana Menteri berkata kerajaa
Seni Tulisan Khat Diteruskan

Seni Tulisan Khat Diteruskan

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 465 hits
PUTRAJAYA 8 Ogos Jemaah Menteri memutuskan supaya pengenalan seni tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil diteruskan seperti di...
Laksana Tulisan Khat Jawi Walau Dibantah 2 Pertubuhan Cina

Laksana Tulisan Khat Jawi Walau Dibantah 2 Pertubuhan Cina

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 580 hits
DONG Zhong dan Jiao Zong sebelum ini membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah UTUSAN ONLINE Gambar hiasan Kerajaan bertegas laksana tulisan khat JawiKUALA LUMPUR 2 Ogos...
Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 698 hits
Seramai 138 pemimpin akar umbi DAP termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 5 Bahasa Malaysia untuk sekol...
Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

My Hometown Tanah Merah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu

100 Nama Bayi Perempuan Modern Paling Aesthetic Super Elegan Penuh Makna