Tulis Jawi Kaligrafi Cina Eratkan Dua Kaum Di Bachok


BACHOK, 1 Feb (Bernama)  — Orang Cina pandai menulis dan membaca tulisan jawi dan orang Melayu pandai menulis kaligraf Cina bukan sesuatu yang aneh di kawasan Gunong di sini kerana proses silang budaya itu telah mengeratkan hubungan antara dua kaum yang berbeza sejak sekian lama.
Ketua Kaum Cina Gunong, Tan Cheng Soon, 70 yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Lah’ berkata, perpaduan erat antara kaum di Gunong sudah lama berlangsung, malah masyarakat setempat sudah tidak pelik apabila dalam kalangan 250 kaum Cina melibatkan 53 keluarga di situ, ada yang boleh membaca tulisan jawi.
“Saya sendiri dahulu belajar di sekolah Melayu Gunong, jadi secara automatiknya mempelajari tulisan  jawi sehingga boleh membaca dan menulis.
“Sekarang orang Melayu pun ramai yang belajar di sekolah Cina dan mahir membaca serta menulis kaligrafi Cina,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis  Sambutan Tahun Baru Cina 2020 di Gunong di sini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Norwahidah Zinalbidin dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Asli Mat Deris.
Sementara itu, Norwahidah berkata keserasian antara kaum Melayu, Cina dan Siam menjadikan Kelantan sebagai negeri contoh dari segi perpaduan.
“Kita sayangkan keunikan di Kelantan, budaya dan gaya hidup antara kaum ini tidak banyak bezanya, orang Cina makan budu sudah biasa, apalagi hal baca dan tulis jawi.
“Pada saya, KRT Gunong jadi contoh penggerak utama untuk sebar cerita perpaduan bagi tatapan luar dan generasi hari ini kerana semua kaum di negeri ini disebut ‘anak Kelantan’ tanpa ada perbezaan,” katanya.
Bagi penduduk Kampung Bukit Hanyut, Tang Poo Chiam, 48, di Kelantan sama ada di bandar mahupun di kampung, kaum Cina pandai membaca dan menulis jawi sudah menjadi biasa.
“Kalau kita pergi ke Kota Bharu dan Jelawat, kita tidak hairan jika melihat orang Cina baca suratkhabar tulisan jawi, begitu juga ramai orang Melayu menghantar anak mereka ke sekolah Cina,” katanya.
Penduduk Kampung Gunong, Lee Khen Bee, 53 berkata pada masa dahulu, ramai masyarakat Cina yang belajar jawi hingga ada yang mendapat A bagi subjek tersebut.
Sumber: Bernama
The post Tulis Jawi, Kaligrafi Cina Eratkan Dua Kaum Di Bachok appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/01/tulis-jawi-kaligrafi-cina-eratkan-dua-kaum-di-bachok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun Baharu Cina Hari Damai Tulisan Jawi

Tahun Baharu Cina Hari Damai Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 390 hits
Kesempatan sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor semalam menjadi pendamai antara gerakan pendidikan Cina dan Kerajaan Persekutuan apabila mengadakan pertunjukan khas tulisan kaligrafi termasuk Jawi ke...
Dua Beradik Jatuh Dari Tingkat 4 Adik 3 Tahun Maut Kakak Cedera Parah

Dua Beradik Jatuh Dari Tingkat 4 Adik 3 Tahun Maut Kakak Cedera Parah

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 816 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia tiga tahun maut manakala kakaknya berusia enam tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat empat kuarters guru di sebuah sekolah berasrama di Jalan Sungai Pusu Gombak semalam Kejadian disedari oleh...
Dua Pemandu Maut Kereta Bertembung

Dua Pemandu Maut Kereta Bertembung

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 807 hits
DUA lelaki maut selepas kereta yang dipandu masing masing bertembung di Kilometer 95 9 Jalan Kota Bahru Gua Musang dekat Laloh Kuala Krai hari ini Kejadian berlaku pada 1 50 tengah hari menyebabkan Ng Kein Keong 44 yang memandu Toyota Vios ...
Koronavirus Singapura Sahkan Dua Lagi Kes Jangkitan Terbaru

Koronavirus Singapura Sahkan Dua Lagi Kes Jangkitan Terbaru

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 397 hits
SINGAPURA 28 Jan Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan dua lagi jangkitan koronavirus Wuhan di republik itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak tujuh kes Hasil ujian yang mengesahkan jangkitan itu diketahui semalam dan kes terbahar...
Paramount Mulakan Pembangunan Dua Filem Terbaru Transformers

Paramount Mulakan Pembangunan Dua Filem Terbaru Transformers

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 332 hits
Selepas beberapa filem live action Transformers dan spin off Bumblebee Paramount tidak menunjukkan sebarang tanda tanda akan berhenti dari mengekploitasi francais Transformers Menurut laporan The Hollywood Reporter Paramount telahpun memula...
Rem Blong Kontainer Tabrak Dua Truk Dan Gardu Tol Di Halim

Rem Blong Kontainer Tabrak Dua Truk Dan Gardu Tol Di Halim

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 226 hits
Tidak dilaporkan adanya korban luka maupun jiwa dalam insiden itu hanya kerugian materi yang diderita korban
Dua Didakwa Serang Polis Cederakan Pemandu Bas

Dua Didakwa Serang Polis Cederakan Pemandu Bas

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 426 hits
Dua lelaki didakwa atas empat pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini termasuk kerana mendatangkan kecederaan kepada pemandu bas dan menyerang anggota polis Jumaat lalu Mekanik Lim Kia Pin 39 dan penjual aksesori kereta Lai Kok Ko...
Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Hebat Antara Selangor Fc Dan Sabah Fa

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selamat Datang 2026

Hari 1 Di Awal Yang Baru Aku Memilih Diriku

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Family Gathering Laman Casa Tangkak

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot

Sicily Lifestyle A Guide To Trends Cinema And Luxury Tours