Dua Didakwa Serang Polis Cederakan Pemandu Bas


Dua lelaki didakwa atas empat pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini termasuk kerana mendatangkan kecederaan kepada pemandu bas dan menyerang anggota polis, Jumaat lalu.
Mekanik, Lim Kia Pin, 39, dan penjual aksesori kereta, Lai Kok Kong, 32, mengaku tidak bersalah atas keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Loading… Bagi pertuduhan pertama, Kia Pin dan Kok Kong dituduh secara bersama-sama berkelakuan tidak senonoh dengan bertindak agresif dan membuat bising ketika berada di Balai Polis Gelang Patah kira-kira jam 4.35 petang, 24 Januari lalu, lapor Berita Harian.
Mereka juga dituduh secara bersama-sama menyerang seorang penjawat awam yang juga anggota polis ketika menahan mereka di lokap balai polis yang sama pada jam 5.51 petang, tarikh sama.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara maksimum enam bulan, jika disabit kesalahan serta Seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mereka turut didakwa secara bersama-sama melakukan khianat dengan merosakkan barang dalam sebuah bas persiaran iaitu kamera perakam perjalanan dan cermin bas yang dipandu Nor Hafiz Nor Azmin, 32, di Kilometer 29 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah, kira-kira jam 1.45 tengah hari, 24 Januari lalu.
Bagi pertuduhan itu, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kok Kong turut dituduh mendatangkan kecederaan kepada Nur Hafiz dengan menggunakan senjata iaitu mesin gerudi tangan, botol air minuman dan tin penyembur serangga di dalam bas berkenaan kira-kira jam 1.45 tengah hari, 24 Januari lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda, sebatan atau mana-mana dua daripadanya.
Kia Pin turut berdepan tuduhan mendatangkan kecederaan kepada Nur Hafiz dengan menggunakan anggota badannya di lokasi, masa dan tarikh sama.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhayati Muhammad Fathullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Ahmad Yusri Ahmad Fuad.
Majistret memerintahkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Mereka juga diperintahkan dengan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa sepanjang tempoh perbicaraan.
Majistret menetapkan sebutan kes pada 13 Februari depan bagi serahan dokumen.
Video kedua-dua tertuduh menyerang seorang pemandu bas pelancong di Gelang Patah, dekat sini, viral menerusi media sosial sejak Sabtu lalu.
Dalam kejadian itu, seorang daripada suspek dilaporkan dirakam memukul, menumbuk dan menendang pemandu bas berulang kali.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/dua-didakwa-serang-polis-cederakan-pemandu-bas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagi Diorang Makan Kelawar Netizen Puas Hati 2 Samseng Belasah Pemandu Bas Didakwa Di Mahkamah

Bagi Diorang Makan Kelawar Netizen Puas Hati 2 Samseng Belasah Pemandu Bas Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 530 hits
Padah bikin kecoh menyerang pemandu bas pelancong hanya kerana kemalangan disebabkan salah sendiri dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bharu hari ini Tertuduh Lim Kia Pin 39 dan Lai Kok Kong 32 didakwa atas empat pertuduhan terma...
Polis Datang Pun Aku Tak Takut Suspek Pukul Pemandu Bas Pelancong Dengan Extension Wire Ditahan Polis

Polis Datang Pun Aku Tak Takut Suspek Pukul Pemandu Bas Pelancong Dengan Extension Wire Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 768 hits
Hanya disebabkan berlaku kemalangan kecil seorang pemandu kereta pacuan empat roda bertindak memukul pemandu bas pelancong bertubi tubi tanpa belas kasihan walaupun mangsa sudah berkali kali merayu meminta suspek berhenti memukulnya Video k...
Pasang Spanduk King Of The King Dua Warga Serang Diperiksa Polisi

Pasang Spanduk King Of The King Dua Warga Serang Diperiksa Polisi

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 206 hits
Berdasarkan hasil pemeriksaan karena keduanya menjadi korban penipuan dan tidak tahu menahu terkait King of the King mereka dinyatakan tidak bersalah oleh polisi
Dua Pemandu Maut Kereta Bertembung

Dua Pemandu Maut Kereta Bertembung

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 691 hits
DUA lelaki maut selepas kereta yang dipandu masing masing bertembung di Kilometer 95 9 Jalan Kota Bahru Gua Musang dekat Laloh Kuala Krai hari ini Kejadian berlaku pada 1 50 tengah hari menyebabkan Ng Kein Keong 44 yang memandu Toyota Vios ...
Padan Muka Kau Setan Polis Trafik Saman Ramai Pemandu Potong Que Salahguna Lorong Motosikal Di Simpang Kota Warisan

Padan Muka Kau Setan Polis Trafik Saman Ramai Pemandu Potong Que Salahguna Lorong Motosikal Di Simpang Kota Warisan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 688 hits
Simpang tiga yang menghubungkan Putrajaya Nilai KLIA berhampiran Kota Warisan sememangnya kerap sesak terutamanya di waktu puncak Keadaan bertambah sesak apabila ada golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan lorong motosi...
Pasirgudang Suspek Pukul Pemandu Bas Ditahan

Pasirgudang Suspek Pukul Pemandu Bas Ditahan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 687 hits
Polis menahan dua lelaki selepas video mereka menyerang seorang pemandu bas pelancong di Gelang Patah Johor tular menerusi media sosial hari ini BH Online melaporkan dalam kejadian yang berlaku 1 45 petang semalam seorang suspek dirakam mem...
Lelaki Serang Polis Dengan Pisau Mati Ditembak

Lelaki Serang Polis Dengan Pisau Mati Ditembak

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 302 hits
PULAU PINANG Seorang lelaki ditembak mati ketika cuba menyerang seorang anggota polis dengan sebilah pisau pemotong buah sepanjang kira kira 18 sentimeter Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata kejadi...
Tukar Pm Tak Macam Tukar Pemandu Bas Hadi

Tukar Pm Tak Macam Tukar Pemandu Bas Hadi

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 256 hits
BERITAPresiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan pertukaran perdana menteri bukan perkara mudah seperti hendak menukar pemandu bas Beliau berkata perjanjian peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibr...
Pemandu Ford Ranger Direman Polis Minta Netizen Jangan Buat Spekulasi

Pemandu Ford Ranger Direman Polis Minta Netizen Jangan Buat Spekulasi

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 339 hits
The ReporterKetua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisoner Shamsul Amar Ramli meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan berhubung kes pemandu Ford Ranger dibelasah kerana merempuh mati penunggan...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque