Tular Santuni Pemancing Malaysia Abang Polis Singapura Tak Sangka Jadi Perhatian Ramai


Tular Santuni Pemancing Malaysia, ‘Abang Polis’ Singapura Tak Sangka Jadi Perhatian Ramai
Pegawai polis Singapura yang sebelum ini tular kerana menyantuni pemancing dari Malaysia dengan baik tidak menyangka akan mendapat pujian ramai.
Station Inspector (SI) Ramdzan dari Pasukan Polis Pengawal Pantai (PCG) berkata beliau sentiasa percaya pendekatan mesra perlu diutamakan ketika berurusan dengan orang awam.
“Ia adalah tentang menghormati setiap individu sambil kekal profesional,” katanya seperti yang dikongsikan oleh Singapore Police Force di Facebook.
Mengimbas kembali kejadian pada 15 November lalu, Ramdzan ketika itu sedang melakukan rondaan bersama dua rakan setugas. Tidak lama kemudian, beliau melihat sebuah bot memancing kecil berada di perairan Singapura.
Kredit: Singapore Police Force Apabila menghampiri bot tersebut, beliau melihat dua pemancing dari Malaysia kelihatan agak gementar tetapi tetap memberi kerjasama.
“Saya nampak dua orang sedang memancing dan firasat saya mengatakan mereka hanya pemancing rekreasi yang tidak sedar bot hanyut ke perairan negara ini.
“Saya beritahu mereka bahawa saya faham jika mereka tidak sengaja memasuki perairan Singapura dan mereka perlu kembali ke perairan Malaysia,” katanya.
BACA: Bot Hanyut Masuk Perairan Negara Jiran, Cara Polis Singapura Tegur Pemancing Ini Buat Ramai Terkejut Pendekatan beliau yang tegas tetapi berhemah itu mendapat pujian ramai, malah ada yang memanggilnya ‘Abang Polis.
Beliau mengakui terkejut dan pada mulanya agak risau kerana tidak pasti bagaimana perkara itu akan diterima oleh pengguna media sosial.
Bagaimanapun, respon yang diterima sangat positif dan reaksi isterinya juga menyentuh hati.
“Dia ketawa dan berkata dia bangga dengan saya. Dia tahu saya cuba menenangkan pemancing itu sambil menyampaikan mesej dengan jelas,” katanya.
Kredit: Singapore Police Force Beliau juga berkata gelaran ‘Abang Polis’ memberikan makna yang istimewa kepadanya.
“Apabila orang guna perkataan itu, ada makna yang lebih besar di sebaliknya. ‘Abang’ itu seperti panggilan kepada seseorang yang melindungi, yang boleh dipercayai, yang ambil berat.
“Menjadi profesional dan tegas tidak bermakna kita perlu bersikap dingin atau agresif. Kita berurusan dengan manusia yang berhak diperlakukan dengan bermaruah dan penuh hormat,” ujarnya lagi.
@fizreeajie tgah sedap2 makan tgahari dekat atas boat, tak perasan boat dah hanyut masuk sngapore.. musim2 angin kuat ni.. tak sedar boat gerak mcm ketam.. apa2 pon police singapore beri layanan yg baik.. tq officer
♬ original sound – fizreeajie – fizreeajie

Sumber: Singapore Police Force
The post Tular Santuni Pemancing Malaysia, ‘Abang Polis’ Singapura Tak Sangka Jadi Perhatian Ramai appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/22/tular-santuni-pemancing-malaysia-abang-polis-singapura-tak-sangka-jadi-perhatian-ramai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Go Malaysia Fair Edisi Ekspres Cetuskan Demam Pelancongan Hujung Tahun Di Singapura

Go Malaysia Fair Edisi Ekspres Cetuskan Demam Pelancongan Hujung Tahun Di Singapura

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 148 hits
Go Malaysia Fair Edisi Ekspres Cetuskan Demam Pelancongan Hujung Tahun Di Singapura Singapura 14 November 2025 Acara yang dinanti nantikan Go Malaysia Fair kembali lagi dengan edisi baharu yang lebih menarik iaitu Go Malaysia Fair Edisi Eks...
Kelantan Rakyat Malaysia Ditembak Mati Di Golok Polis Thailand Dedah Punca Pembunuhan

Kelantan Rakyat Malaysia Ditembak Mati Di Golok Polis Thailand Dedah Punca Pembunuhan

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 219 hits
Sharifah Mahsinah AbdullahKOTA BHARU Polis Thailand mengesahkan kes seorang lelaki rakyat Malaysia ditembak mati di pekan Sungai Golok pada 1 November lalu tidak membabitkan isu hutang berkait dadah Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mejar Jene...
Tular Hatyai Dilanda Banjir Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana

Tular Hatyai Dilanda Banjir Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 294 hits
Tular Hatyai Dilanda Banjir Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana Kawasan tumpuan pelancong di Hatyai Thailand dilanda banjir susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu Orang ramai termasuk rakyat Malaysia yang bercuti di sana berkongsi m...
Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai

Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 166 hits
Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai Banjir yang melanda selatan Thailand baru baru ini sememangnya telah menjejaskan aktiviti pelancongan di sana terutama di Hatyai Ekoran dari paras air yang naik secara m...
Tular Gelagat Sweet Tun Hasmah Tegur Tun M Curi Perhatian Ramai

Tular Gelagat Sweet Tun Hasmah Tegur Tun M Curi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 184 hits
Tular Gelagat Sweet Tun Hasmah Tegur Tun M Curi Perhatian Ramai Baru baru ini dalam satu perkongsian video bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi momen memandu kenderaan Toyota iQ bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohama...
Iqoo 15 Bakal Tiba Di Malaysia Disember Ini

Iqoo 15 Bakal Tiba Di Malaysia Disember Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 267 hits
Selepas pelancaran global di China bulan lalu iQOO Malaysia kini mengesahkan bahawa iQOO 15 bakal tiba untuk pasaran tempatan pada Disember ini Secara ringkas peranti ini dijana cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digandingkan bersama cip Q3 ...
Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 182 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan Thailand menggantung pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja tidak ada kaitan dengan peranan Malaysia sebagai pengantara dalam rundingan tersebut Menurut laporan Beri...
Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara Aneh

Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara Aneh

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 202 hits
Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara Aneh Sebagai rakyat Malaysia kadang kadang kita terlupa betapa bertuahnya kita tinggal di sebuah negara yang aman dan indah dengan pelbagai kemudahan dikongsi bersama Apa yang kita anggap biasa r...
Shell Malaysia Lancar Aplikasi Shell Recharge

Shell Malaysia Lancar Aplikasi Shell Recharge

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 195 hits
Shell Malaysia kini melancarkan aplikasi mudah alih baharu Shell Recharge bagi memudahkan pengguna mencari lokasi dan mengecas kenderaan elektrik di stesen Shell Recharge Melalui aplikasi Shell Recharge pengguna boleh menikmati beberapa cir...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan