Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara Aneh
Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara ‘Aneh’
Sebagai rakyat Malaysia, kadang-kadang kita terlupa betapa bertuahnya kita tinggal di sebuah negara yang aman dan indah, dengan pelbagai kemudahan dikongsi bersama.
Apa yang kita anggap biasa, rupanya luar biasa di mata orang luar. Sebab itulah, tidak hairan bila ramai pelancong asing jatuh cinta dengan Malaysia.
Bukan sekadar kerana makanannya yang sedap atau bangunan ikoniknya. Tapi juga kerana suasana hidup di sini, tak kira di kota mahupun desa.
“Negara macam apa ni?”
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki Indonesia yang berkunjung ke Malaysia, dipercayai untuk bercuti.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, dia kelihatan berjalan-jalan di sekitar Taman KLCC, salah satu lokasi pelancongan terkenal di tengah ibu kota.
Seperti kebanyakan pelancong lain, lelaki ini pastinya teruja melihat Menara Berkembar Petronas yang tersergam megah.
Namun, ada satu perkara yang betul-betul menarik perhatiannya, taman permainan dan kolam mandi awam di kawasan itu yang boleh digunakan secara percuma.
Dia kagum bagaimana di tengah kota besar yang dikelilingi bangunan pencakar langit, ada taman hijau yang terbuka untuk semua orang.
“Luar biasa betul negara ni…”
Dia nyata terpegun dengan kemudahan itu. Mungkin, baginya ini sesuatu yang ‘aneh’ kerana jarang kelihatan terutamanya di negara seberang apabila tempat awam seindah itu tersedia tanpa bayaran.
Apa yang lebih menarik, bukan sahaja pelancong tersebut yang kagum. Ruangan komen turut dibanjiri oleh warganet Indonesia yang memberikan pelbagai reaksi kagum dan positif terhadap keadaan taman di Malaysia.
“Another POV: kok bisa-bisanya rakyatnya tertib? Kok bisa rakyatnya jaga kebersihan? Kok bisa besi-besi di tamannya gak hilang? Salut liat warganya.”
Ada juga yang memuji bagaimana rakyat Malaysia menjaga kemudahan awam dengan baik tanpa perlu pengawasan ketat.
Malah, ada yang mengakui terinspirasi untuk melihat negara mereka sendiri memiliki kemudahan seperti ini satu hari nanti.
Hargai apa yang kita ada
Mungkin, perkongsian lelaki ini sebenarnya boleh menjadi peringatanbahawa tidak semua negara memiliki kemudahan awam yang sebegini baik dan terjaga.
Kadang-kadang, perkara yang kita anggap kecil itulah yang membuatkan orang luar melihat Malaysia dengan penuh rasa hormat dan kagum.
Jadi, bila ada pelancong datang dan kagum dengan apa yang kita ada, sepatutnya kita pun sama-sama berbangga. Ini bukti bahawa kita perlu terus menjaga keindahan tanah air yang menjadi kebanggaan kita semua.
BACA: Wanita Rusia Dedah Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia
Sumber: TikTok @ghandynovember
The post Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara ‘Aneh’ appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/11/11/lelaki-indonesia-dedah-sebab-malaysia-negara-aneh/