Tujuh Perkara Perlu Jadi Perhatian Terengganu Fc



Tangga ketujuh Liga Super menjadi petunjuk kualiti Terengganu FC (TFC) walaupun saban tahun diramal mampu bersaing dengan pasukan seperti Pahang, Kedah dan Selangor.

Berdasarkan kedudukan mereka dalam liga, berikut tujuh perkara yang wajar menjadi perhatian TFC jika mahu lebih serius dalam saingan akan datang.

1. Pengarah Teknikal

Jawatan ini pernah diisi Mike Mulvey (2016) sebelum jurulatih kelahiran Manchester itu mengambil alih tugas sebagai jurulatih selepas hanya dua perlawanan.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) perlu menilai calon sesuai, menentukan skop kerja dan memastikan lantikan dibuat akan meningkatkan pasukan dan bukan sebaliknya.

2. Barisan kejurulatihan

Selain memilih Pengarah Teknikal, PBSNT juga perlu segera menentukan nasib Mohd Nafuzi Zain selaku pengendali sementara.

Ada peningkatan dalam aksi TFC dengan formasi 4-3-3 yang menjadi pilihan Nafuzi, yang mula menampakkan corak lebih tersusun.

Tanpa skuad terbaik, Nafuzi mencatat tiga kemenangan, lima kali seri termasuk dengan Kedah, Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) serta satu kekalahan kepada Perak ketika bermain dengan 10 orang.

Khabarnya, banyak permohonan dari dalam dan luar negara untuk jawatan ketua jurulatih TFC. Mungkin Piala Malaysia menjadi medan terbaik Nafuzi membuktikan sesuatu.

3. Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck

Impak pemain Uzbekistan, Shaakhmedov, tidak boleh disangkal dek kerana status selaku penjaring terbanyak dengan 10 gol dalam saingan liga dan Piala FA.

Dengan kontrak Shaakhmedov dan Lee Tuck masih berbaki semusim lagi, sebuah pasukan mantap perlu dibentuk dan diketuai dua watak penting ini.

4. Kipre Tchetche

Walau apapun tanggapan kepadanya, Tchetche -- berusia 32 tahun, Disember ini -- masih penyerang import terbaik yang pernah menyarung jersi negeri ini.

Sekiranya Piala Malaysia menjadi kejohanan terakhirnya bersama TFC, ia satu tugas berat mencari penggantinya yang mampu menjaringkan 44 gol dalam 68 penampilan.

Teringat pula kepada Juan Jose Morales.

5. Pemain ASEAN

Thierry Chantha Bin hanya bernasib baik tidak digantikan kerana kerja minit-minit akhir PBSNT dalam jendela perpindahan kedua yang lalu.

TFC perlu mendapatkan pemain kuota ASEAN yang tepat di posisi yang tepat pada harga yang tepat.

Kalau kualiti lebih kurang dengan tahap Liga Perdana, lupakan.

6. Krisis pertahanan

Mohd Kamal Azizi pernah dicanang untuk bersaing dengan Matthew Davies dan dipanggil dalam skuad negara.

Namun, prestasinya menurun musim ini sehingga kehilangan tempat kepada Mohd Hafizal Alias sejak Nafuzi mengambil alih.

Melepaskan Igor Zonjic pula menjadi kesilapan ketika PBSNT gagal mendapatkan pengganti yang diidamkan.

Khidmat Adib Aizuddin Ab Latif yang akan berusia 34 tahun, Januari depan, mungkin perlu dilupakan TFC yang wajar melihat prestasi bek kiri Felda United, Arif Fadzillah Abu Bakar.

7. Kembali menjadikan Kuala Terengganu sebagai kubu

Rekod di tempat sendiri menyaksikan TFC tewas kepada PKNP FC (yang tersingkir ke Liga Perdana) dan PJ City FC (selepas mendahului 3-0).

Mereka juga seri lima kali (PKNS FC, JDT, Perak, Kedah, Pahang) di mana kelima-lima aksi itu TFC bermain cukup baik.

Sementara itu, 23 daripada 45 gol dihasilkan pada atau selepas minit ke-70, dengan kadar peratusan 51 peratus menunjukkan TFC gagal 'membunuh' pasukan lawan lebih awal.

Di mana kedudukan TFC jika mereka lebih 'bekeng' di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah?

Kesimpulannya, TFC tidak boleh berpuas hati dengan prestasi musim ini yang lebih buruk jika dibandingkan dengan di tangga kelima musim lalu.

Liga Super dan Piala FA perlu menjadi sasaran utama kerana itu tiket ke saingan peringkat Asia.

Tapi PBSNT sudah bersedia ke? - Astro Arena

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/tujuh-perkara-perlu-jadi-perhatian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Paus Dan Pak Belang Kini Beruang Pula Muncul Di Terengganu

Lepas Paus Dan Pak Belang Kini Beruang Pula Muncul Di Terengganu

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 460 hits
Selepas kehadiran ikan paus dan harimau kini muncul pula tiga ekor beruang di sekitar Terengganu Beruang yang dipercayai daripada spesies beruang matahari itu dilihat berkeliaran di sekitar Felda Belara di sini sejak dua minggu lepas dan mu...
Dinner Dan Lunch Di Nasi Kandar Utara Chukai Kemaman Terengganu

Dinner Dan Lunch Di Nasi Kandar Utara Chukai Kemaman Terengganu

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 1459 hits
Pada malam pertama kereta kami masuk bengkel kami Dinner esoknya Lunch di Nasi Kandar Utara Chukai Kemaman Terengganu yang berdekatan dengan Hotel 88 yang kami duduk Almaklumlah takde kereta so makan di tempat yang walking distance je lah T...
21 Hotel Menarik Menghadap Pantai Di Terengganu Boleh Ditempah Melalui Bagasi My

21 Hotel Menarik Menghadap Pantai Di Terengganu Boleh Ditempah Melalui Bagasi My

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 851 hits
Ni dah bulan Julai dan tak lama lagi akan masuk cuti sekolah Sudah tentu senarai percutian bukan main panjang berjela tetapi jangan lupa masukkan negeri Terengganu sebagai lokasi utama sebab korang boleh lepak tepi pantai Bagasi My telah me...
Apam Berkuah Terengganu Dapatkan Resepinya Disini

Apam Berkuah Terengganu Dapatkan Resepinya Disini

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 733 hits
APAM BERKUAH TERENGGANU DAPATKAN RESEPINYA DISINIBahan A1 2 cawan gula melaka gula merah1 2 cawan air1 4 sudu teh garam Masak hingga gula larut tapis dan sejukkan dahulu Bahan B1 2 cawan air suam1 sudu kecil gula pasir1 1 2 sudu kecil yis S...
Ngo Desak Kerajaan Terengganu Semak Lesen Pembalakan

Ngo Desak Kerajaan Terengganu Semak Lesen Pembalakan

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 159 hits
Kumpulan pencinta alam Malaysian Nature Society hari ini telah memohon dan mendesak supaya Kerajaan Sumber myterengganu com
Anak Bekas Mb Terengganu Jadi Penyanyi Tak Minat Politik Memenatkan Sejak Kecil Dengar Ceramah

Anak Bekas Mb Terengganu Jadi Penyanyi Tak Minat Politik Memenatkan Sejak Kecil Dengar Ceramah

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 754 hits
MESKIPUN membesar dalam persekitaran dunia politik anak bongsu kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said iaitu Cash Farhan enggan terjun dalam bidang yang sama Cash atau nama sebenar Muhamad Asyrol Farhan Ahmad berkata dia...
All State Chiefs Except Three Have Signed Letter Of Pledge Backing Anwar Says Terengganu Pkr Chief

All State Chiefs Except Three Have Signed Letter Of Pledge Backing Anwar Says Terengganu Pkr Chief

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 342 hits
To date 11 PKR state chiefs have signed a letter of support backing Datuk Seri Anwar Ibrahim who has come under fire from allies over a sex scandal conspiracy except three Perak PKR chief Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak the party s Sela...
Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu Air Lautnya Jernih Membiru

Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu Air Lautnya Jernih Membiru

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 501 hits
Pulau Perhentian Kecil here we come Kalau tahun lepas destinasi tahun ni kami ke Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu Ini pertama kali tau seumur hidup saya nak snorkeling Berenang memang sumpah saya tak pandai Tapi yang bestnya kawan ka...
Bagasi My Cara Mudah Cari Hotel Mengadap Pantai Sekitar Terengganu

Bagasi My Cara Mudah Cari Hotel Mengadap Pantai Sekitar Terengganu

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 711 hits
Assalamulaikum semua Na na na ganu kita Sebut negeri Terengganu mesti terus terlintas keropok lekor nasi dagang ikan celup tepung dan sata ikan Lepas tu singgah ke Pasar Payang shopping kain batik songket atau pun makanan laut Tambah lagi K...
Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Al Fateh Tak Sihat

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Saya Juga Teringin G Dragon Ulas Niat Ingin Berkahwin

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Tips Ayam Goreng Garing Dan Gebu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Spm Eskayvie Mindtropic

Nak Jalan Jepun Ini Itinerari Ke Osaka Tokyo Untuk 9 Hari

The Fine Line Between Tired And Unhappy

Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000

15 Pemimpin Pkr Cabang Masjid Tanah Letak Jawatan