Bagasi My Cara Mudah Cari Hotel Mengadap Pantai Sekitar Terengganu
Assalamulaikum semua,
Na na na ganu kita! Sebut negeri Terengganu mesti terus terlintas keropok lekor, nasi dagang, ikan celup tepung dan sata ikan. Lepas tu singgah ke Pasar Payang shopping kain batik, songket atau pun makanan laut. Tambah lagi Kuala Terengganu sekarang ada ikon baharu jambatan terangkat pertama di Asia. Wow..banyak aktivti boleh buat ni.
pemandangan dari hadapan hotel mengadap pantai cadangan bagasi.my
Lagi best kalu dapat hotel mengadap pantai, boleh rehatkan diri tengok sunrise waktu pagi. Malah suasana matahari terbit di sini antara paling cantik dalam Malaysia. Tak hairan ramai pelancong datang ke Terengganu untuk bercuti dengan suasana ombak laut & angin sempoi-sempoi. Bagi yang datang family, mesti nak bawa anak-anak main pasir tepi pantai yang bersih.
Semuanya mudah bila buka Bagasi.my/hotel di terengganu yang dah siap-siap list senarai hotel Terengganu dengan pemandangan pantai. Dari daerah Kemaman hingga ke Setiu semua ada..sampai boleh rambang mata nak pilih mana satu.
BAGASI.MY memang mudahkan kerja nak pilih hotel/resort sekitar Terengganu. Lengkap dengan gambar, explanation kemudahan tersedia dan gambar hotel tersebut. Setidaknya kita dah boleh bayang aktiviti boleh buat sepanjang check in nanti. Tak payah susah buka 2 3 website lain untuk compare. Senang, mudah & cepat boleh decide nak stay hotel mana. BBL dah buka bagasi.my dan ada 21 hotel menarik dalam Terengganu. Semua nampak cantik.
Maklumat harga bilik, alamat turut tertera. Bila dah puas hati boleh terus booking kat website yang link bersama artikel. Boleh terus proceed packing barang-barang nak datang bercuti ke Terengganu kan.
Bukan setakat tu Bagasi.my pun ada senaraikan hotel mengadap laut sesuai bagi berbulan madu. Tak perlu travel jauh sebab dalam Terengganu ada lokasi awesome untuk pasangan raja sehari datang bercuti bersama pasangan. Nak celebrate anniversary perkahwinan pun tak jadi masalah.
Dari segi harga list hotel Bagasi.my sediakan cuma bermula RM30+ semalaman hingga ratusan ringgit. Itu pun consider mesra poket sesuai bagi anda yang datang bersama pasangan, family, kawan-kawan atau dalam group besar.
Bagasi.my pun ada bagi idea aktiviti menarik sekitar kawasan hotel boleh anda terokai & nama kedai makan popular berhampiran. Sebagai contoh makan ikan celup tepung bersama air batu campur dan air kelapa fresh mengadap pantai. Fuh BBL pulak craving tengok gambar sotong dengan udang tu..
Apa yang BBL suka lagi mestilah detail maklumat Bagasi.my sediakan setiap list hotel yang lengkap sesuai bagi aktiviti bercuti, family day dan rumah kediaman rombongan kenduri. Mana tahu anak dah konvo tamat belajar mesti nak bawa semua ahli keluarga datang berjalan-jalan sekitar Terengganu kan. Atau ada majlis kahwin sebelah Ganu, turut tersenarai dalam 21 hotel menarik tepi pantai boleh anda pilih.
Untuk mereka yang merancang bercuti ke pulau, Bagasi.my pun ada sediakan senarai hotel menarik yang terdapat di pulau dalam Terengganu antaranya Redang Paradise Resort & Tuna Bay Island Resort yang rata-rata dapat komen positive dari tetamu yang pernah menginap kat sini. Sudah semestinya bilik betul-betul depan laut China Selatan.
Untuk list penuh korang kena tengok sendiri website Bagasi.my dan start buat tempahan bilik sebelum datang bercuti ke Terengganu. Bukan setakat negeri Terengganu malah Bagasi.my ada menyediakan banyak maklumat tentang tempat menarik, hotel berbaloi & aktiviti best dalam negara kita.
Apa kata singgah dulu Bagasi.my mana tahu tetiba terjumpa lokasi sesuai untuk bercuti nanti..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/07/bagasimy-cara-mudah-cari-hotel-mengadap.html