Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu Air Lautnya Jernih Membiru


Pulau Perhentian Kecil here we come!! Kalau tahun lepas destinasi percutian kami ke Pulau Langkawi, tahun ni kami ke Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu. Ini pertama kali tau seumur hidup saya nak snorkeling. Berenang memang sumpah, saya tak pandai!!
Tapi yang bestnya kawan-kawan yang sangat supportive ni bagi semangat. Benda boleh pakai life jacket, kenapa nak takut kan? So okeh, saya nak join!!
Yeay muka baru bangun pagi. flight ke KB pagi ni jam 5.35am dan dijangka sampai jam 6.40am. Wahh pagi lagi dah sampai KLIA sebab nak kene drop bag sebelum 4.30 pagi. Beli flight tiket promo, return dalam RM184.96 seorang. Dengan Airasia semuanya boleh terbang
Inilah geng saya. Sebenarnya semua ada 8 orang, tapi lagi 2 orang tak dapat nak join sama. Waktu ni dah sampai airport KB dan kami dijemput oleh van shuttle.
Booked flight ticket dengan Air Asia dari KL-Kota Bharu bermula 12/7/19 hingga 14/7/19. Masa ni AirAsia ada promo, duit pun ada jugak. So takde isulah tu. Flight pagi tu seawal jam 5.35 pagi demi memaksimumkan sebaik mungkin percutian 3 hari 2 malam kami ni.
Bila dah sampai airport KB, memang pihak agen dah menunggu kami kat sana. Perut lapar berkeroncong, so kito makanlah dulu deh. So  lepas dah siap makan, kami sambung semula perjalanan ke Jeti Kuala Besut. Bila ko pakai khidmat agen, memang tak fikir pasal transport, bot, chalet dan makan. Semuanya tanggung beres. Bawak badan dengan baju je, selain dari tu semua dah diatur.
Pakej Percutian Mieha Holidays Perbelanjaan untuk pakej ni adalah berjumlah RM3,375 untuk 7 orang. So lebih kurang RM482 sekepala. Pengangkutan dari airport ke Jeti Kuala Besut, naik bot ke Pulau Perhentian Kecil. Menginap di Shari-La Island Resort, makan 4 kali sehari, pakej snorkelling dan bot dari jeti Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Di sambung van shuttle dari jeti ke Airport Kota Bharu. Semuanya ALL IN dengan harga tu.
Pertama kali tengok Pulau Perhentian Kecil ni. Seriusly, saya nak cakap Subhanallah memang CANTIK GILER pemandangan dan lautnya BERSIH, JERNIH DAN BIRU sangat!! Korang kalau nak datang sini memang takkan menyesal. Siapa yang tak datang tu yang sure menyesal.
Penginapan di Shari-La Island Resort Kami menginap kat Shari-la Island Resort. Memang cantik weh resort ni. Pantai jernih dan biru. Dari tepi lagi korang dah boleh nampak ikan-ikan comel dan coral. Tak payah pergi ke tengah laut pun. Perghh puas hati dapat menginap kat sini. Memang  cantik berkaca air laut dia!!!
Ya allah cantik kan laut kat Pulau Perhentian Kecil ni. Masa sampai kat sini, memang kagum dengan pemandangan lautnya. Serius cantik dan bersih.
Pakej 3 hari 2 malam, rasa macam kejap je. Berehat dan bercuti di pulau ni tak rasa penat sebab pemandangan cantik sangat
Jernih kan airnya. Nampak batuan dan ikan kecil di dalamnya. Sepanjang pantai ni tak jumpa pun lumpur, pasirnya putih dan bersih. 
Nampak cantik deretan bot tepian pantai dengan air laut yang jernih. Cantik gambar ni kan, tengok real lagi cantik
Inilah resort penginapan kami. Tempatnya cantik, biliknya bersih, air paipnya pun tak berbau. Selesa dan sesuai untuk penginapan bersama yang tersayang
Antara chalet yang ada di sini. Konsep chalet kayu, yang nampak kemas dan eksklusif
Ini gambar di dalam bilik deluxe penginapan kami. Selesa kan, memang pun selesa. Berehat dengan aman jauh dari hiruk pikuk kota
Resort ni memang perlukan korang banyak berjalan dan mendaki sebab dia duduk kat atas bukit sikit. Merungut-rungut bilik jauh dari tempat makan, tapi bila korang tengok tepian pantai dah macam swimming pool, dari penat dan sakit kaki berjalan, dah jadi seronok pulak tengok view cantik .
Tapi masa kami baru sampai jam 10 pagi tu elektrik takde dalam masa sejam. Maybe diorang buat maintenance generator set ke apa time tu tak taulah. Tapi sepanjang 2 hari stay sana memang timing takde letrik tu sama. Dari 10 pagi sampai 11 pagi macam tu.
Ada gaya model tak?
Cantiknya gambar kami ni kan, suka tengok
Nah tengoklah gambar-gambar gorgeous kami di tepi pantai ni. Memang kami dah plan nak pakai baju sama color dan tema. Barulah dalam gambar nampak cantik je kan, dahla orangnya cantik. Lagi bertambah cantik hasil gambarnya hahaha.
Lepas dah makan tengahari kitaorang tukar baju dan mandi laut. Sewa life jacket dengan harga RM5 je. Puashati lah sebab adalah training sikit untuk beginner nak snorkelling macam saya ni untuk sesi water confident. Besok nak snorkeling, hari ni barulah berlatih.
Memang panik dan cuak untuk saya yang first time nak pergi snorkeling. Dan saya tabik kat bebudak kecik yang berani tu. Bila dah tahu sikit nak berenang guna life jacket dan topeng muka ni, so dah tahulah sikit teknik dia walaupun takdelah hebat mana.
Persinggahan 4 check point untuk snorkelling dan mandi laut  Hari kedua yang dinanti sudah pun tiba, apalagi kalau bukan snorkelling!! Dup dap dup dap jantung berdegup. Maunya tak sebab dalam bot tu rasanya saya je yang first timer. Yang lain memang Nampak dah biasa dan relax cool je haha.
Semua dah ready nak snorkelling. Tunggu bot sampai dalam jam 10 pagi. Sebelum ni bergambar riang dulu lah
Tak sabar nak terjun tiruk nampaknya . Time ni cuaca sangat cantik dan tiada hujan. Tapi syukur jugakla sebab 3 hari selepas kami ke sini, terus dapat amaran angin monsun dan laut bergelora. Fuhh lega Alhamdulillah.
Dalam bot tu saya berenam dengan geng-geng dan selebihnya 7 orang yang join trip bot yang sama. Semuanya melayu dan umur pun lebih kurang sama. Eh sebenarnya diorang lagi muda dari kami hahaha. Ok what!!! Fine!!
Check point pertama kami singgah di untuk latihan snorkelling. Eh macam tau-tau je aku first timer kan . Sepatutnya kami singgah di sini dalam 25 minit, tapi disebabkan ramai yang dah tahap advanced. Makanya masing-masing dah duduk dalam bot lebih awal dari masa yang ditetapkan.
Check point kedua kami ke turtle point. Alhamdulillah rezeki kitaorang dapat tengok turtle kat dasar laut tengah makan lumut. Mula-mula tu jenuh kejar juga sebab laju kan dia berenang. Dan tak lama lepas tu dia singgah makan, so dapatlah semua orang tenung dia. Dia pun tak heran kat kami semua. Dah biasalah tu kene tenung tu kan.
Banyaknya ikan berkeliaran, suka tengok sebab cute mute
Pakai topi tu tak kisah pun lemas ke, tak reti nak bernafas dalam air ke, kerja snorkelling menjadi mudah dan tiada masalah. sesuai untuk beginner
Check point ke 3, finding nemo. Kat sini banyak sangat ikan yang cantik dan comel. Macam-macam warna dan saiz ikan yang ada. Ralit semua orang duk bagi makan roti. Sampai tak sedar kami dah dihanyutkan ombak dan jauh dari bot. Tapi sebenarnya air nampak tenang, tapi bila ko nak ke bot semula, mak aih dia punya susah nak berenang usah kata.
Kami semua dah panik ni sebab saya dan sorang lagi kawan tu first time snorkelling, berenang pun tak pandai. Tapi syukur punya kawan yang sanggup bersusah senang bersama-sama. Diorang punya supportive, berenang dan tolak kami ke depan,. Asal berenang je tolak kami ke depan. Tapi yelah bila air dah berombak, berenang macamana pun tetap lambat nak bergerak.
Dan akhirnya bila dah penat dan tak larat, terpaksa jugalah tiup wisel untuk panggil budak bot tu tolong kami. Dan syukur brader tu cepat dan tarik kami berempat semula ke bot perlahan-lahan. Penat wei, sampai rasa mual dan nak muntah.  Dah tu bila semua dah ada dalam bot, brader bot tu bawak kami makan di perkampungan nelayan.
Ha kat situ lah kami makan sepuasnya dan rehat sekejap sebelum sambung ke last check point. Pergh pengalaman tu sangat manis, manis bagi sayalah sebab first timer. Agaknya azab untuk kengkawan sebab terpaksa tolong kami ni hahaha. Anyway tq korang, korang memang terbaik.
Tengah fokus cari coral. Cari ketam nak masak lemak cili api
Bersama korang adalah moment terbaik dan takkan dilupakan
Jom sambung berendam semula. Best pulak tengok ikan berenang di air jernih
amboih yang paling kanan tu kemain belagaknya muka hahaha. Kengkonon nak tunjuk muka samseng la tu, phuii berenang pun ke laut. Hahaha
Dan last check point ni, kami mandi sakan di Romantic Beach. Perghhhh rasa berbaloi giler dapat mandi kat sini. Saya tak pasti kenapa nama dia romantic, tapi yang pasti pasir dia putih, air laut jernih berkaca, ikan cantik dan banyak je tepi pantai. Tak perlu korang nak berenang ke tengah untuk tengok ikan dan coral yang super duper cantik!!! That’s why its call romantic. View dia cantik subhanallah.
(45)
The post Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu, air lautnya jernih membiru appeared first on Ajumohit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ajumohit.com/2019/07/pulau-perhentian-kecil-kuala-terengganu-air-lautnya-jernih-membiru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gangguan Bekalan Air Di Selangor Kuala Lumpur Minggu Depan

Gangguan Bekalan Air Di Selangor Kuala Lumpur Minggu Depan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 233 hits
Gangguan bekalan air di Selangor Kuala Lumpur minggu depan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Jul 2019 10 37PM
Anak Bekas Mb Terengganu Jadi Penyanyi Tak Minat Politik Memenatkan Sejak Kecil Dengar Ceramah

Anak Bekas Mb Terengganu Jadi Penyanyi Tak Minat Politik Memenatkan Sejak Kecil Dengar Ceramah

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 713 hits
MESKIPUN membesar dalam persekitaran dunia politik anak bongsu kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said iaitu Cash Farhan enggan terjun dalam bidang yang sama Cash atau nama sebenar Muhamad Asyrol Farhan Ahmad berkata dia...
Pengalaman Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Perhentian

Pengalaman Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 999 hits
Assalamualaikum Baru baru ni kawan saya ajak bercuti di Pulau Perhentian Jika ikut plan asal macam dah tak nak ikut Tapi bagi memenuhi hajat kenkawan saya join ja la Ada banyak lagi kerja kerja lain yang perlu diselesaikan Tapi disebabkan s...
Air Kuala Koh Toksik Persatuan Perubatan

Air Kuala Koh Toksik Persatuan Perubatan

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 309 hits
Ujian makmal terhadap sampel yang diambil dari sumber air di sekitar Kampung Kuala Koh di Gua Musang yang menyaksikan kematian 15 penduduk Orang Asli suku Bateq mendapati kewujudan kandungan bahan pencemar dan toksik Presiden Persekutuan Pe...
Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dan Kuala Lumpur Pulih 84 Peratus Setakat 12 Tengah Hari

Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dan Kuala Lumpur Pulih 84 Peratus Setakat 12 Tengah Hari

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 358 hits
SHAH ALAM 23 Julai Proses pemulihan keseluruhan gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran diesel di Sungai Selangor mencapai tahap 84 peratus setakat pukul 12 tengah hari tadi Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan Pe...
Suspek Kes Samun Di Terengganu Di Berkas Di Kuala Lumpur

Suspek Kes Samun Di Terengganu Di Berkas Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 506 hits
Menyamun di Kuala Terengganu tetapi akhirnya diberkas di Kuala Lumpur Kegiatan tiga sahabat termasuk seorang wanita tumpas selepas 10 jam menyamun JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgP...
Gangguan Air Dijangka 3 Hari Minggu Depan Pengguna Di Selangor Dan Kuala Lumpur Dinasihat Untuk Simpan Air Secukupnya

Gangguan Air Dijangka 3 Hari Minggu Depan Pengguna Di Selangor Dan Kuala Lumpur Dinasihat Untuk Simpan Air Secukupnya

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 358 hits
Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sebentar tadi telah mengeluarkan satu pengumuman mengenai kerja kerja penambaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 mulai 9 pagi 23 Julai ini Pelaksanaan kerja penambahbaikan ini perlu dilak...
Majlis Pertunangan Adik Di Kuala Terengganu

Majlis Pertunangan Adik Di Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 344 hits
Majlis Pertunangan Adik di Kuala Terengganu Bila gaknya nak habis cerita pasal raya umi pun tak tau Akan umi usahakan The post appeared first on
Tajria Tips Air Rebusan Ini Untuk Atasi Masalah Perut Buncit Dan Perut Kembung Cubalah

Tajria Tips Air Rebusan Ini Untuk Atasi Masalah Perut Buncit Dan Perut Kembung Cubalah

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 324 hits
Memang seronok rasa apabila anda sendiri jenis seorang yang makan banyak mana sekalipun perut tetap kekal kempis Memang diakui amat susah untuk mengekalkan berat badan terutamanya apabila sudah berkahwin dan meningkat usia Lagi lagi jika an...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles