Lepas Paus Dan Pak Belang Kini Beruang Pula Muncul Di Terengganu


Selepas kehadiran ikan paus dan harimau, kini muncul   pula tiga ekor beruang di sekitar Terengganu.
Beruang yang dipercayai daripada spesies beruang matahari itu dilihat berkeliaran di sekitar Felda Belara, di sini sejak dua minggu lepas dan mula menceroboh kawasan kebun dan penempatan hingga memaksa penduduk mendapatkan bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.
Susulan itu, Perhilitan mula memasang perangkap di beberapa lokasi dan hasilnya, seekor daripadanya telah berjaya ditangkap kira-kira 9.30 malam tadi.
Seorang penduduk kampung yang menemui beruang terbabit, Mustaffa Tahir, 76, berkata beliau mula menyedari ia masuk ke dalam perangkap selepas mendengar bunyi bising dari belakang rumahnya.
Bagaimanapun, beliau dan beberapa ahli keluarga lain tidak berani menjenguk keluar kerana bimbang kejadian tidak diingi berlaku berikutan kawasan belakang rumah sangat gelap dan bercuram.
”Bunyi goncangan perangkap dan dengusan yang kuat membuatkan kami tidak berani turun ke bawah (belakang rumah) kerana bimbang beruang akan bertindak lebih agresif.
“Jadi awal-awal pagi tadi saya serta anak lelaki, Muhammad Yusri, 30-an, turun ke bawah untuk memeriksa perangkap dan lihat seekor beruang besar hitam sedang tidur di dalamnya,” katanya ketika ditemui sumber di rumahnya.
[Video] Seekor beruang berjaya ditangkap di Felda Belara, Kuala Terengganu selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang pihak Perhilitan sejak beberapa hari lalu.
Beruang dipercayai spesis Matahari itu ditangkap sekitar kawasan penempatan kira-kira 9.30 malam tadi. pic.twitter.com/89yudlaaPi
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 23, 2019

Beliau berkata kehadiran beruang tersebut menyebabkannya kerugian lebih RM12,000 selepas 19 sarang kelulut dan enam batang pokok kelapa matang yang sudah hampir berbuah dimusnahkan oleh haiwan terbabit.
Mustaffa berkata perangkap tersebut baru sahaja dialihkan Perhilitan ke belakang rumahnya petang semalam kerana sebelum ini diletakkan di belakang rumah jirannya namun tidak berjaya memerangkap haiwan terbabit.
“Mungkin kerana umpan yang digunakan ialah sarang kelulut jadi cepatlah mengena,” katanya yang telah memaklumkan kejadian itu kepada pegawai Perhilitan awal pagi tadi.
Seorang lagi penduduk, Noriah Abdullah berkata beliau belum mampu menarik nafas lega kerana terdapat dua ekor lagi beruang yang masih berkeliaran di kawasan Felda berkenaan.
Beliau bersama beberapa ahli keluarga pernah melihat kehadiran tiga haiwan berkenaan yang sedang memanjat dan memakan buah nangka di belakang rumahnya kira-kira dua minggu lalu.
“Jarak antara rumah dan pokok nangka dekat sahaja iaitu kira-kira 10 meter dan memang jelas nampak tiga ekor beruang memanjat dan makan nangka di atas pokok.
“Saya fikir mungkin beruang itu sekeluarga kerana seekor bersaiz besar dan dua ekor lagi saiznya agak kecil sedikit daripada yang seekor lagi,” katanya.
Sehingga kini, Bernama masih berusaha untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan penangkapan dan punca kehadiran beruang terbabit daripada pihak Perhilitan.
Sebelum ini, sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada 16 Julai manakala pada 18 Julai, muncul ‘pak belang’ di Dungun.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/23/video-lepas-paus-dan-pak-belang-kini-beruang-pula-muncul-di-terengganu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paus Pilot Sirip Pendek Pula Muncul

Paus Pilot Sirip Pendek Pula Muncul

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 519 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Video Sepasang Paus Orca Muncul Pertama Kali Di Perairan Terengganu

Video Sepasang Paus Orca Muncul Pertama Kali Di Perairan Terengganu

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 774 hits
Sepasang Paus Orca Muncul Pertama Kali Di Perairan Terengganu Sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada Sela...
Selepas Paus Pembunuh Ikan Paus Pilot Sirip Pendek Pula Lawat Perairan Terengganu

Selepas Paus Pembunuh Ikan Paus Pilot Sirip Pendek Pula Lawat Perairan Terengganu

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 479 hits
Besut Terengganu Sekumpulan Paus Pilot Sirip Pendek atau nama saintifiknya Globicephala macrorhynchus telah muncul di perairan berhampiran Pulau Perhentian di sini Kemunculan spesies mamalia marin itu yang dipercayai menjadikan Laut China S...
Pak Belang Dan Katil Hotel

Pak Belang Dan Katil Hotel

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 526 hits
Al Abror Mohd Yusuf Ada kemungkinan dua ekor pak belang yang muncul tiba tiba di mukim Besol Bukit Besi di Dungun beberapa hari lalu itu sekadar mahu bergurau Sukar menerima seekor haiwan liar yang sebegitu tidak mencederakan sesiapa Ketika...
Penduduk Terkejut Pak Belang Kepenatan Enak Berehat Atas Katil Dalam Bilik

Penduduk Terkejut Pak Belang Kepenatan Enak Berehat Atas Katil Dalam Bilik

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 368 hits
Beberapa hari yang lepas rakyat Malaysia khususnya negeri Terengganu digemparkan dengan berita dua ekor harimau yang berkeliaran di kawasan kampung sebelum seekor daripadanya berjaya ditangkap Tahukah anda kejadian yang hampir sama dilapork...
Nampak Macam Nak Terkam Rupanya Jilat Pipi Netizen Simpati Lihat Pak Belang Jinak Kelaparan

Nampak Macam Nak Terkam Rupanya Jilat Pipi Netizen Simpati Lihat Pak Belang Jinak Kelaparan

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 698 hits
Nyawa seorang warga emas umpama berada di hujung tanduk apabila hampir diterkam oleh seekor harimau sesat dalam kejadian yang berlaku di Kampung Besul Lama Bukit Besi Dungun hari ini Namun menurut mangsa harimau berkenaan hanya menjilat pip...
Selepas Jdt Kini Giliran Fas Pula Bertransformasi

Selepas Jdt Kini Giliran Fas Pula Bertransformasi

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 323 hits
Hari ini Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan rasmi pusat latihan baharu bagi pasukan Selangor The Red Giants di padang Pejabat Setiausaha Kerajaan Seksyen 5 Pusat latihan yang berkeluasan 400 000 kaki ...
Beruang Pula Tubik Hutan

Beruang Pula Tubik Hutan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 275 hits
Selepas Terengganu digemparkan dengan pelbagai haiwan liar yang muncul secara tiba tiba harimau kumbang paus Orca Sumber myterengganu com
Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 720 hits
MALAM Ahad lalu bertempat di kediaman rasminya di Seksyen 7 Shah Alam pada malam Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempamerkan pengaruh politiknya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menuturkan Saya tidak kisah saya tiada...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Budak Kilat

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wajah Lebih Berseri Selepas 15 Hari Menggunakan Eau Thermale Av Ne Vitamin Activ Cg Range

Kenali Hipodontia Kehilangan Gigi Secara Genetik Yang Tidak Disedari

Psychology Of Brand Names

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Exciting Ios 26 Beta Revelation Surprising New Name Emerges For Apple S Homepad

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong