Tujuh Penyebab Kulit Gatal Angkara Gegata


Tujuh Penyebab Kulit Gatal Angkara Gegata || Pernah dengar? Pernah kena? Masa awal awal kena, mesti aku ingat demam campak, tapi sebenarnya gegata. Perit tau kalau kena ni..Dulu fikir sebab tak jaga kebersihan kot...sampai terkena penyakit gegata ni...Lorh..tapi bila baca semula, stress pun boleh menjadi penyebab. Nak tahu apa lagi, sila lah baca sampai habis yer.
Nama lain bagi gegata sebenarnya ialah urtikaria. Urtikaria adalah keadaan kulit yang berbahaya? Penyakit yang lazim kita panggil sebagai gegata ini sebenarnya biasa berlaku namun jarang dihebohkan.
Bukan hanya itu, ramai juga yang mungkin belum tahu penyebab penyakit ini terjadi dan hanya menjangka ia sekadar ruam pada kulit yang tidak bahaya.
Untuk mengetahui apa punca gegata, jom ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!
Urtikaria adalah kondisi kulit yang berbahaya?Buat anda yang mungkin belum tahu, gegata adalah kondisi kesihatan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, merah dan gatal.
Kebiasaannya, ia adalah berpunca daripada alahan atau pelbagai lagi faktor lain termasuklah persekitaran dan lain-lain.
Dalam kebanyakan kes, ia boleh pulih dengan sendirinya selepas 24 ke 48 jam jika ia melibatkan gejala yang tidak serius.
Terdapat dua jenis urtikaria yang utama iaitu:
Urtikaria akut – Ia terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan berterusan kurang daripada enam mingguUrtikaria kronik – Ia terjadi bukan dengan tiba-tiba dan berterusan lebih daripada enam mingguUntuk pengetahuan anda, gegata akut biasanya tidak akan membahayakan kesihatan berbeza dengan gegata kronik yang memerlukan perhatian perubatan.
Persoalannya, apakah punca sebenar urtikaria kronik ini berlaku kepada individu? Sila teruskan pembacaan anda!
Apa punca sebenar urtikaria kronik terjadi?Menurut Pakar Alergi, Dr Miriam Anand, gegata kronik akan berlaku apabila ia tidak kunjung sembuh setelah 6 minggu berlalu.
“Ada juga banyak kes di mana kondisi ini kekal berterusan sehingga 5 tahun lamanya kerana tidak mendapatkan rawatan dengan kadar segera,” jelas beliau lagi.
Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kita semua tahu punca sebenar ia berlaku iaitu:
#1. Jangkitan bakteria dan virusKajian yang diterbitkan dalam jurnal Advances in Dermatology and Allergology, gegata kronik adalah disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan.
Jangkitan yang dimaksudkan itu termasuklah bakteria penyebab jangkitan salur kencing (UTI) dan strep throat serta virus hepatitis dan norovirus.
Ada juga kemungkinan di mana antigen Heliobacter pylori juga boleh menjadi dalangnya kerana 92% penderitanya mempunyai antigen ini dalam tubuh badan.
#2. Kerap menggaru kulit badanSetiap kali rasa gatal, sudah menjadi tindak balas normal untuk kita menggarunya namun ia mungkin hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit.
Terlalu kerap menggaru kulit badan boleh merengsakan lantas meradangkan ia sekali gus menjadi salah satu punca gegata.
#3. Kerap bersenam dan berpeluhAktiviti fizikal mungkin memang bagus untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Namun tahukah anda, ia boleh jadi punca urtikaria?
Ini kerana kerap bersenam akan membuat anda banyak berpeluh dan peluh inilah yang mungkin menjadi dalangnya.

Untuk mengurangkan risiko ia berlaku, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil antihistamin sebelum beraktiviti.
Punca urtikaria #4. StresMenurut pelbagai kajian, stres memainkan peranan yang sangat penting dalam banyak jenis penyakit sama ada melibatkan mental atau fizikal.
Ini termasuklah kondisi kulit yang dikenali sebagai gegata kerana mungkin wujud kaitan di antara kedua-dua keadaan kesihatan ini.
Bagi mengelakkan ia terus berlaku dan berulang, adalah wajar untuk kalian cuba mengurangkan stres di dalam kehidupan seharian.
#5. Suhu terlalu sejukSuhu terlalu sejuk akibat iklim atau persekitaran mungkin adalah salah satu daripada penyebab urtikaria kronik berlaku.
Bagi memastikan ia adalah dalangnya, doktor mungkin akan menjalankan ujian dengan meletakkan kiub ais di atas kulit.
Jika memang terbukti benar, maka kalian perlu kurangkan berada dalam persekitaran yang sejuk dan mengambil ubatan.
#6. Suhu terlalu panasSuhu terlalu panas akibat iklim atau persekitaran juga adalah salah satu daripada penyebab urtikaria kronik berlaku.
Ini kerana sinaran ultra ungu tidak kira jenis UVA atau UVB daripada cahaya matahari boleh menembusi dan merosakkan kulit.
Meskipun sukar untuk dielakkan, mungkin kalian boleh cuba untuk menjauhi cahaya matahari dengan kerap duduk di dalam rumah.
Punca urtikaria #7. Haiwan peliharaan

Jika anda perasan gegata mula muncul selepas kalian membelai haiwan peliharaan di rumah, ia mungkin adalah puncanya.
Jadi, cuba elakkan daripada menyentuh haiwan kesayangan anda itu untuk sementara waktu sebelum mendapatkan diagnosis doktor.
Dalam masa yang sama, bersihkan pakaian dan barangan di rumah untuk memastikan ia bebas daripada bulu, air liur, atau najis si comel anda.
Konklusinya, urtikaria adalah sejenis penyakit kulit yang biasa namun jarang diketengahkan kerana ramai yang kurang cakna mengenainya.
Jika kalian perasan diri mengalaminya, maka segera berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis, ubatan dan rawatan.




Info : Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2021/04/tujuh-penyebab-kulit-gatal-angkara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Sendiri Murtabak Mini Guna Kulit Popia Lebih Jimat Memang Puas Hati Sedap

Buat Sendiri Murtabak Mini Guna Kulit Popia Lebih Jimat Memang Puas Hati Sedap

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 438 hits
Murtabak adalah pancake yang disumbat dengan inti atau roti goreng yang biasa dijumpai di Semenanjung Arab dan Asia Tenggara terutama di Arab Saudi Kuwait Yaman Indonesia Malaysia Singapura Brunei dan Thailand Rasanya kulitnya yang lembut d...
Tablet Kunyah Vitamin Shinjumi Bita V9 Untuk Kecantikan Kulit

Tablet Kunyah Vitamin Shinjumi Bita V9 Untuk Kecantikan Kulit

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 355 hits
Tablet Kunyah Vitamin Shinjumi Bita V9 Untuk Kecantikan Kulit Menjadi idaman bagi setiap insan yang bergelar wanita inginkan kulit yang cantik lembut dan paling penting sekali sihat tanpa sebarang cela Kinah pun nak kulit cantik jugak tapi ...
Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese Membuatnya Sangat Mudah Nescaya Tak Berhenti Mengunyah

Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese Membuatnya Sangat Mudah Nescaya Tak Berhenti Mengunyah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 1128 hits
Kalau ada kerepek kulit popia sira cheese ni terhidang atas meja di Hari Raya nescaya tak berhentilah tetamu mengunyah sampai nak habis sebalang Begitulah penangan kerepek kulit popia sira cheese Nak membuatnya pun mudah ya amat Bahannya pu...
Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 785 hits
Murtabak merupakan menu popular dan wajib ada bila di bulan puasa Didatangkan dengan pilihan inti daging atau ayam dan dicicah bersama kuah bawang atau kari ia sememangnya sangat sedap dan membuka selera setelah seharian berpuasa Bagi yang ...
Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 604 hits
Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit Pernah tak terfikir sebelum beli tudung eh Sesuai tak warna ni dengan aku eh Mungkin kadang kita fikir tapi kebanyakan kita fikir tudung ni masuk tak dengan baju itu eh Tapi apa pun kalau kita pilih ...
Tak Minta Lahir Begini Pemuda Kulit Bersisik Kesal Dihina Terkena Sumpahan

Tak Minta Lahir Begini Pemuda Kulit Bersisik Kesal Dihina Terkena Sumpahan

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 254 hits
Tak dinafikan lagi bukan semua orang bertuah dikurniakan paras rupa yang menarik dalam dunia ini Baik atau buruk kita harus sentiasa bersyukur kerana Tuhan sama sekali tidak memandang penampilan seseorang sebaliknya hati budi sebagai penguk...
Kulit Kering Bikin Kucing Rewel Ini 4 Hal Yang Jadi Pemicunya

Kulit Kering Bikin Kucing Rewel Ini 4 Hal Yang Jadi Pemicunya

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 232 hits
Bisa bikin hewan peliharaanmu merasa tidak nyaman karena dipicu oleh beberapa faktor ini
Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 550 hits
Kecantikan Yoona memberi dari Girls Generation memang sentiasa diperkatakan Sampaikan ada wanita sanggup berhabis wang ringgit bagi mendapatkan rupa paras Yoona Berbekalkan fizikal tinggi lampai kurus dan kulit putih lembut dan gebu dari mu...
Angkara Pengasuh Bayi 9 Bulan Pergi Selamanya Doktor Sahkan Ada Kecederaan

Angkara Pengasuh Bayi 9 Bulan Pergi Selamanya Doktor Sahkan Ada Kecederaan

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 441 hits
Sepasang suami isteri ditahan berkaitan kes seorang bayi lelaki maut dipercayai didera pengasuh di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya beberapa hari lalu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam ...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit