Tablet Kunyah Vitamin Shinjumi Bita V9 Untuk Kecantikan Kulit
Tablet Kunyah Vitamin Shinjumi Bita V9 Untuk Kecantikan Kulit | Menjadi idaman bagi setiap insan yang bergelar wanita inginkan kulit yang cantik, lembut dan paling penting sekali sihat tanpa sebarang cela. Kinah pun nak kulit cantik jugak, tapi tula kekadang tu ada jugak masalah kulit yang kinah hadapi seperti kulit kusam, kekadang tu muka kemerahan disebabkan masalah kulit kering. Walaupun kinah dah konsisten dengan skincare yang sedia ada, rupanya ada satu perkara yang kinah lupa iaitu suplemen untuk penjagaan dalaman.
Aiseh macam mana la kinah boleh lupa benda yang satu tu. Sebelum ni kinah memang ambik je suplemen, tapi selepas bersalin aritu terus tinggal semua. Hmm tak heran la bila dah ada masalah kulit seperti sekarang ni. Sebelum ni kinah memang amalkan pengambilan vitamin C untuk meningkatkan sistem imun kita. Tapi entah, sejak bekalan dah habis terus lupa nak beli sampai ke sudah.
Kebetulan baru-baru ni satu rumah kena demam, selsema, batuk begilir-gilir. Jadi, bagi meningkatkan semula sistem imun yang semakin lemah dan boost kesihatan kami sekeluarga, kinah kena ambil semula vitamin C & E ni bagi membantu mencegah penyakit dan pada masa yang sama untuk keserian wajah.
Vitamin C Shinjumi Bita V9Bercerita mengenai vitamin ni, kinah ada terbaca satu perkongsian dari kawan blogger pasal Shinjumi Bita V9. Botol dia comel betul, sampai Thahirah ingat vitamin ni untuk dia. Kinah begitu yakin nak cuba vitamin Bita V9 ni disebabkan produk ini telah berdaftar dengan KKM dan ada label MESTI pada botol tersebut. Lagipun Bita V9 didatangkan dalam bentuk tablet dan berperisa mango. Hmm first time ni cuba vitamin perisa mango selalu perisa oren je.
Vitamin C Shinjumi Bita V9Sampai je vitamin tu, kinah terus rasa nak makan. Gelojoh betul kan. Rasanya masam-masam manis, kalau la Bita V9 ni sejenis gula-gula memang sekejap je dah licin. Tapi awas ye, sila patuhi prosedur pengambilan yang betul. Takut nanti bila terlebih vitamin di dalam badan akan memudaratkan diri kita pulak.
Sepanjang beberapa hari kinah amalkan vitamin dari Shinjumi ada nampak sedikit perubahan. Kalau dulu kulit kinah mudah kering tapi sejak seminggu yang lepas kinah amalkan Shinjumi Bita V9 ni, nampak la perubahan sikit pada kulit terutama pada waktu pagi. Kalau konsisten lagi makan vitamin ni, mungkin keadaan kulit kinah semakin baik.
Kebaikan dan Kelebihan Shinjumi Bita V9
Mengurangkan bintik-bintik gelap atau dark spotMembantu mengurangkan kemerahan kulitMengurangkan kedutanMembantu perbaiki struktur kulit yang kasarMembantu membaiki kulit dan mencegah kulit kering.
Ramuan / Ingredients Shinjumi Bita V9
Ramuan Vitamin C & E Bita V9Korang mesti nak tahu ramuan dan kandungan yang terdapat pada Shinjumi Bita V9 ni kan. Antara ramuannya ialah Mango juice powder, Honey bee powder, Strawberry Juice Powder, Ascorbic Acid (60g), Mineral & Vitamin Premix, Bird Nest Extract, Mulberry Extract, Live Culture (Lactomax), Pomogranate Extract, L-Cystein, Fish Collagen, Tocotrienols, Coenzyme QIO, Turmeric. Containt permitted flavour, colour, and permitted food conditioner.
Pergh paling kinah tak sangka dalam banyak-banyak ramuan tu ada bird nest la. Semua orang tahu kan akan kebaikan bird nest ni. Jimat eh, tak payah dah nak beli loose item sebabnya vitamin Shinjumi Bita V9 pun dah lengkap dah.
Cara Hidangan / Serving Direction Shinjumi Bita V9
Tablet Kunyah Vitamin C & E Shinjumi Bita V9Cara pengambilan vitamin Shinjumi Bita V9 ni mudah je hanya kunyah 1 biji tablet pada waktu siang kemudian 1 tablet lagi pada waktu malam. Untuk malam, Kinah selalu makan sebelum nak tidur. Pastikan, korang minum air masak dengan secukupnya tau.
Di dalam setiap satu botol, mengandungi 60 biji tablet. So, memang cukup la satu botol tu untuk sebulan. Satu lagi, kanak-kanak seawal umur 10 tahun pun boleh mengambil vitamin Shinjumi Bita V9 ni sebagai suplemen bagi meningkatkan imunisasi dan ketahanan tubuh mereka sewaktu mereka berada di luar sana.
Kinah nak tegaskan di sini, kesan vitamin C & E Shinjumi Bita V9 terhadap individu adalah berbeza tau. Mungkin ada yang nampak kesannya lebih cepat dan ada yang sebaliknya. Apa yang penting, korang kena konsisten amalkannya baru la nampak hasilnya nanti.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut dan sebarang pembelian vitamin Bita V9 ni, korang boleh terus layari
Website :
www.shinjumi.my
Shopee : https://shopee.com.my/shinjumiofficial?smtt=0.0.9
Instagram : https://instagram.com/shinjumiofficial?igshid=12lcu2c9gdz7l
Facebook : https://www.facebook.com/shinjumiofficial
Tik Tok :
https://vt.tiktok.com/ZSbX26sN/
Admin :
http://www.wasap.my/60139820981
#shinjumi
#shinjumiofficial
#shinjumibitav9
#shinjumivitaminc
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apekinah.com/2021/04/tablet-kunyah-vitamin-shinjumi-bita-v9.html