Tuhan Yang Maha Esa Akan Bantu Umno Dan Bn Kata Zahid Gembira


agendaily.com7/12/2021
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Seolah-olah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) ‘maksum’ tidak pernah melakukan kesalahan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk pecah amanah, begitu yakin rakyat akan kembali menerima parti itu.

Seperti juga UMNO dan BN tidak pernah melakukan ‘pembunuhan karakter’, Presiden UMNO itu dalam kenyataan di Facebook beliau hari berkata Tuhan Yang Maha Esa akan membantu kebangkitan semula UMNO dan BN.

Beliau turut mendakwa usaha hebat dan terancang dilakukan terhadap pemimpin BN, untuk menghasut supaya rakyat membenci mereka.

“Mereka yang pernah menguasai pentadbiran kerajaan selama 22 bulan begitu bimbangkan kebangkitan Barisan Nasional (BN).

“Sama ada mereka yang masih bersama dalam gabungan politik kerajaan singkat itu, mahupun yang telah menarik diri.

“Mereka yang menarik diri untuk menyelamatkan diri selepas mendapati gabungan politik berkenaan ditolak rakyat.

“Sehingga hari ini mereka bersama-sama meratib penuh ketakutan dan kekhuatiran melihat kebangkitan semula BN,” katanya yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri kerajaan BN selama kira-kira 33 bulan dan kini berdepan tuduhan jenayah di dua Mahkamah Tinggi.

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Pengerusi BN itu berdepan 40 tuduhan menerima suapan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) kerajaan.

Sebanyak 33 pertuduhan adalah berkaitan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Tujuh pertuduhan lagi, Presiden UMNO itu didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Keyakinan Zahid bahawa UMNO dan BN kembali mendapat sambutan dan sokongan rakyat juga berdasarkan kepada kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu.

“Pelbagai kata-kata nista, tohmahan dan adu domba kembali diungkapkan ke atas BN dan para pemimpinnya. Begitu cemas dan gementar pemimpin-pemimpin politik itu terhadap kebangkitan BN ekoran takutkan bayang-bayang sendiri.

“Takut kepada segala keburukan, kejahatan dan penganiayaan yang pernah mereka lakukan terhadap BN. Menumbangkan kerajaan BN pada tahun 2018 dengan fitnah, pembohongan dan tipu daya.

“Menewaskan kerajaan BN dengan menabur begitu banyak janji-janji palsu kepada rakyat,” katanya.

Pada akhir kenyataannya itu, Zahid berkata dengan izin Tuhan Yang Maha Esa kebangkitan BN menuju kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak akan mampu disekat.

“InsyaAllah BN akan kembalikan kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan yang amat dirindui rakyat Malaysia,” katanya yang sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan Yayasan Akalbudi.

Dua belas daripada pertuduhan itu membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan wang berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 19 Mac lepas, pendakwaan telah menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah telah mengarahkan pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan bertulis masing-masing pada 28 Mei dan menetapkan 28 hingga 30 Jun serta 1 hingga 2 Julai sebagai tarikh pendengaran bagi hujahan lisan.

Hakikatnya, seperti apa yang dikatakan Zahid itu, dengan izin Tuhan Yang Maha Esa jugalah UMNO dan BN kalah teruk pada PRU14 lalu.

Dan, segala tuduhan jenayah ke atas beliau dan rakan baiknya Datuk Seri Najib Razak yang telah dijatuhi hukuman penjara serta denda, juga adalah dengan izin Tuhan Yang Maha Esa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/tuhan-yang-maha-esa-akan-bantu-umno-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tekan Ismail Sabri Rancang Letak Zahid Sebagai Pm Lepas Pru15

Umno Tekan Ismail Sabri Rancang Letak Zahid Sebagai Pm Lepas Pru15

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 416 hits
agendailt com1 12 2021Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO menolak pengeluaran i Citra RM10 000 secara one off menyebabkan beliau kini menjadi sasaran tekanan pemimpin kanan parti sendiri Sat...
Pandangan Terhadap Tabiat Zahid Berbelanja Mewah Sangat Prejudis Kata Peguam

Pandangan Terhadap Tabiat Zahid Berbelanja Mewah Sangat Prejudis Kata Peguam

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 240 hits
freemalaysiatoday com November 24 2021 9 00 PMPeguam Hamidi Mohd Noh phaknya membantah sekeras kerasnya penggunaan fakta tidak relevan yang dinyatakan pendakwaan kerana ia sangat prejudis terhadap Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Mahkamah T...
Timbalan Presiden Umno Kata Dunia Tak Iktiraf Kerajaan Malaysia

Timbalan Presiden Umno Kata Dunia Tak Iktiraf Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 289 hits
AGENDA DAILY Pejabat pentadbiran kerajaan Malaysia di Putrajaya Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan Kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini tidak diiktiraf seluruh dunia kerana ianya bukan sebuah kerajaan yang menda...
Pemilihan Umno Boleh Buat Nov Tahun Depan Kata Tok Mat

Pemilihan Umno Boleh Buat Nov Tahun Depan Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 249 hits
Pemilihan di peringkat cawangan perlu diadakan awal iaitu selewat lewatnya bulan Julai tahun depan menurut Mohamad Hasan PETALING JAYA Pemilihan Umno boleh diadakan Nov tahun depan dengan pemilihan peringkat cawangan diadakan paling lewat p...
Panas Zahid Kecam Hadi Kerana Tuduh Umno Tak Ikut Piagam Mn

Panas Zahid Kecam Hadi Kerana Tuduh Umno Tak Ikut Piagam Mn

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 266 hits
December 7 2021 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan partinya itu perlu bijaksana mentafsir antara muafakat yang jujur berbanding sebuah muafakat yang terselindung tipu daya Katanya ini berikutan ada pihak mencipta pel...
Asalkan Bukan Mahathir Kalah Pru14 Najib Setuju Wan Azizah Jadi Pm Zahid Timbalan Kata Bekas Pembantu

Asalkan Bukan Mahathir Kalah Pru14 Najib Setuju Wan Azizah Jadi Pm Zahid Timbalan Kata Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 206 hits
December 14 2021 Najib akur beliau tidak ada pilihan kecuali mengisytiharkan kerajaan BN tumbang menurut penulis PETALING JAYA Pada detik detik awal setelah Barisan Nasional tewas mengejut di PRU14 Najib Razak cuba memujuk Anwar Ibrahim mem...
Zahid Kata Pengundi Muda Pasti Sokong Bn Jika Tak Lupa Jasa Bn

Zahid Kata Pengundi Muda Pasti Sokong Bn Jika Tak Lupa Jasa Bn

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 289 hits
malaysiamerdeka comPRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyakini pengundi muda pasti bersama Barisan Nasional sekiranya golongan itu cakna terhadap beberapa perkara penting termasuk sumbangan parti itu kepada negara Ahmad Zahid b...
Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Belum Tentu Ismail Sabri Mampu Tewaskan Zahid Hamidi

Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Belum Tentu Ismail Sabri Mampu Tewaskan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 227 hits
Apabila Ismail Sabri Yaakob memperlekeh kemenangan cemerlang BN di PRN Melaka dengan mengatakan undi popular UMNO hanya meningkat 1 peratus saja pada pilihan raya tersebut tujuan tersiratnya barangkali ialah untuk memberitahu kepimpinan UMN...
Dia Kata Pada Umno Tapi Umno Faham Ke Tidak

Dia Kata Pada Umno Tapi Umno Faham Ke Tidak

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 176 hits
HAMDAN TAHADia kata ke umno hahaha umno sedar ke tak tak tahu la umno dan parti yang dah tak ada ni berpeluk bila jumpa tapi dalam hati masing masing tak ikhlas dan saling membenci hubungan yang sifatnya munafik pembohong dua dua sama iaitu...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal