Timbalan Presiden Umno Kata Dunia Tak Iktiraf Kerajaan Malaysia


AGENDA DAILY
Pejabat pentadbiran kerajaan Malaysia di Putrajaya.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan Kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini tidak diiktiraf seluruh dunia, kerana ianya bukan sebuah kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat.
Dalam mengulas cadangan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata saranan berkenaan bagi membolehkan kerajaan yang mendapat mandat rakyat mentadbir Malaysia.
“Kalau boleh kita adakan PRU supaya memberi mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Apa yang saya katakan bukan kerana BN bukan kerana UMNO, tetapi saya melihat kerajaan ini mesti mendapat mandat.
“Kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat akan diiktiraf seluruh dunia. Saya melihat kerajaan ini mesti mendapat mandat, kerajaan yang mendapat mandat rakyat akan diiktiraf seluruh dunia itu maksud saya.
“Mengapa negara luar tidak mahu datang dan melabur di negara kita, kerana mereka tidak mengiktiraf kerajaan yang sebegini, sekali mengundi dapat tiga Perdana Menteri,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Sembilan, malam tadi.
Semalam, sebaik sahaja BN menang besar dengan menawan 21 daripada 28 kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Mohamad terus memberi cadangan supaya PRU15 dipercepatkan setelah mengambil kira sentimen rakyat terhadap parti itu sekarang ini.
Menurutnya, perkara itu juga telah disuarakannya kepada Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam kelmarin sebaik sahaja BN memenangi PRN Melaka.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan juga berpendapat PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat berikutan momentum BN yang baik ketika ini selepas meraih kemenangan pada PRN Melaka.
“Momentum sangat baik ketika ini, kalau lambat takut orang lupa. Kemenangan dua pertiga yang diperoleh BN ketika PRN Melaka pada Sabtu lalu memberi gambaran sokongan padu diterima parti.
“Berhubung PRU15, ia akan dibincangkan selanjutnya dengan pucuk pimpinan parti sebelum disampaikan kepada Perdana Menteri, mengenai hasrat UMNO,” katanya.
Kerajaan Malaysia sekarang ini diketuai Ismail Sabri yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada 21 Ogos lalu, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pelantikan Ismail Sabri dibuat setelah beliau mendapat sokongan daripada 114 Ahli Parlimen (MP), termasuk 54 daripada Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada 31 MP mewakili Bersatu, PAS (18), satu MP Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan empat MP Bebas pro-PN.
Beliau juga mendapat sokongan daripada 18 MP Gabungan Parti Sarawak yang menjadi rakan kerjasama utama PN, dan 41 daripada MP BN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/timbalan-presiden-umno-kata-dunia-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sebenarnya Yang Ekstrem Kata Naib Presiden Umno

Pas Sebenarnya Yang Ekstrem Kata Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 235 hits
FAZLI RADZIWalaupun sekarang Pas berkicau seolah olah ia lebih sederhana dari yang sederhana tetapi rekod dan prestasi Pas jelas menunjukkan bahawa ia bukan parti sederhana tegas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menurutny...
Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden Umno Mesti Dipertandingkan

Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden Umno Mesti Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 113 hits
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO mesti dipertandingkanOleh yieMEGADATUK SERI Najib Razak baru sahaja melepaskan jawatan Presiden UMNO semalam hari kendengaran pula cadangan yang meminta jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tida...
Perisikan Malaysia Dapat Markah Sifar Sejak Campurtangan Kerajaan Ph

Perisikan Malaysia Dapat Markah Sifar Sejak Campurtangan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 192 hits
PUTRAJAYA Kelemahan Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia yang habis diubah oleh pentadbiran terdahulu kini menempatkan negara ini dalam ancaman risiko bahaya besar Kedudukan teruk perisikan Malaysia itu difahamkan ada kaitan campur tangan ket...
Umno Desak Kerajaan Diterajui Umno Adakah Ini Bermakna Ismail Sabri Tidak Begitu Berfungsi

Umno Desak Kerajaan Diterajui Umno Adakah Ini Bermakna Ismail Sabri Tidak Begitu Berfungsi

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 160 hits
Kenapa UMNO desak kerajaan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan secara terbuka menggesa kerajaan agar segera bertindak menangani kenaikan harga barangan pengguna yang menjadi rungutan ramai ketika ini Saya faham bahawa fenomena kenaikan har...
Pemuda Umno Tempelak Kerajaan Ismail Sabri Kerana Gagal Kawal Harga Barang

Pemuda Umno Tempelak Kerajaan Ismail Sabri Kerana Gagal Kawal Harga Barang

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 252 hits
malaysiamerdeka comPEMUDA Umno meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna lebih pro aktif mengawal harga barang keperluan asas rakyat pasca pandemik dan menjelang musim hujan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut ...
Tindakan Menjatuhkan Kerajaan Sendiri Di Melaka Tak Bermoral Kata Hadi

Tindakan Menjatuhkan Kerajaan Sendiri Di Melaka Tak Bermoral Kata Hadi

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 178 hits
AGENDA DAILY Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan parti itu akan menggunakan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka bulan ini Kejatuhan kerajaan negeri Melaka seb...
Muktamad Tiada Kerjasama Umno Bersatu Dalam Pembentukan Kerajaan Negeri Melaka

Muktamad Tiada Kerjasama Umno Bersatu Dalam Pembentukan Kerajaan Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 231 hits
MELAKA UMNO tidak bersetuju dengan cadangan pihak tertentu yang mahu menggabungkan Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan Melaka Pengerusi Badan Perhubugan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Baris...
Kalau Pas Enggan Kerjasama Umno Tak Paksa Kata Pemimpin Bn Selangor

Kalau Pas Enggan Kerjasama Umno Tak Paksa Kata Pemimpin Bn Selangor

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 202 hits
freemalaysiatoday com November 26 2021Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil berkata Umno tidak akan menghalang PAS jika ia ingin meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 PETALING JAYA Umno tidak akan memaksa PAS meneruskan kerjasam...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah