Tuduhan Terbukti Pendakwa Minta Mahkamah Sabitkan Najib


Bernama

Pihak pendakwaan meminta mahkamah mensabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak atas semua tujuh pertuduhan membabitkan kes dana SRC International Sdn Bhd (SRC)
Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, berkata pihak pendakwaan berjaya menangani tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahkan kedudukan yang dihadapi Najib.
“Saya dengan rendah hati mengemukakan bahawa tujuh pertuduhan tersebut telah terbukti. Yang Arif, saya sudah selesai dengan penghujahan dan esok pihak pembelaan akan membantah penghujahan pendakwaan,” katanya selepas menyelesaikan penghujahannya hari ini.
Bagi tiga pertuduhan CBT, Sithambaram berkata Najib mempunyai pengetahuan mutlak bahawa wang RM42 juta dalam tiga akaun peribadinya adalah daripada SRC.
”Tingkah lakunya jelas sebagai seorang yang dengan sengaja melakukan kesalahan jenayah tanpa hukuman kerana kedudukannya,” katanya sambil menambah SRC mengalami kerugian sebanyak RM42 juta manakala tertuduh memperoleh jumlah tersebut.
Bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan, Sithambaram berkata Najib dapat mempengaruhi pengeluaran pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) bernilai RM2 bilion secara keseluruhan.
Terakhir bagi tuduhan pengubahan wang haram, timbalan pendakwa raya itu berpendapat mana-mana orang waras yang memegang jawatan tertinggi dalam negara akan mengambil tindakan serius jika menemui wang haram dalam akaun peribadinya.
Sithambaram berkata ia dianggap sebagai kebutaan yang disengajakan apabila Najib, 67, gagal menyoal mengenai sumber aliran masuk wang ke akaunnya.
Selalu bertindak reaktif
”Najib, sebagai pemegang akaun bank, perlu berhati-hati dan waspada mengenai dana yang masuk ke akaun peribadinya yang akhirnya dibelanjakan sepenuhnya.
"Tertuduh tidak boleh mengarahkan orang lain untuk memastikan dana diisi semula dalam akaunnya agar dia dapat membelanjakan tanpa kisah mengenai sumber dana tersebut.
"Oleh kerana tertuduh telah menghabiskan wang yang didermakan dan memulangkan sebahagian yang kemudian diterima dalam akaun banknya, bagaimana dia boleh mengeluarkan lebih banyak cek tanpa curiga akan dana di dalam akaunnya?
“Orang yang waras akan mempersoalkan jumlah (wang) yang sangat besar,” katanya.
Pada awalnya, Sithambaram berhujah bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mempunyai pengetahuan jelas mengenai perbelanjaan Najib dan mengambil langkah proaktif sebelum tertuduh mengeluarkan cek.
Katanya, walaupun tema utama pembelaan semasa perbicaraan bahawa Jho Low tidak mempunyai pengetahuan mengenai cek yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pekan itu, bukti menunjukkan ahli perniagaan terbabit mengambil langkah memastikan sentiasa ada dana yang secukupnya dalam akaun Najib.
Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram (kiri)Sithambaram kemudian membaca petikan pemeriksaan balas terhadap tertuduh untuk menunjukkan koordinasi antara Joh Low dan ketua setiausaha sulit Najib, Allahyarham Azlin Alias bagi pihak Najib; dan antara Jho Low dan bekas perdana menteri itu sendiri dalam memastikan dana mencukupi untuk menulis cek.
Petikan tersebut, antara lain merangkumi perbualan BBM (BlackBeryy Messenger) berhubung pembelian menggunakan kad kredit Najib di Hawaii apabila Jho Low memaklumkan Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu supaya memastikan pembayaran dapat dilakukan.
“Bukti pada perbicaraan telah membuktikan Jho Low bukan selalu bertindak reaktif bagi memastikan cek Najib tidak ditendang malah Jho Low cuba memastikan akaun tertuduh mempunyai dana yang mencukupi walaupun sebelum dia (Najib) mengeluarkan ceknya.
“Bertentangan dengan dakwaan pembelaan mengenai peranan reaksioner yang dimainkan oleh Jho Low, beliau aktif dan memudahkan tertuduh menguruskan akaun bank dan akaun kad kreditnya.
"Ini jelas menunjukkan apabila tertuduh dan Jho Low berkomunikasi secara langsung dan juga ketika Azlin berhubung bagi pihak tertuduh ialah memastikan cek tidak ditendang,” katanya.
Najib didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Kumpulan Ambank, No 55, Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri, Presinct 1, Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 2 Mac 2015.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.- Bernama-


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/tuduhan-terbukti-pendakwa-minta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Perlu Bebaskan Najib Daripada Tuduhan Kes Src

Mahkamah Perlu Bebaskan Najib Daripada Tuduhan Kes Src

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa mereka telah menimbulkan lebih daripada melangkaui keraguan yang munasabah...
Tuduhan Salah Guna Kuasa Pada Najib Cacat Kata Peguam Bela

Tuduhan Salah Guna Kuasa Pada Najib Cacat Kata Peguam Bela

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 304 hits
Tuduhan terhadap Najib Razak berhubung kes SRC International bernilai RM42 juta adalah cacat justeru memadai untuk bekas perdana menteri itu dibebaskan kata pihak pembelaan Peguam bela utama Najib Muhammad Shafee Abdullah semasa berhujah di...
Pm Israel Hadir Ke Mahkamah Hadapi Tuduhan Rasuah

Pm Israel Hadir Ke Mahkamah Hadapi Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 286 hits
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membidas sistem keadilan negara itu kerana mengenakan pertuduhan yang disifatkannya sebagai rekaan dan sandiwara lapor Al Jazeeera Netanyahu menjadi perdana menteri pertama menghadapi pendakwaan jen...
Kes Zahid Peguam Selar Pendakwa Buang Masa Mahkamah

Kes Zahid Peguam Selar Pendakwa Buang Masa Mahkamah

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 243 hits
PEGUAM Datuk Rosni Zahari menyelar pihak pendakwa kes membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai membuang masa mahkamah Beliau selaku peguam pemerhati dalam catatan Facebook berkata kes kes di mahkamah dibiarkan berlarutan yang tidak...
Pendakwa Berjaya Tunjuk Bukti Semua 7 Pertuduhan Ke Atas Najib Razak

Pendakwa Berjaya Tunjuk Bukti Semua 7 Pertuduhan Ke Atas Najib Razak

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 257 hits
Nampaknya kes melibatkan Datuk Seri Najib masih belum selesai dan perkembangan terbaru adalah apabila Mahkamah Tinggi diminta untuk mensabitkan bekas Perdana Menteri ini setelah pihak pendakwaan berjawa bentangkan bukti untuk semua tujuh pe...
Najib Akui Lebih Suka Riza Terus Proses Mahkamah Rungkai Fakta Sebenar

Najib Akui Lebih Suka Riza Terus Proses Mahkamah Rungkai Fakta Sebenar

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 285 hits
PETALING JAYA Najib Razak tidak menafikan bahawa beliau lebih suka anak tirinya Riza Aziz meneruskan proses perbicaraan di mahkamah Bekas perdana menteri itu berkata ia dapat memberi peluang kepada Riza dan ahli keluarga merungkai fakta seb...
Video Ini Untuk Macai Ph Bodoh Nak Faham Kes Anak Tiri Ds Najib

Video Ini Untuk Macai Ph Bodoh Nak Faham Kes Anak Tiri Ds Najib

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 341 hits
Adakah Anak Tiri DS Najib Razak seorang pencuri Adakah ayahanda Tun betul betul tertanya Mantan Peguam Negara dan Peguam Negara sekarang siapa yang menipu tontonlah ULASAN APEK CINA episod ini analisa mengenai Kes Anak Tiri bossku Riza Aziz...
Rahsia Najib Dapat Following Fb Yang Begitu Besar Terdedah

Rahsia Najib Dapat Following Fb Yang Begitu Besar Terdedah

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 353 hits
MAHKAMAH ISRAEL DEDAH BAGAIMANA RAKYAT MALAYSIA TERTIPU OLEH PERANG SIBER REJIM NAJIBSaya tertarik dengan pendedahan oleh akhbar ekonomi terulung Israel Calcalist yang membongkar tanpa ragu lagi penggunaan sistem risikan siber yang dikendal...
Najib Dr M Can T Fight Ppbm Because Of His Own Past

Najib Dr M Can T Fight Ppbm Because Of His Own Past

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 266 hits
Dr Mahathir Mohamad in the PPBM chairman s office on Friday He insists he is still party chairman PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad will be unable to challenge PPBM s decision to terminate his membership because of a law that Mahathir himse...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja

Bekas Pemain Import Liga M Antara Ditahan Dalam Op Kutip