Trump Tandatangan Perintah Eksekutif Jenama Semula Pentagon Sebagai Jabatan Perang


Trump Tandatangan Perintah Eksekutif Jenama Semula Pentagon Sebagai “Jabatan Perang”
WASHINGTON, 6 Sept (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat menandatangani satu perintah eksekutif untuk menjenamakan semula Jabatan Pertahanan sebagai “Jabatan Perang”, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Presiden daripada Parti Republikan itu menandatangani perintah eksekutif berkenaan di Pejabat Oval dan sejurus selepas itu merujuk ketua Pentagon Pete Hegseth sebagai “Setiausaha Perang”.
Kertas fakta Rumah Putih mengenai penjenamaan semula itu menyatakan bahawa istilah “Jabatan Perang” dan “Setiausaha Perang” yang digunakan sehingga selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, adalah “gelaran sekunder” kepada Jabatan Pertahanan dan Setiausaha Pertahanan.
“Saya rasa ini adalah nama yang lebih sesuai, terutama melihat keadaan dunia sekarang,” kata Trump tidak lama selepas menandatangani perintah itu, sambil menambah bahawa perubahan itu menghantar “mesej kemenangan”.
Tidak jelas pada peringkat awal sama ada penamaan semula itu akan mengikat secara sah serta-merta. Kali terakhir nama jabatan itu ditukar, ia memerlukan akta daripada Kongres AS. Perintah itu turut disertakan dengan rang undang-undang di Kongres.
Trump pada Jumaat mempersoalkan sama ada kelulusan Kongres diperlukan: “Saya tidak tahu, tetapi kita akan mengetahuinya, namun saya tidak pasti mereka perlu,” katanya, sambil menambah pentadbirannya akan menggunakan istilah itu tanpa mengira keputusan.
“Kita akan teruskan, dan kita akan teruskan dengan tegas … tetapi kita juga akan membawanya ke Kongres,” kata Trump.
Sejurus selepas penandatanganan, laman sesawang dan akaun media sosial jabatan berkenaan memaparkan nama baharu itu.
Mereka yang mengakses akaun X dan laman web jabatan berkenaan sejurus selepas penandatanganan akan melihat nama baharu itu.
Langkah tersebut telah dirancang sejak sekian lama, dan Trump pernah menyuarakan idea itu secara terbuka sebelum ini.
Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth memberitahu penyiar Fox News awal minggu ini bahawa kerajaan mahu menghidupkan kembali “etos pejuang” dan menghantar isyarat pencegahan kepada dunia luar.
Jabatan Perang pada asalnya ditubuhkan oleh Presiden George Washington pada 1789.
Sumber: Bernama
BACA: JHEAINS Akan Bantu Urus Jenazah Dua Kanak-Kanak Lemas Selepas Kenal Pasti Status Agama The post Trump Tandatangan Perintah Eksekutif Jenama Semula Pentagon Sebagai “Jabatan Perang” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/06/trump-tandatangan-perintah-eksekutif-jenama-semula-pentagon-sebagai-jabatan-perang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nestl La Cremeria Raikan Bella Astillah Sebagai Wajah Baharu Jenama Nikmati Perisa Kegemarannya Hari Ini

Nestl La Cremeria Raikan Bella Astillah Sebagai Wajah Baharu Jenama Nikmati Perisa Kegemarannya Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1876 hits
Hi Korang Setiap detik dalam hidup besar mahupun kecil wajar dihargai sepenuhnya Nestl La Cremeria menjemput Rakyat Malaysia untuk menikmati dua perisa baharu iaitu Neapolitan Royale Stick dan ChocoBerry Royale Pint Aiskrim dengan kemewahan...
Minta Pdrm Dan Semua Yang Terkait Kes Zara Memanggil Dia Sebagai Saksi Nampak Kebal Sangat Dan Palatao

Minta Pdrm Dan Semua Yang Terkait Kes Zara Memanggil Dia Sebagai Saksi Nampak Kebal Sangat Dan Palatao

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1920 hits
Joker Kami Rakyat Malaysia dengan penuh rasa rendah diri dan tanggungjawab menyeru kepada peguam hakim pendaftar acik kantin dan semua yang bertugas di mahkamah untuk memanggil Noor Ramzilaa sebagai saksi dalam kes adik Zara Terang lagi ber...
Telan Hempedu Ular Sebagai Cabaran Cacing Pita Bersarang Dalam Otak

Telan Hempedu Ular Sebagai Cabaran Cacing Pita Bersarang Dalam Otak

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 710 hits
Telan Hempedu Ular Sebagai Cabaran Cacing Pita Bersarang Dalam Otak Seorang lelaki dari wilayah Hunan China berdepan detik mengejutkan apabila doktor menemui seekor cacing parasit sepanjang 18 sentimeter dalam otaknya lapor Oddity Central D...
Anutin Charnvirakul Dipilih Sebagai Perdana Menteri Baharu Thailand

Anutin Charnvirakul Dipilih Sebagai Perdana Menteri Baharu Thailand

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1173 hits
Anutin Charnvirakul Dipilih Sebagai Perdana Menteri Baharu Thailand BANGKOK 5 Sept Ketua Parti Bhumjaithai Anutin Charnvirakul dipilih sebagai perdana menteri baharu Thailand selepas memperoleh undi majoriti di Parlimen pada Jumaat Ahli pol...
Noor Nabila Hargai Sharnaaz Ahmad Puji Komitmen Sebagai Bapa

Noor Nabila Hargai Sharnaaz Ahmad Puji Komitmen Sebagai Bapa

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1867 hits
Hantaran terbaharu usahawan dan pempengaruh Noor Nabila di media sosial bersempena ulang tahun kelahirannya mencuri perhatian ramai apabila dia menitipkan penghargaan buat bekas suami pelakon Sharnaaz Ahmad Menerusi perkongsian di Instagram...
Mahkamah Perlembagaan Thailand Pecat Paetongtarn Shinawatra Sebagai Perdana Menteri

Mahkamah Perlembagaan Thailand Pecat Paetongtarn Shinawatra Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1144 hits
Mahkamah Perlembagaan Thailand Pecat Paetongtarn Shinawatra Sebagai Perdana Menteri BANGKOK 29 Ogos Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Jumaat memecat Paetongtarn Shinawatra daripada jawatan Perdana Menteri atas pelanggaran etika dan integr...
Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5908 hits
FWD Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama Memperkasakan Kesedaran Kesihatan Keseronokan Kelestarian Pos Malaysia Berhad penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional secara rasmi bekerjasama dengan FWD penyedia takaful dan ins...
Kanak Kanak Terketar Ketar Tepi Lebuh Raya Bapa Tinggalkan Anak Sebagai Hukuman

Kanak Kanak Terketar Ketar Tepi Lebuh Raya Bapa Tinggalkan Anak Sebagai Hukuman

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2075 hits
Tular di media sosial kisah menyayat hati apabila seorang kanak kanak lelaki berusia sekitar tujuh hingga lapan tahun ditemui terketar ketar keseorangan di tepi Lebuhraya Kebangsaan China 219 wilayah Xinjiang Lebih mengejutkan kanak kanak i...
Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1567 hits
Penulis Dr Nurul Hidayah binti Samsulrizal Dr Muhammad Najmi bin Samsulrizal Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tumbuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Pegawai Perubatan Jabatan Psikitari Sultan Ahmad Shah Medical Centre Kampus IIUM Paha...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch