Mahkamah Perlembagaan Thailand Pecat Paetongtarn Shinawatra Sebagai Perdana Menteri


Mahkamah Perlembagaan Thailand Pecat Paetongtarn Shinawatra Sebagai Perdana Menteri
BANGKOK, 29 Ogos (Bernama) — Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Jumaat memecat Paetongtarn Shinawatra daripada jawatan Perdana Menteri atas pelanggaran etika dan integriti.
Dalam keputusan 6-3, mahkamah memutuskan pemimpin berusia 39 tahun itu gagal mengekalkan piawaian etika yang diperlukan bagi seorang perdana menteri susulan panggilannya dengan Presiden Senat Kemboja Hun Sen pada Jun lepas.
Paetongtarn, perdana menteri termuda Thailand yang hanya setahun berkhidmat, digantung tugas sementara pada 1 Julai selepas mahkamah bersetuju untuk mendengar kes terhadapnya.
Dalam kenyataan pada Jumaat, mahkamah menyatakan Paetongtarn tidak memenuhi kelayakan dan mempunyai ciri-ciri yang dilarang di bawah Seksyen 160(5) Perlembagaan.
Berikutan keputusan mahkamah itu, Kabinet perlu melepaskan jawatan mengikut peruntukan perlembagaan.
Sementara itu, Paetongtarn yang diiringi barisan menteri Kabinetnya, berkata beliau menerima keputusan tersebut, menyifatkan penghakiman itu sebagai satu lagi titik perubahan mengejutkan dalam politik Thailand. Beliau menegaskan kembali keikhlasan dan komitmennya untuk terus berbakti kepada negara.
“Saya ingin memberitahu rakyat sekali lagi bahawa perkara yang saya paling hargai adalah nyawa rakyat kita, sama ada anggota tentera mahupun orang awam. Niat sebenar saya, dengan tekad, sentiasa mencari jalan untuk melindungi nyawa mereka.
“Sebagai warga Thai, saya memegang dengan sepenuh hati, kecintaan yang paling mendalam terhadap Negara, Agama, dan Raja, setakat mana yang mampu dilakukan oleh mana-mana rakyat Thai. Saya akan sentiasa menunaikan komitmen ini.
“Mulai sekarang, saya berikan semangat kepada seluruh pentadbiran untuk terus membangunkan negara. Saya akan mengikuti rapat, memberi sokongan serta tenaga positif kepada Thailand setiap masa. Terima kasih,” katanya kepada pemberita di Rumah Kerajaan.
Paetongtarn turut merakamkan penghargaan kepada semua yang menyokong beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri.
Pada 19 Jun, seramai 36 senator mengemukakan petisyen ke mahkamah perlembagaan, menuduh Paetongtarn melanggar piawaian etika dan gagal melindungi kepentingan serta maruah negara ketika perbualannya yang bocor dengan Hun Sen.
Pada 1 Julai, sembilan anggota mahkamah sebulat suara menerima petisyen itu dan mengundi 7-2 untuk menggantung tugas Paetongtarn sementara menunggu keputusan akhir yang ditetapkan pada 29 Ogos.
Perbualan telefon yang bocor itu, dipercayai dirakam tanpa pengetahuan Paetongtarn dan kemudian dimuat naik di media sosial Hun Sen, menunjukkan perdana menteri Thailand itu seolah-olah cuba menenangkan pemimpin Kemboja sambil mengkritik komander Tentera Kedua Thailand kerana mengehadkan pergerakan rentas sempadan.
Paetongtarn telah memohon maaf berhubung panggilan telefon itu, dengan menjelaskan kenyataannya bertujuan meredakan ketegangan dan mencapai rundingan damai.
Sumber: Bernama
The post Mahkamah Perlembagaan Thailand Pecat Paetongtarn Shinawatra Sebagai Perdana Menteri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/29/mahkamah-perlembagaan-thailand-pecat-paetongtarn-shinawatra-sebagai-perdana-menteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Thailand Court Removes Pm Paetongtarn Shinawatra

Thailand Court Removes Pm Paetongtarn Shinawatra

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 688 hits
Thailand s Constitutional Court said Friday that suspended Prime Minister Paetongtarn Shinawatra should be removed from office In its verdict the court said although Paetongtarn did not show dishonesty and had demonstrated the required inte...
Bahagi Kekayaan Dengan Adil Pembangunan Tidak Boleh Menekan Rakyat Perdana Menteri

Bahagi Kekayaan Dengan Adil Pembangunan Tidak Boleh Menekan Rakyat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1407 hits
KUALA LUMPUR 27 Julai Agenda pembangunan negara tidak boleh mengorbankan hak dan kebajikan rakyat sebaliknya mesti dilaksanakan dengan prinsip keadilan dan keseimbangan menyeluruh nbsp Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan seb...
Jawatankuasa Sementara Akan Tadbir Gaza Selepas Gencatan Senjata Kata Perdana Menteri Palestin

Jawatankuasa Sementara Akan Tadbir Gaza Selepas Gencatan Senjata Kata Perdana Menteri Palestin

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 674 hits
Jawatankuasa Sementara Akan Tadbir Gaza Selepas Gencatan Senjata Kata Perdana Menteri Palestin RAMALLAH 18 Ogos Sebuah jawatankuasa sementara Palestin akan mentadbir Semenanjung Gaza selepas gencatan senjata dicapai kata Perdana Menteri Pal...
Anwar Gesa Ahli Parlimen Berbahas Beradab Contohi Pelajar Bahas Piala Perdana Menteri

Anwar Gesa Ahli Parlimen Berbahas Beradab Contohi Pelajar Bahas Piala Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1520 hits
KUALA LUMPUR 26 Julai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Ahli Parlimen agar meningkatkan mutu perbahasan di Dewan Rakyat dengan beradab sopan dan berasaskan ilmu Jelasnya Ahli Parlimen seharusnya menunjukkan sikap terpuji dan ...
Kes Peras Ugut Prabowo Pecat Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Utusan Malaysia

Kes Peras Ugut Prabowo Pecat Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1568 hits
Utusan Malaysia Jabatan Penyiaran Malaysia Berita Harian BERITA Mediacorp Buletin TV3
Serangan Udara Israel Di Sanaa Ragut Nyawa Perdana Menteri Houthi Kumpulan Houthi

Serangan Udara Israel Di Sanaa Ragut Nyawa Perdana Menteri Houthi Kumpulan Houthi

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1803 hits
Serangan Udara Israel Di Sanaa Ragut Nyawa Perdana Menteri Houthi Kumpulan Houthi ISTANBUL 31 Ogos Kumpulan Houthi di Yaman mengesahkan pada Sabtu bahawa perdana menteri dalam pentadbiran mereka maut dalam serangan udara Israel ke atas ibu ...
Kerajaan Bincang Cadangan Tubuh Tribunal Kes Buli Kata Perdana Menteri

Kerajaan Bincang Cadangan Tubuh Tribunal Kes Buli Kata Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2271 hits
PUTRAJAYA 20 Ogos Cadangan penubuhan tribunal bagi menangani kes buli melibatkan pelajar dan kanak kanak akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Da...
Habis La Timbalan Perdana Menteri Kita

Habis La Timbalan Perdana Menteri Kita

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1026 hits
MUDA LANCAR KEMPEN DAKWA SEMULA ZAHID HAMIDIMuda melancarkan kempen menuntut Jabatan Peguam Negara membuka semula kes Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi Zahid dilepas tanpa dibebaskan untuk 47 pertuduhan rasuah pecah amanah dan pen...
Keputusan Liga Perdana Inggeris Berita Harian

Keputusan Liga Perdana Inggeris Berita Harian

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 248 hits
Berita Harian Berita Harian Harian Metro Stadium Astro Kosmo Digital
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas

Kucing Pun Suka Makan Telur

Ex Mic Man Slams Pmx For Ushering In Deepavali Two Days Too Soon Use Open House To Make Political Statement

Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar

Nyamuk Dijumpai Buat Kali Pertama Di Iceland

Awaken Your Joy At Asia S First Lego Botanical Glasshouse Experience