Kanak Kanak Terketar Ketar Tepi Lebuh Raya Bapa Tinggalkan Anak Sebagai Hukuman


Tular di media sosial kisah menyayat hati apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar tujuh hingga lapan tahun ditemui terketar-ketar keseorangan di tepi Lebuhraya Kebangsaan China 219, wilayah Xinjiang. Lebih mengejutkan, kanak-kanak itu sebenarnya ditinggalkan oleh bapanya sendiri sebagai hukuman kerana bergaduh dengan abangnya.
Dalam kejadian pada 16 Ogos lalu, seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan tersebut berhenti selepas melihat si kecil berjalan sendirian di tepi lebuh raya. Kanak-kanak itu memberitahu bahawa bapanya menurunkannya dari kereta kerana marah selepas dia memukul abangnya yang dikatakan mengejek dirinya.
Bapa Pertahan Tindakan, Ibu Patah Balik Jemput Anak Apabila dihubungi, bapa kepada kanak-kanak itu mengakui dia memang sengaja meninggalkan anaknya. Katanya, si ibu sedang berpatah balik untuk mengambil semula kanak-kanak tersebut, manakala dia sendiri sudah memandu sejauh 1.5 kilometer.
Foto: Weibo Walaupun kemudian memohon maaf di media sosial, si bapa tetap mempertahankan tindakannya dengan alasan sudah memberi dua kali amaran kepada anaknya sebelum mengenakan ‘hukuman’ itu. Namun, tindakannya tetap mengundang kritikan ramai kerana dianggap berbahaya dan tidak sesuai untuk mendisiplinkan anak kecil.
Hukuman Tegas, Tetapi Jangan Sampai Bahaya Tidak dinafikan, disiplin adalah aspek penting dalam membesarkan anak. Namun, pakar psikologi kanak-kanak menegaskan bahawa hukuman haruslah dilakukan dengan cara selamat dan membimbing, bukannya menimbulkan trauma atau membahayakan nyawa anak.
Menurut pakar, menghukum anak dengan cara ekstrem boleh menjejaskan rasa percaya mereka terhadap ibu bapa, malah mengganggu kestabilan emosi sejak kecil. Kanak-kanak yang sering dihukum secara kasar juga cenderung membesar dengan perasaan memberontak atau menjadi lebih agresif.
Foto: Weibo Cara Lebih Selamat Didik Anak Yang Nakal Sebagai ibu bapa, berikut beberapa cara lebih selamat untuk mendisiplinkan anak tanpa menggadaikan keselamatan mereka:
‘Time-out’ di rumah – asingkan anak seketika di ruang selamat supaya mereka bertenang.
Latih kawal emosi – ajar anak mengekspresikan marah dengan kata-kata, bukan perbuatan.
Konsekuensi logik – jika bergaduh kerana mainan, tarik semula mainan itu untuk sementara waktu.
Komunikasi penuh kasih – sentiasa jelaskan kesan perbuatan mereka dengan bahasa mudah difahami.
Teladan ibu bapa – anak belajar lebih banyak daripada apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar.
Ibu Bapa, Tegas Itu Perlu, Kasih Sayang Tetap Utama Kisah ini menjadi pengajaran buat semua. Dalam niat mahu mendidik anak agar tidak membuli atau bersikap kasar, jangan sampai kita memilih jalan yang boleh mengundang bahaya. Tegas itu penting, tetapi keselamatan dan kasih sayang tetap perlu menjadi asas utama dalam setiap bentuk hukuman.
Anak-anak yang membesar dalam suasana penuh empati dan disiplin seimbang lebih mudah menjadi insan berakhlak mulia, bukannya tertekan atau ketakutan.
Sumber: Kosmo, MustShareNews


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kanak-kanak-terketar-ketar-di-tepi-lebuh-raya-bapa-tinggalkan-anak-sebagai-hukuman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Noor Nabila Hargai Sharnaaz Ahmad Puji Komitmen Sebagai Bapa

Noor Nabila Hargai Sharnaaz Ahmad Puji Komitmen Sebagai Bapa

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1708 hits
Hantaran terbaharu usahawan dan pempengaruh Noor Nabila di media sosial bersempena ulang tahun kelahirannya mencuri perhatian ramai apabila dia menitipkan penghargaan buat bekas suami pelakon Sharnaaz Ahmad Menerusi perkongsian di Instagram...
Air Mata Syukur Ibu Bapa Anak Orang Asli Pertama Bergelar Hafiz 30 Juzuk

Air Mata Syukur Ibu Bapa Anak Orang Asli Pertama Bergelar Hafiz 30 Juzuk

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2937 hits
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak yang soleh menjadi penyejuk mata dan penawar hati Namun siapa sangka seorang remaja dari pedalaman Kelantan ini bukan sahaja berjaya membanggakan keluarganya malah mencatat sejarah sebagai anak Orang A...
Taska Enggan Terima Bayi Bawah Setahun Ibu Bapa Risau Keselamatan Anak

Taska Enggan Terima Bayi Bawah Setahun Ibu Bapa Risau Keselamatan Anak

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 3437 hits
Isu pengusaha taman asuhan kanak kanak yang enggan menerima bayi bawah usia setahun semakin meresahkan ibu bapa di Selangor Kerajaan negeri menganggap perkara ini sebagai aduan serius kerana ia mendorong sebahagian ibu bapa mencari alternat...
Luluh Hati Isteri Curang Dengan Bapa Saudara Hingga 3 Anak

Luluh Hati Isteri Curang Dengan Bapa Saudara Hingga 3 Anak

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2496 hits
AgensiHenan China Seorang lelaki di Henan China luluh hati apabila mengetahui tiga anak perempuannya bukan darah daging sendiri sebaliknya hasil hubungan isterinya dengan bapa saudaranya Menurut CCTV News lelaki yang dikenali sebagai Zhou s...
Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Rakyat Ambil Peluang Cuti Panjang Merdeka

Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Rakyat Ambil Peluang Cuti Panjang Merdeka

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2492 hits
Aliran trafik dilaporkan mula sesak di beberapa lebuh raya utama hari ini seiring dengan pertambahan kenderaan disebabkan cuti ganti Hari Merdeka yang jatuh pada hari Isnin Ramai yang mula bercuti atau pulang ke kampung awal untuk menikmati...
Bapa Penyayang Fattah Amin Kongsi Momen Sweet Bawa Anak Tunggal Ke Disneyland

Bapa Penyayang Fattah Amin Kongsi Momen Sweet Bawa Anak Tunggal Ke Disneyland

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1494 hits
Perkongsian terbaru pelakon popular Fattah Amin di Instagram nyata mencuri tumpuan warganet apabila dia akhirnya menunaikan janji kepada anak tunggalnya Nur Fatima Aisya untuk bercuti ke Tokyo Disneyland Jepun Sebelum ini media sosial kecoh...
Hampa Menyusahkan Kerja Aku Dilapor Eksploitasi Anak Ke Jkm Bapa Gibran Luah Rasa Terkilan

Hampa Menyusahkan Kerja Aku Dilapor Eksploitasi Anak Ke Jkm Bapa Gibran Luah Rasa Terkilan

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3710 hits
Abang Chaq bapa kepada Baby Gibran yang terkenal di TikTok kini menghadapi tekanan besar selepas namanya dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atas tuduhan mengeksploitasi dan menganiaya anaknya Isu ini timbul selepas sebuah aduan ...
Bapa Anak Maut Selepas Makan Kari Cendawan Beracun

Bapa Anak Maut Selepas Makan Kari Cendawan Beracun

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2161 hits
Bapa Anak Maut Selepas Makan Kari Cendawan Beracun Seorang bapa dan anak perempuannya dilaporkan maut selepas memakan kari yang dimasak menggunakan cendawan yang beracun Mangsa Boonpan 78 tahun dan anaknya Wijitra 40 tahun rebah di rumah se...
Kecewa Usaha Bertahun Tahun Tak Dihargai Amp Asyik Ditolak Fadlan Hazim Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Marissa Dania Sunting Gambar Ai Sedang Peluk Dirinya Masa Kecil Lagu Putar Waktu Buat Netizen Sebak

Federal Govt Scrapped Gas Pipeline Project Not Me Says Shafie

Malaysia Bakal Miliki Tapak Pelancar Roket Pertama Asia Tenggara Menjelang 2029

Isu Istilah Kafir 2 Pemimpin Pas Dituduh Main Wayang Politik

Rebut Harta Motif Pembunuhan Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Suspek Lari Ke Luar Negara Polis

Nasi Ambeng Di Selangor

Bunuh Diri Atau Dibunuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ios 26 Apa Yang Baru Untuk Iphone 15 Pro Max Dan Pengguna Iphone Lain

Widget Top Komentar Perlu Ada Di Dalam Paparan Blog Anda

Apa Khabar Korang Dari Blogger Lama Yang Masih Berfikir Perlu Tak Tutup Je Blog Ni

Tebus Penghargaan Sara Adik Lelaki

Sambutan Birthday Makan Di Satay Bonda

Makan Roti Coffee Mix Royal Choco Menu Baru Di Roticoffee