Trip Singapore Rm 135 Sahaja Bersama Raini Travel


Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2) Assalamualaikum dan Selamat petang.. Hai reader semua, Maaf sangat-sangat Bonde terlupa nak publish rupanya entry ni di dalam draf sambungan dari entry Trip Singapore Part 1 disini persoalannya kenapa tinggal Bonde dengan Mira berdua... 


Kisah benar : Ha ha ha puncanya kami dah terlepas train dengan ahli rombongan kami, sebab leka ambik gambar terus terputus hubungan dengan ahli rombongan yang lain.  Nasib Mira ada talian hayat so Bonde bersama dengan Mira follow direction yang Aini bagi.  Naik train turun ke Merlion Plaza.
Merlion SentosaTurun train dan nampak tersergam Merlion, Kalau ke USS Singapore tidak sah, kalau tidak singgah dekat Merlion Sentosa ni, Merlion Sentosa adalah mercu tanda Singapore. Rupa tugu yang mempunyai kepala seperti singa dan badannya seperti ikan duyung ini memang menjadi tumpuan utama pelancong yang datang wajib bergambar kenangan. Jangan tanya kenapa Merlion yang ni tak keluar air dekat mulutnya. Merlion yang tu dekat Merlion Park nanti baru ada air keluar dekat mulut.


Angan-angan : Dulu-dulu pernah berangan, Kalau ke Singapore Aku nak bergambar dekat Singa, Alhamdulillah niat nak bergambar sudah tercapai, Bonde pon tak nak lepaskan peluang untuk berselfie dengan Merlion tu.. tengoklah aksi-aksi Bonde dibawah. ha ha haUntuk masuk dekat sini tiada bayaran dikenakan ia adalah "Percuma"





Kid Zania SingaporeLepas ronda-ronda dekat Merlion Sentosa, naik train dan menuju ke pintu keluar, jalan kaki dalam sepuluh minit Bonde ternampak Kid Zania Singapore.  Baguslah Pulau sentosa ni ada banyak pilihan permainan untuk semua golongan  dan peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang dewasa.

Nak masuk Kid Zania Singapore ada dikenakan bayaran, anda boleh semak dekat kaunter tiket sebelum masuk ke globe besar tadi.
Restoran Zam-ZamMemandangkan dah masuk waktu makan tengah hari, perut pun minta diisi... Sebelum ke Singapore Bonde dah google makanan femes dekat sini, Apa yang keluar dekat "result google search" tu ialah Restoran Zam-Zam, makanan yang popular dekat sini ialah.. Murtabak Singapore, Eh dekat Sepang pun ada orang jual Murtabak Singapore tapi itu versi lain, dah terlanjur datang sini Bonde kena rasa sendiri barulah original Murtabak Singapore namanya dan tak lepaskan peluang mencuba Nasi Briyani Restoran Zam Zam. 
Restoran Zam-zam berdekatan dengan Masjid Sultan jadi mudah sahaja lepas makan boleh terus solat

Info : zamzamsingapore

Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)


5 Jenis Murtabak SingaporeMurtabak Daging, 
Murtabak Kambing, 
Murtabak Ayam, 
Murtabak Sardin 
Murtabak Rusa

Murtabak Sardin Murtabak KambingNasi Briyani AyamNasi Briyani KambingNasi Briyani IkanHarga Makanan :
Harga makan dekat Restoran ni dalam Dollar Singapore yea, Jadi kalau nak makan dekat sini sediakan atau tukar duit Malaysia siap-siap.  Dekat bawah ni ada resit kami makan hari tu untuk rujukan anda ... 



Masjid SultanMengikut sejarah Singapore, Masjid ini adalah salah satu masjid tertua di Singapore dan menjadi tumpuan pelancong kerana senibina masjidnya yang sangat unik dan menarik. Teruja betul nak tengok Masjid dekat Singapore ni.. Pemandangannya memang sangat cantik sekali dari luar dah macam lukisan. Subhanallah...
Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)



Pemandangan dalam Masjid.






Malay Heritage CentrePusat Warisan Melayu (MHC) menyediakan pendedahan budaya dan peluang belajar yang luar biasa untuk pelawat dari semua peringkat umur dan kepentingan. Terletak di tengah-tengah Istana Kampong Glam, Gedung Kuning dan kawasan sekitar Kampong Glam, Pusat ini bertindak sebagai institusi warisan penting bagi masyarakat Melayu di Singapura. Pusat Warisan Melayu kini berada di bawah pengurusan Lembaga Warisan Negara dengan kerjasama Yayasan Warisan Melayu.
Dekat sini pon sesuai nak bergambar, latar belakang sangat cantik...
Info : www.malayheritage.org.sg
Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)Kampung GlamKampung Glam atau nama aslinya adalah Kampung Gelam ini menjadi pemukiman awal masyarakat Bugis dan Jawa dari Indonesia. 


Terdapat banyak lorong dekat sekitar  Kampung Glam yang menjual pelbagai jenis kain, aksesori wanita, ole-ole Singapore pun banyak dekat sini, Ianya dijual pada harga yang murah. 
Betullah apa yang Bonde baca sebelum nih, tentang Singapore bandar bersih, cantik... dan indah Bonde suka tengok kedai-kedai dekat sini masih kekalkan senibina yang unik dan sangat menarik.



Bugis Street
Bugis Street ini adalah tempat untuk membeli belah Cenderahati atau ole-ole Singapore, ada pelbagai jenis cenderahati dijual dekat sini seperti t-shirt, key chain, magnet peti ais, beg, topi, mug dan cendehati lain-lain.

Bonde dimaklumkan dekat sini harga lebih murah dan ada banyak pilihan.  Bolehlah anda membeli belah cenderahati untuk kawan dan saudara-mara dekat sini untuk dibawa balik.

Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)

Bonde tertarik hati dengan tote beg yang ada dekat kedai ni, jadi Bonde buat keputusan untuk beli... Satu untuk Fatin dan Satu Untuk Bonde.  Jadilah kan... Murah jugalah beli 2 dengan harga $15

Merlion ParkHaaa Dekat sini memang dulu berangan-angan nak datang juga.  Sebab nak tengok singa besar tu... he he he akhirnya sampai juga hajat ke sini... Alhamdulillah.  Dekat sini memang penuh dengan pengunjung dan pelancong luar, jadi kalau anda nak bergambar tu memang ada sahajalah photo bom nye geram jer tau! Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)Post wajib... Konon-kononnya minum air dari mulut singa tu wajib ambiklah nak buat kenangan.  Tapi redha jerlah tak ada makna gambar clear tanpa gangguan.
Selfie jerlah... kami tetap happy datang sini...

Gardens by the BayGardens by the Bay ini adalah sebuah taman yang mempunyai pokok yang unik dan tinggi. Dekat sini ada pertunjukan yang diberi nama Garden Rhapsody Light Show yang akan diadakan setiap hari pada 7.45 malam. Show yang sangat unik dan cantik dengan pergerakan lampunya mengikut rentak muzik yang dipasang. Garden Rhapsody Light Show ini akan ditayangkan selama 15 minit, Tapi kali ni Bonde tak sempat tengok sebab dah buat keputusan nak tengok Marina Bay Sand Light & Water Show.
Untuk masuk dekat sini tiada bayaran dikenakan ia adalah "Percuma" dibahagian luar, melainkan ingin naik ke atas pokok melalui kanopi anda kena membeli tiket terlebih dahulu.
Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)


Marina Bay Sand Light & Water ShowIni adalah tempat terakhir yang akan dilawati sekiranya anda menyertai pakej dari RAINI Travel. Kalau nak tengok Marina Bay Sand Light & Water Show ni, anda kena datang awal sebelum jam 8.00 malam . Pertunjukkan selama lebih kurang 15 minit,  Ada dua sesi waktu pertunjukkan ini iaitu sesi pertama pada 8.00 malam hingga 8.15 malam dan sesi kedua pada 9.00 malam hingga 9.15 malam. 
Tips : anda kena coplah tempat anda sebabnya ramai pengunjung dan pelancong lain datang untuk menyaksikan pertunjukan ini kalau lambat tak sempatlah nak ambik gambar dan video.   
Memang teruja nak tengok tau anda jangan ketinggalan... untuk pertunjukkan ini kalau datang Singapore.
Untuk masuk dekat sini tiada bayaran dikenakan ia adalah "Percuma"
Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)


Baiklah, Inilah kisah travel murah,  Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel kalau anda bercadang nak ke Singapore bersama anak-anak sempena cuti sekolah tak lama lagi,  Bolehlah contact hotline dibawah :
RAINI Travel & Tours Sdn BhdHotline: 016-7774594
Website | Instagram | Facebook
~ Bonde Senyum Riang ~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.bondezaidalifah.com/2019/10/trip-singapore-rm-135-sahaja-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Day Trip Pulau Kapas Bersama Travel Buddy Family

Day Trip Pulau Kapas Bersama Travel Buddy Family

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 631 hits
Day Trip Pulau Kapas Bersama Travel Buddy Family Yeay Wishlist nak ke pulau tahun 2019 berjaya di penuhi Pulau Kapas merupakan pulau kedua yang Gee jejaki selepas trip bersama family ke Pulau Perhentian bertahun yang lalu Dah lama sangat ko...
Iphone 11 Baru Sahaja Dilancarkan Dan Kini Muncul Pula Iphone 12

Iphone 11 Baru Sahaja Dilancarkan Dan Kini Muncul Pula Iphone 12

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 485 hits
Wow Ohmedia pun belum habis lagi main dengan iPhone 11 dan sekarang tersebar pula gambar yang mengatakan inilah rekaan untuk iPhone 12 Pergh baru je minggu lepas iPhone perkenalkan 3 model terbaru mereka iPhone 11 iPhone 11 Pro dan iPhone 1...
Kekayaan Negara Dirompak Rm60billion Dlm Tahun 2018 Sahaja Melalui Rasuah

Kekayaan Negara Dirompak Rm60billion Dlm Tahun 2018 Sahaja Melalui Rasuah

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 251 hits
Bekas Presiden Transparency International Datuk Seri Akhbar Satar berkata dianggarkan lebih RM60billion wang negara atau kekayaan negara telah disapu dan hilang hanya kerana rasuah pada tahun 2018 Kata beliau Manakala Datin Seri Wan Azizah ...
Nikmati Rancangan Kegemaran Anda Di Mana Sahaja Dengan Apps Paling Menarik Ini

Nikmati Rancangan Kegemaran Anda Di Mana Sahaja Dengan Apps Paling Menarik Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 282 hits
Mempunyai keluarga besar adakalahnya best sesekali bila berkumpul tu memang boleh bergelak besar dengan adik beradik Tetapi part paling tak best adalah bila The post appeared first on
Google Play Store Kini Memudahkan Pengguna Keluar Dari Mana Mana Ujian Beta Dengan Satu Butang Sahaja

Google Play Store Kini Memudahkan Pengguna Keluar Dari Mana Mana Ujian Beta Dengan Satu Butang Sahaja

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 345 hits
Google Play Store adalah gedung memuat turun aplikasi untuk pengguna Android yang sedia terbina pada mana mana peranti Android Selain daripada memuat turun ia juga menawarkan kemampuan kepada pengguna untuk sertai ujian Beta dengan mudah me...
Walaupun Bayi Tiada Gigi Wajib Bersihkan Gusi Mereka Bukan Hanya Lap Lidah Sahaja

Walaupun Bayi Tiada Gigi Wajib Bersihkan Gusi Mereka Bukan Hanya Lap Lidah Sahaja

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 398 hits
Masalah gigi memang perkara biasa yang kerap berlaku dalam kalangan kanak kanak malahan orang dewasa juga turut mengalaminya Masalah sakit gigi berlaku apabila kurangnya kesedaran tentang penjagaan kebersihan gigi sejak awal Sejak bayi lahi...
Disaat Kau Sekadar Melihat Nikmat Allah Hanya Pada Makan Dan Minum Sahaja

Disaat Kau Sekadar Melihat Nikmat Allah Hanya Pada Makan Dan Minum Sahaja

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 510 hits
NIKMAT BUKAN SEKADAR MAKAN DAN MINUM Telah berkata Abu Darda Sesiapa yang hanya menilai nikmat Allah pada apa yang dia makan dan minum maka hakikatnya sangat lemah kefaqihannya dan telah datang azabnya Kitab Hilyatul Awliya Nikmat itu bukan...
Mengapa Dividen Ltat Pada 2018 Serendah 2 Peratus Sahaja

Mengapa Dividen Ltat Pada 2018 Serendah 2 Peratus Sahaja

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 325 hits
Penjelasan mengenai mengapa Lembaga Tabung Angkatan Tentera untuk tahun 2018 serendah 2 peratus sahaja ni aku petik dari Twitter MSabu Official Berikut adalah penjelasannya Pendapatan LTAT pd tahun 2016 dan 2017 mengambil kira penjualan tan...
Awas Scammer Boleh Curi Duit Guna Whatsapp Sahaja

Awas Scammer Boleh Curi Duit Guna Whatsapp Sahaja

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 607 hits
FMT Reporters Scammer bukan perkara baru dalam negara dan ramai tahu tentang kes ini Namun ia seringkali terjadi dan modus operandinya berbeza beza dalam mencari mangsa yang mudah diperdaya Meskipun ramai yang berhati hati agar tidak terken...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025