Day Trip Pulau Kapas Bersama Travel Buddy Family


Day Trip Pulau Kapas Bersama Travel Buddy & Family | Yeay! Wishlist nak ke pulau tahun 2019 berjaya di penuhi!! Pulau Kapas merupakan pulau kedua yang Gee jejaki selepas trip bersama family ke Pulau Perhentian bertahun yang lalu. Dah lama sangat kot!! Sememangnya wishlist nak bermalam di pulau, supaya dapat menikmati panorama matahari terbit dan matahari terbenam di tepi pantai.


Namun, tidak semua yang kita idamkan akan dapat dengan mudah. Kos untuk 1 malam di Pulau Kapas untuk Gee dan keluarga lebih RM500. Untuk rakyat biasa biasa yang hanya bergelar surirumah sepenuh masa dan incik suami kerja biasa - biasa sahaja, nilai tu di luar kemampuan kami. Tapi, tak semestinya impian terbantut kat situ, sedangkan boleh capai dengan cara yang lain. Eh! Macam tak sesuai je tajuk entry dengan intro. Hahahaha!


Cut it short now Sis Gee! So! Me dan juga travel buddy hot and spicy Mek Yunie telah merancang untuk day trip ke Pulau Kapas pada 13 September yang lepas. Berkebetulan birthday si sulong Arsyad pada 12 September, so trip ni boleh juga di kategorikan sebagai birthday trip untuk Arsyad.

Day Trip Yang Menyeronokkan Bersama Keluarga di Pulau Kapas, Marang, Terengganu


Urusan tempahan boat telah diuruskan oleh Mek Yunie. Thanks to her sebab permudahkan urusan Gee dan family. Hehe. Untuk day trip ke Pulau Kapas korang boleh memilih pakej boat transfer sahaja atau pakej yang lain termasuk snorkelling dan lunch di Pulau Kapas.


Untuk pakej bajet, kami memilih untuk mengambil pakej boat transfer sahaja pergi dan balik. Jimat dan yang penting dapat sampai ke pulau dengan selamat.

Pakej Boat Transfer Murah Dari Mak Cik Gemuk Boat Service



Untuk pengetahuan korang, ada banyak tau travel agency, agent atau servis yang membuat servis pakej ke Pulau Kapas. Ia bergantung pada kita selesa dan mampu dengan servis yang ditawarkan. Untuk pakej boat transfer dari Mak Cik Gemuk Boat Service, bagi Gee harga tiket yang ditawarkan agak berpatutan iaitu RM39 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak - kanak yang berumur 5 tahun ke atas. Harga tiket adalah untuk return tiket.


Jumlah Kos : 2 tiket dewasa + 2 tiket kanak - kanak
RM 39 + RM39 + RM20 + RM20 = RM 118
Ardini & Aqil free belum cukup umur 5 tahun
Eksplorasi Bermula Bersama Keluarga Mek Yunie!



Kami berjumpa di Jeti Marang lebih kurang jam 11.45 pagi. Selepas urusan bayaran tiket di kaunter Mak Cik Gemuk Boat Service, kami terus ke jeti untuk menaiki bot ke Pulau Kapas. Wah ketika itu anak - anak semua dah excited! Aish mak mak pun excited sama kot nak naik speed boat! Haha


Perjalanan boat ke Pulau Kapas hanya 15 ke 20 minit sahaja. Untuk korang yang membawa anak kecil, korang disarankan untuk memeluk mereka sepanjang perjalanan atas boat. Bukan apa, risau terpelanting ke, terjatuh ke, tergelincir ke. Eh! Seram pulak! Hahahaha! Yang penting kena pakai life jaket yang disediakan sepanjang atas boat okay

Jimat Bajet Makanan Dengan Berkelah Dengan Makanan Sendiri


TIPS JIMAT DAY TRIP PULAU KAPAS adalah bawa makanan sendiri dari darat. Kami dah plan awal - awal untuk ber'picnic' di Pulau Kapas. Memandangkan Mek Yunie travel jauh dari Kelantan, so Gee sediakan menu - menu ringkas untuk kami makan bersama di Pulau Kapas. Ada bihun goreng, mee goreng, nugget, roti sandwich, buah tembikai, kerabu maggi, air oren, dan juga wonda latte! Owh air putih wajib bawa juga ye!


Untuk berkelah semestinya kena bawa tikar sekali. Tikar boleh gunakan untuk letakkan makanan disebabkan semua akan basah dan berpasir nanti. 
Port berkelah korang boleh pilih mana - mana tempat di Pulau Kapas kecuali kawasan yang dilabel sebagai private beach. 
Mulakan Aktiviti Mandi Manda, Jalan - Jalan Pantai, Bermain Ikan Kecil dan Makan!




Serius air sangat sejuk! Bila dari darat, nampak panasnya anak - anak bermandi manda. Tapi bila kaki korang sendiri masuk dalam air tu, terus lupa kulit terbakar, kulit gelap disebabkan sun burn. Hahahaha! 

Anak - anak excited bila ternampak ikan - ikan kecil berenang berhampiran mereka. Siap boleh tangkap! Mau tak teruja wei!


Owh! Jangan lupa bawa set mainan pasir tu tau! Sangat berguna untuk anak - anak bermain pasir sepanjang di Pulau Kapas nanti.


Bila lapar, naik makan bekal yang di bawa. Kemudian sambung main air balik. Nikmatnya

Dan semestinya ibu dan mommy sempat ber 'me' time untuk bersembang berdua, berkongsi cerita, updates perihal anak - anak dan bagi hint untuk next location untuk travel bersama. Hahahahahha


Ada banyak kulit siput, kulit kerang, terumbu karang dan pelbagai lagi lah yang ada di pesisiran pantai Pulau Kapas. Anak - anak memang seronok jumpa terumbu karang ( tak tau nama betul ke tak ) sebab ada pelbagai bentuk!


Sambil kami jalan di tepi pantai, nampak pulak satu makhluk hitam yang agak menggelikan. haha! Dan ia bergerak!! Semua risau nak sentuh sebab takut nanti gatal kat kulit. Rupa - rupanya gamat. Haha! So, kami biarkan je kat situ. Hehe.


Ada kawasan pantai yang berpasir sahaja, ada yang berbatu dan ada yang batu yang jenis bercangkerang. Batu bercangkerang pun buleh! Yang pasti kalau dipandang Gee rasa macam geli, kalau duduk terasa tajam cangkerang tu, kalau amek gambar memang lawa!!


Kalau nak tengok gambar lawa - lawa dari travel buddy Gee korang boleh baca story Mek Yunie kat SINI

Jom Plan Percutian Damai dan Tenang di Pulau!!


Tak puas walaupun kami balik dengan boat terakhir iaitu jam 5,30 petang. Haha! Maybe next time ada rezeki boleh explore pulau lain pula di Terengganu. Untuk korang yang merancang nak ke pulau, jangan lupa cari info dan tips yang berguna untuk korang sepanjang percutian nanti. Kalau nak cuaca cantik nak kena tunggu tahun depan pula. So, sempatlah nak plan bajet, cuti, penginapan dan perjalanan nanti

"Aku lihat. Aku dengar. Suara tenang di situ. Jauh aku tenung. Jauh masalah aku pergi. Sesekali ombak menghempas pantai. Sengaja kakiku mencari buih ombak. Terasa nyaman. Aku suka. Damai di sini. Tenang di sini. "
with love,Sis Gee 

#sisgeejalanjalan#pulaukapas



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sisgee.com/2019/09/day-trip-pulau-kapas-bersama-travel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Rhu Day 1 On The Way

Pulau Rhu Day 1 On The Way

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 478 hits
as salam Kami bertolak dari rumah pada 9 00 pagi ke Jeti Kg Raja di Kuala Besut Perjalanan kami memakan masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke Kuala Besut Jalan agak sesak di Kuala Besut disebabkan Pasar Pagi Menarik juga pasar pagi di ...
Sibu To Kl Trip First Day In Kuala Lumpur City

Sibu To Kl Trip First Day In Kuala Lumpur City

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 456 hits
aku ada cerita pengalaman pertama kali naik kapal terbang kat sini ini adalah kali pertama aku travel excited terlebih sebab first time keluar daripada sarawak dan pergi tempat yang agak jauh lol so for this first one aku cuma ikut orang ke...
Zoey Hanafiah Day 1 Day 2 Trip In Penang

Zoey Hanafiah Day 1 Day 2 Trip In Penang

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 304 hits
Instagram Gambar yang dirasakan belum up admin up jugak Archieve disk sudah nak penuh
Ayiee Lee Day 1 And Day 2 Trip In Penang

Ayiee Lee Day 1 And Day 2 Trip In Penang

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 332 hits
Baru ada masa nak update balik gambar haritu Terasa lama gila baru nak up Tak banyak nak explain just gambar saja berbicara Instagram Hope to see you again
Family Day Di Melaka Part 1

Family Day Di Melaka Part 1

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 313 hits
Family Day di Melaka Part 1 Assalamualaikum semua Terima kasih korang yang sentiasa rajin singgah blog nieyl dan tinggalkan komen walaupun nieyl ada take break sekejap sebab terlalu sibuk menguruskan kerja dan juga program family Ok hari in...
Jerebu Teruk Balik Pulau Hari Ini

Jerebu Teruk Balik Pulau Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 697 hits
Jerebu Teruk Balik Pulau Hari Ini is masa dok tengah mandi tadi dalam dok mamai mamai tu ternampak la keadaan diluaq ikut lubang bata bilik air perrghh asap saja kat luaq umah Putih ja jerebu kali nie memang terang lagi bersuluh jerebu asap...
Jerebu Sekolah Di Pulau Pinang Putrajaya Kl Selangor Ditutup

Jerebu Sekolah Di Pulau Pinang Putrajaya Kl Selangor Ditutup

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 493 hits
PUTRAJAYA 18 Muharram 1441H Rabu Semua sekolah dan tadika di Selangor Pulau Pinang Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup selama dua hari bermula esok umum Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek hari ini Beliau berkata penutupan sekolah dan tadika...
19 Penerbangan Di Lapangan Terbang Pulau Pinang Terjejas Akibat Jerebu

19 Penerbangan Di Lapangan Terbang Pulau Pinang Terjejas Akibat Jerebu

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 527 hits
George Town Sebanyak 19 penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bayan Lepas dekat sini terjejas ekoran jerebu semakin teruk dan jarak ketampakan rendah Pengurus Kanan LTAPP Mohd Nadzim Hashim berkata sehin...
Semua Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Esok

Semua Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Esok

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 376 hits
GEORGE TOWN 18 Sept Semua sekolah di Pulau Pinang ditutup esok berikutan keadaan jerebu semakin teruk dan Indeks Pencemaran Udara di beberapa kawasan mencatatkan sangat tidak sihat sehingga 5 petang ini Pemangku Pengarah Pendidikan negeri A...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien