Trip Cuti Sekolah Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang
Sekarang musim cuti sekolah. Kalau masih tak ada plan meh sini aku share idea. Selain korang boleh tengok trip short vacation aku dekat sidebar blog ni. Aku tambah lagi satu tempat untuk bawa family jalan-jalan. Trip cuti sekolah ke Kuantan, Pahang. Boleh ke pantai Teluk Cempedak dan juga Gambang Waterpark. Plan asal nya family aku memang nak ke sana tapi aku dengan laki aku sekarang dah susah nak cuti so kami memang tak booked apa-apa langsung. Gerak kesana pun Jumaat malam check in hotel dekat 3.30 pagi. Hahahah jangan tanya la rate bilik berapa bila walk in. Nak murah sikit booking online.
Sri Manja Boutique Hotel Kuantan
(laki aku saja buat-buat tidur)
Kami stay dekat Sri Manja Boutique Hotel Kuantan. Dekat dengan UIA. Adik aku ada kenduri kawan dia area sana so dia booking hotel tu. Masa dia booking tu murah weh dalam RM90/night tapi masa kami walk in tu RM160 macam tu. Hahaha Nasib la kan lepas tu malam kedua tu laki aku tukar bilik lain upgrade family room dalam RM190 kot. Dia yang settle semua aku tak sure sangat sebab nak 1 floor yang sama dengan family aku kan so ambil je yang ada. Asalnya nak tukar japanese room tapi tu tingkat lain so laki aku ambil family room. Nasib baik la ada. Gambar atas ni family room. Gambar bilik sebelum tu tak ambil pun sebab dah lewat kan sampai.
Boleh kata trip ni asal boleh je sebab memasing busy janji dapat join. Aku pun patut cuti tapi kena cancel cuti hari Jumaat tu sebab ada kerja urgent pula. Tu yang balik kerja dah lewat malam pun laki aku ajak je gerak terus dari tak pergi langsung mau murung aku. Hahah
Sabtu pagi adik aku ajak tengok Ejen Ali the movie so apa lagi aku on je la. Laki aku kena standby kerja so dia tak ikut. Si adik pun tengah tidur so tinggal je dekat hotel. Jadi la trip movie dengan adik-adik dan seketul anak je. Heheheh Ejen ali memang best gila la.
Balik tengok movie pergi makan dan swimming dekat hotel pula. Memang musim hujan kan masa pergi ni tapi tengok cuaca elok dan pool kosong tu yang semua turun juga tu. Suka la budak-budak tu dapat jumpa air. Lepas tu hujan makin lebat so balik bilik. Heheh Syarat sekarang cari hotel wajib ada swimming pool kalau ada budak-budak ni. heheh
Pantai Teluk Cempedak
Dah petang dan cuaca pun okay sikit boleh la ke pantai. Ombak besar pun ada orang mandi. Ada laluan jambatan kayu dekat belakang sana tapi malas nak berjalan dan situ banyak gila monyet. Lepak dekat tepi pantai ni je. Ni kira pertama kali Amsyar jejak pantai. Dia okay je beza dengan abang dia dulu geli pasir. Yang adik ni bukan main suka lagi dapat pergi pantai. Diam je dia sepanjang dekat sini. Tak bagi orang dukung dia ada la. Hahahah
Bukan main lagi pantai sini ea kedai-kedai semua nak best je. Dulu adik aku kerja dekat Kuantan, dia kata suka lepak sini je lepas kerja tapi memang nampak best pun. Banyak kedai hipster dan bukan biasa-biasa dekat sini. Starbucks, mcD, Sushi King, Subway dan banyak lagi kedai untuk mengopi dan melayan perasaan. hahaha. Playground untuk budak pun ada. Patut la sini meriah sampai ke malam.
Nampak gaya si adik suka gila pantai. Next trip kita nanti pantai juga dik tapi harap kalau ada island hopping dia okay je la dalam bot. Kalau tak okay tinggal je dia. kui kui kui. Abah dengan adik aku lagi sorang tak ikut pergi pantai ni sebab adik aku tidur. Ishh laaa orang nak jalan dia tidur.
Okay next kita ke Gambang Waterpark =)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.athirahassin.com/2019/12/trip-cuti-sekolah-pantai-teluk-cempedak.html