Kenapa Aku Bercuti Dan Perlukah Bercuti Waktu Cuti Sekolah


KENAPA AKU BERCUTI PERLUKAH BERCUTI WAKTU CUTI SEKOLAH DAN TIPS SEBELUM BERCUTIAssalamualaikum. Kenapa aku bercuti? Kenapa bercuti waktu cuti sekolah sedangkan waktu ini harga lebih mahal, tempat-tempat percutian sesak, ramai orang dan sentiasa penuh. Inilah yang bermain dalam fikiran saya bila tengok orang lain bercuti pada waktu suatu ketika dahulu sehinggalah saya merasai sendiri dan jumpa jawapannya. Kenapa aku bercuti waktu cuti sekolah


Masjid Daerah Songkhla
Gambar diatas diambil ketika kami sekeluarga bercuti ke negara sempadan iaitu Thailand berlatar belakangkan Masjid Daerah Songkhla.

Dalam artikel ini saya cuma nak kongsikan kenapa pergi bercuti dan fokus pada bercuti di waktu cuti sekolah. Mesti kita semua sedia maklum cuti pada waktu sekolah ini ada beberapa cabarannya iaitu tempat penginapan penuh dan harga lebih mahal, sesak, begitu juga tempat makan dan lain-lain lagi

Musim cuti sekolah kita akan lihat ramai orang pergi bercuti. Bila lihat orang pergi bercuti jangan terus kata wah banyaknya duit dia pergi bercuti. Wah nampak hebatlah pergi bercuti. Itu yang kita nampak, yang kita tidak nampak bagaimana 'struggle'nya dia untuk merancang percutian tersebut. Sebelum menjawab soalan artikel ini kita bincang sikit mengenai perkara-perkara yang perlu dilihat sebelum bercuti

LOKASI TEMPAT BERCUTILokasi percutian adalah berbeza setiap individu mahupun keluarga. Apa paling penting percutian tersebut memberikan seribu makna dan kebahagiaan. Bahagia tidak kenal mahal atau murah dan jauh atau dekat lokasi tersebut.

Ada orang bahagia bila bercuti ke bandar-bandar mewah, ada orang bahagia bila bercuti di puncak gunung, ada orang bahagia bila bercuti atas laut. Setiap dari kita lain-lain citarasakan.

Pilihlah lokasi yang kita suka bukan ikut orang. Orang bercuti ke Dubai, kita pun nak pi sedangkan kita tak mampu. Bila tidak mampu maka akan timbul macam-macam masalah dan akhirnya tak jumpa apa yang kita inginkan dalam percutian.

Kalau dah minat ke bandar-bandar jangan pula ikut orang bercuti ke dalam hutan, nanti tak selesa kerap berungut itu ini akhirnya tak jumpa juga apa yang kita inginkan dalam percutian.

Rancanglah lokasi yang betul-betul kita suka. Kalau rasa mahal simpanlah sikit demi sikit dah cukup baru pergi atau cari lokasi hampir sama tapi lebih murah.

Kalau tanya pendapat saya, lokasi macam mana yang saya suka? Saya lebih ikut majoriti. Seandainya yang lain suka insyaallah saya suka juga. Saya mudah menyesuaikan diri dengan mana-mana lokasi. Kalau boleh asalkan tempat tersebut bersih.

CUTI SEKOLAH : Hampir kebanyakkan tempat bercuti akan penuh dan sesak. Kalau dah sesak banyakkan bersabar ingat kenapa tujuan kita bercuti. Jangan marah-marah.


M Boutique Hotel terlambat booking cuma tinggal tandas lutisnar tanpa penghadang
PENGINAPAN KETIKA BERCUTIPenginapan juga sama macam lokasi atas citarasa sendiri. Ada orang jarang-jarang bercuti sekali bercuti pilih tempat yang mahal-mahal. Kepuasan katanya. Setuju masing-masing punya citarasa. Ada juga orang yang memilih hotel-hotel murah katanya "alah tempat tidur dan mandi saja pun" betul juga setuju juga

Apa yang penting rancang percutian dan bajet sebaik-baiknya. Pilih yang anda dan keluarga suka. Kalau suka tempat ada 'infinity pool' buat apa pilih hotel bajet. 
Macam saya boleh kata mana-mana pun saya ok. Ikut bajet yang ada. Ada duit sikit untuk percutian bajet kita buat cara bajet. Kalau ada duit lebih bolehlah tengok hotel cantik-cantik yang nyaman nak tidur. Bukan selalu kan... dapat rasa pengalaman. Reward untuk keluarga

Ada masanya homestay juga dipilih untuk bersama keluarga iaitu bersama keluarga besar. Simpan duit berbulan-bulan termasuk duit untuk masak, baju dan lain-lain semata-mata untuk bersama keluarga bukan selalu. Paling penting dapat rapatkan ukhuwah

CUTI SEKOLAH :  Tolonglah tempat lebih awal lebih-lebih lagi tempat tumpuan setiap tahun macam Cameron Highland dan sebagainya. Risau dah berjalan jauh semua tempat penginapan penuh.  Tidur dalam kereta lah hehe

Penah juga pengalaman tinggal di hotel bajet Cameron Highland tempat sejuk tapi 'water heater' rosak. Kesian Cik Puteri kena mandi sejuk-sejuk huhuhu. 
Zaman sekarang dah canggih book guna telefon gunakan teknologi yang ada ok


Pengangkutan ketika bercuti
PENGANGKUTAN KETIKA BERCUTIPengangkutan satu perkara yang penting dalam percutian. Jangan main tangkap muat ikut cara orang juga. ada orang boleh berjalan berkilometer sambil galas beg. Kita tengoklah keadaan kita dan keluarga. Kalau keluarga tak suka jalan jauh-jauh jangan paksa. Melainkan masing-masing memang suka aktiviti lasak. Panjat gunung pun boleh gelak-gelak lagi

Jadi ikut kesesuaian. Pernah juga saya dan keluarga ke Hatyai menggunakan keretapi. Untuk bahagian di Malaysia tiada masalah tetapi bila sampai bahagian Thailand kena beratur sejam dan lebih untuk beli tiket dan pemeriksaan imigresen. Alhamdulillah semua suka dan seronok

Di sebelah hatyai kami dah rancang untuk naik tuk-tuk. Nak rasa pengalaman la kan. Akhirnya kami dapat rasai suka duka naik tuk-tuk dan keretapi

Tanya diri sendiri mana yang lebih disukai. Pengangkutan awam atau persendirian. Tepuk dada tanya selera. Naik moto pun macam best kan

CUTI SEKOLAH : Bila cuti sekolah ini kalau guna kenderaan persendirian mungkin susah nak cari parking di tempat tumpuan. Kalau hotel ada parkir tinggal jela dekat hotel naik grab ka senang sikit tak perlu berjam-jam cari parkir pastu kena saman lagi. Rancang sebaiknya


ROTI CANAI GEMAS ROAD klik gambar untuk baca lebih lanjut

MAKAN KETIKA BERCUTIBila cerita bab makan tengoklah apa yang kita inginkan ketika bercuti. Ada orang bercuti cuma nak lihat permandangan atau tempat-tempat menarik jadi kos untuk makan kurangkan atau masak sendiri. Ada juga orang bercuti untuk menikmati makanan di tempat orang

Kalau dah jenis suka kedua-duanya maka bajet kenalah lebih sedikit. Kalau tanya saya tentang makan, mengikut pengalaman memang susah nak catu. Melainkan kalau dah pernah sampai atau dah pernah cuba bolehlah makan tempat lain yang lebih murah. Tapi kadang-kadang tu takut nak cuba kedai baru, takut tak kena selera hehehe

Tetapi masih mengikut bajet yang dibawa. Tak boleh berbelanja lebih. 
CUTI SEKOLAH : Lagi kena bersabar. Ini kerana orang tempatan pun mai makan orang luar pun nak makan juga. Jangan bergaduh-gaduh cuba lihat waktu yang tak ramai orang atau gunakan syarikat penghantaran makanan

Contoh Nasi Kandar Deen Maju Penang boleh cecah sejam lebih di waktu cuti. Baca disini >> Deen Maju Nasi Kandar Penang Satu Jam 16 Minit <<
BAJET KETIKA BERCUTIBajet untuk pergi bercuti penting. Bajet bukan ikut suka tapi ikutlah perkara-perkara diatas iaitu lokasi, tempat tinggal, pengangkutan dan makan. Jangan lupa sediakan bajet kecemasan. Mana tahu tayar kereta pecah ka, kena tinggal sehari lagi ka, atau lain-lain keadaan

Bajet seperti biasa ikut kemampuan jangan ikut orang. Buatlah bajet sebulan ka 6 bulan ka setahun ka yang penting tercapai apa yang kita atau keluarga inginkan


KENAPA AKU BERCUTI DAN KENAPA BERCUTI DI WAKTU CUTI SEKOLAH?
Sebelum ini saya sendiri pun tertanya kenapa orang bercuti di waktu cuti persekolahan. Bukankah lebih mahal, lebih sesak dan lebih segalanya. Waktu tu anak saya sendiri belum sekolah. Nak pergi bercuti cuma tunggu bajet cukup kemudian tunggu cuti lulus tak perlu tunggu cuti sekolah

Bila anak dah mula sesi persekolahan, terasa betapa pentingnya hari-hari persekolahan. Kalau boleh tak mahu anak tinggalkan walaupun sehari jika tiada kecemasan atau sakit

Ibu bapa pula bila anak dah sekolah jadual lebih padat. Hantar anak, ambil anak kalau ada yang ke sekolah agama di sebelah petang atau tusyen dan sebagainya fuh memang sibuk kesana kesini. Malam baru boleh berehat. Ada diantara kawan-kawan jam 10 malam baru sampai rumah setiap hari

Jadi cuti sekolah adalah waktu terbaik untuk sama-sama berehat dan luang masa bersama. Walaupun lebih mahal, lebih sesak dan segalanya inilah saja masa yang terbaik untuk bercuti

Bercuti pula tidak terhad seperti tidur hotel, ke luar negara, makan paling mahal atau sedap balik kampung juga boleh dianggap sebagai bercuti. Jumpa keluarga sahabat handai kongsi pengalaman, gelak tawa bersama itupun sudah cukup bermakna

Jadi rasanya anda semua dah dapat jawapan bukan sebab apa aku bercuti

Setakat ini dahulu mudah-mudahan artikel ini memberi manfaat dan makna dalam kehidupan kita semua. Rancang percutian, rasai pengalaman dan ambil perkara positif yang dijumpai serta amalkan dalam kehidupan seharian kita 

SELAMAT BERCUTI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.arzmoha.com/2019/12/kenapa-aku-bercuti-dan-perlukah-bercuti-waktu-cuti-sekolah-dan-tips-sebelum-bercuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Art Dengan Avataron Sempena Cuti Sekolah

Aktiviti Art Dengan Avataron Sempena Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 487 hits
AvatarOn By Schneider Electric Cuti sekolah dah mula Selalunya bila cuti sekolah anak anaklah yang paling excited tapi buat ibu bapa cuti sekolah adalah satu masa yang paling mencabar Pening kepala nak fikir idea nak buat aktiviti apa untuk...
Nikmati Menu Tony Roma S Rib Rib Holiday Sepanjang Cuti Sekolah

Nikmati Menu Tony Roma S Rib Rib Holiday Sepanjang Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 503 hits
Cuti sekolah merupakan waktu yang baik untuk meluangkan masa bersama keluarga Ini juga merupakan masa yang cukup sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga besar untuk berkumpul dan mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan Kalau rasa nak c...
Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 491 hits
Cuti sekolah tahun ni mama sekeluarga tak ke mana mana pun Sejak kaki mama injured aritu memang mama susah dah nak berjalan In fact nak g shopping mall beli barang harian pun malas So memang Syafi pun tak kemana mana lah Duduk rumah aje Cum...
Aktiviti Sepanjang Cuti Sekolah

Aktiviti Sepanjang Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 356 hits
Assalammualaikum Dunia Saya ikut papa carik basikal untuk dak abang Gelagat dak abangHaaaa hampir dua minggu berlalu Baru Nak up kat sini Bukan nyer ada apa yang special pon Tahun nie kawe tak gi mane mane sebab kekangan kerja cikhubby Apa ...
Aktiviti Cuti Sekolah Hujung Tahun Anak Tadika

Aktiviti Cuti Sekolah Hujung Tahun Anak Tadika

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 1209 hits
Hanya tinggal 17 hari sahaja lagi sebelum sesi persekolahan tahun 2020 bermula Tak sanggup membayangkan Auni yang kecil akan mula menginjak ke usia baru dan pasti akan kembali sibuk selepas ini Setiap hari bersama walau kadang perangainya m...
Trip Cuti Sekolah Bukit Gambang Waterpark Pahang

Trip Cuti Sekolah Bukit Gambang Waterpark Pahang

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 475 hits
Matlamat utama sebenar nya nak ke Bukit Gambang waterpark ni la Check out pagi pagi terus gerak kesana awal sebab nak booked tempat dalam tu Cuti sekolah ni walaupun musim hujan tak tentu juga takut ramai kan Breakfast siap siap dekat hotel...
Trip Cuti Sekolah Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang

Trip Cuti Sekolah Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 751 hits
Sekarang musim cuti sekolah Kalau masih tak ada plan meh sini aku share idea Selain korang boleh tengok trip short vacation aku dekat sidebar blog ni Aku tambah lagi satu tempat untuk bawa family jalan jalan Trip cuti sekolah ke Kuantan Pah...
11 Taman Tema Air Paling Popular Di Malaysia Pada Musim Cuti Sekolah Ini

11 Taman Tema Air Paling Popular Di Malaysia Pada Musim Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 660 hits
Taman Tema Air Di Malaysia Yang Paling Popular Musim Cuti Sekolah Apabila tiba cuti sekolah inilah masanya untuk anak anak dan ibu bapa bersuka ria bersama Namun apalah erti sesebuah percutian tersebut bagi anak anak jika ianya tidak meliba...
Rib Rib Holiday Menu Special Dari Tony Roma S Bersempena Dengan Musim Cuti Sekolah

Rib Rib Holiday Menu Special Dari Tony Roma S Bersempena Dengan Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 427 hits
Tidak lama lagi kita bakal menyambut tahun baru dan sebagai penutup tirau untuk 2019 ni apa perancangan korang semua Semestinya korang nak celebrate dengan keluarga dan paling tidak pun dengan si dia yang tersayang Seperti yang sedia maklum...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023