Hari Terbuka Tudm Kuantan Pahang 2019



Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019 ︱Assalamualaikum dan Hai. Lama tak bersiaran di blog terchenta. Senarai di bahagian draft penuh dengan tajuk sahaja akan tetapi isi didalamnya masih kosong. Jadi paksa juga diri update kisah di blog ni walaupun kisah ini berlaku telah lama iaitu pengalaman berkunjung ke Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang. Sebelum ni ada juga pameran di situ tetapi tak sempat nak pergi, jadi kali ni memang kena pergi sebab dah lama teringin kan



Yang ralatnya disini sebab tak daftar untuk larian di landasan RUNWAY RUN 6KM . Bukan senang kot nak merasa lari atas trek tu tapi dah full. Try juga whatsapp orang yang uruskan  dan dia bagitahu dah penuh. Lepas tu CR tanya lagi boleh ke nak join jugak lari tapi tak pakai tshirt larian dan tak yah medal dan jawapannya BOLEH . Tetapi tu la, tak pergi jugak akhirnya. hahaha
Motif utama nak ke Hari Terbuka TUDM adalah nak tengok pertunjukkan udara. Mula-mula plan asal nak pergi sesi pagi sebab kononnya nak join runway run tu kan, tetapi tak jadi sebab rasa macam terkejar-kejar lak. Pertunjukkan udara pulak ada dua sesi Pagi dan Petang jadi haruslah pilihan CR petang. Untuk pertunjukkan udara sesi petang bermula jam 2.30 dan CR pun geraklah awal dari Bera sebab tahu dah nanti mesti akan ada masalah nak parking kereta kat mana

Rupanya bukan masalah parking yang menjadi masalah utama tetapi masalah kesesakan jalan menghala ke sana. Jarak nak sampai ke tempat pertunjukkan tu dalam 7km je tetapi sangkut dengan Jammed kena tunggu hampir sejam lebih. Memang rasa nak patah balik dah masa tu sebab tak sanggup nak hadap lama sangat , lepas tu perangai rakyat Malaysia yang suka potong line. Semua nak cepat kan, bertolak ansur la,kalau dah semua potong line barisan macam tu je,memang lambat la kami  sampai.

Disebabkan dah lambat, CR nekad juga masuk kedalam pangkalan udara tu dan cari parking didalam.Alhamdulillah dapat lah parking dalam tu walaupun jauh juga. Pengunjungnya ya Allah ramai sangat, patut lah jalan jem dan parking penuh kiri kanan jalan. Semua tak mahu lepaskan peluang tengok pertunjukkan udara dan hari terbuka TUDM ini. 
Sebelum CR mulakan cerita jom tengok video yang CR sempat rakam ketika hari kejadian. Rakam guna handphone biasa je jadi kualiti gambar tidak begitu cantik. Selamat menonton.


Tujuan utama penganjuran Hari Terbuka ini adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat aset-aset TUDM serta peranan yang dimainkan oleh ATM terutamanya TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara. Nasib la sempat juga tengok pertunjukkan udara ini. Kalau tak ralat juga rasa. Antara pertunjukkan udara yang ditunjukkan untuk para pengunjung

• PESAWAT HAWK Mk 108/208• PESAWAT PC-7 Mk II• PESAWAT F/A-18D• PESAWAT EC 725 AP• PAYUNG TERJUN• ABSEILING• FAST ROOPING• PESAWAT SU-30 MKM

(Sumber gambar : FB Kerajaan Negeri Pahang)
Gambar selepas letupan pyrothecnic , sedang molek je CR sampai terus bermula pertunjukkan udara. Teruja sangat bila tengok di depan mata walaupun cuaca panas, kami semua tetap tak berinjak dari tempat masing-masing. Menurut sumber akhbar, hampir 51300 pengunjung yang hadir ke pertunjukkan udara dan pameran hari tersebut.

CR tak lepaskan peluang bergambar dengan juruterbang TUDM
Pertunjukkan udara melibatkan aerobatik dan formasi pesawat yang sangat luar biasa dan menarik hasil daripada juruterbang TUDM yang terlatih. Dari situ terbukti kecekapan mereka mengendali pesawat tersebut.

Antara ahli PASKAU  yang membuat persembahan payung terjun
Satu lagi persembahan yang CR nanti-nantikan adalah persembahan daripada Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU)  iaitu persembahan payung terjun. Kita di bawah menanti mereka turun dengan teruja, mereka diatas sana tu ape lah perasaan dia kan.





Sangat-sangat-sangat teruja tengok live depan mata mereka turun seorang demi seorang dengan selamat. Selalu main PUBG kita jump dari pesawat kan, sekarang tengok depan mata da. Dari sekecik-kecik burung di atas sana, sehinggalah selamat mendarat. PASKAU yang berpengalaman dan bukan calang-calang team mereka ini



Bomba TUDM


Selain daripada persembahan daripada PASKAU, Bomba TUDM, Pasukan Kombo dan Pancaragam Pusat turut menggamitkan lagi suasana Hari Terbuka disamping dengan Pameran statik pesawat TUDM. Pameran Statik yang melibatkan beberapa buah pesawat ini memberi peluang kepada masyarakat melihat pesawat-pesawat TUDM dengan lebih dekat. Antara pesawat terlibat adalah EC 725 AP, PC 7 MK II, MB 339 CM, HAWK, F/A-18D, SU-30 MKM, C130H, CN 235 dan A400M. Skuadron 401 TUDM pula mempamerkan aset STARSTREAK


Di dalam pesawat CN235
Orang ramai beratur nak naik pesawat
Para pengunjung berpeluang untuk naik ke dalam pesawat yang dipamerkan juga. Ramai sangat beratur dan CR hanya sempat merasa naik sebuah pesawat sahaja iaitu CN 235-220M sahaja. Akan tetapi itu dah cukup bermakna sebab dapat pengalaman sebegitu rupa. hehe. Pesawat yang besar sikit tu tak sempat nak naik sebab ramai sangat beraturnya


Tentera Darat Malaysia (TDM) turut bersama memeriahkan pameran statik dengan menampilkan aset penting darat iaitu kereta perisai ACV300 Adnan dan AV8 Gempita

Kesimpulannya, CR sangat berpuas hati dan gembira sangat dapat merasai pengalaman ni. Semoga tahun depan TUDM akan adakan lagi hari terbuka macam ni lagi dan CR dapat pergi





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://renex89.blogspot.com/2019/12/hari-terbuka-tudm-kuantan-pahang-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5600 Aktiviti Jemputan Perasmian Hari Keluarga Bgdc Ppim 22 12 2019

5600 Aktiviti Jemputan Perasmian Hari Keluarga Bgdc Ppim 22 12 2019

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 318 hits
22 Disember Telah berlangsungnya Hari Keluarga Bodyguard Driver Community dan Kempen Kesedaran Tanggungjawab Sosial yang dirasmikan oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dan Presiden BGDC Tuan Jasrizal Kun Haji Mustafa Ceramah yang ber...
Sabah Cuti Dua Hari Krismas Bermula 24 25 Disember 2019

Sabah Cuti Dua Hari Krismas Bermula 24 25 Disember 2019

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 414 hits
Terima kasih Ketua Menteri Sabah SHAFIE UMUM CUTI DUA HARI SEMPENA KRISMAS PADA 24 25 DISEMBER Rakyat Sabah mendapat hadiah Krismas yang amat berharga apabila Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mengumumkan cuti umum selama dua hari pada ...
Trip Cuti Sekolah Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang

Trip Cuti Sekolah Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 750 hits
Sekarang musim cuti sekolah Kalau masih tak ada plan meh sini aku share idea Selain korang boleh tengok trip short vacation aku dekat sidebar blog ni Aku tambah lagi satu tempat untuk bawa family jalan jalan Trip cuti sekolah ke Kuantan Pah...
Perlawanan Damai Di Hari Natal 2019

Perlawanan Damai Di Hari Natal 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 393 hits
Wentius Nimiange Wakil Bupati Nduga mengundurkan diri sebagai Protes atas kekerasan hati Pemerintah Kolonial Indonesia dibawah kepemimpinan Djoko Widodo yang terus bantai rakyat papua mulai dari Nduga kini melebar ke seluruh wilayah pegunun...
Bri Incar Volume Bisnis Rp150 Miliar Di Hari Pertama Umkm Export Brilian Preneur 2019

Bri Incar Volume Bisnis Rp150 Miliar Di Hari Pertama Umkm Export Brilian Preneur 2019

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 215 hits
Sunarso juga mengatakan dua aktivitas yang diutamakan dalam kegiatan ini yakni yang pertama adalah coaching clinic Dia menjelaskan tujuan dari coaching clinic agar pelaku UMKM tahu bagaimana cara untuk melakukan ekspor sesuai dengan prosedu...
Sasuke Outlet Premium Di Expo Bundle Mines 2 Seri Kembangan 2019

Sasuke Outlet Premium Di Expo Bundle Mines 2 Seri Kembangan 2019

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 1348 hits
Sasuke Outlet Premium Di Expo Bundle Mines 2 Seri Kembangan Salam hi guyss bertemu lagi hehehe Semalam baru update cerita pasal sasuke Hari ni update lagi hehehe So hari ni uzu takde p mana mana so uzu decide lepas zohor uzu direct drive ke...
Sports Direct Sdmy 1212 2019

Sports Direct Sdmy 1212 2019

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 537 hits
Sports Direct SDMY 1212 2019Shop Now Sports Direct SDSG 1212 2019Shop Now
The Celebrity Legs And Feet In Tights 2019 Pantyhose Queen Poll The Finals

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2019 Pantyhose Queen Poll The Finals

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 605 hits
We began with 44 women Now we are down to two After this week there will only be one left standing and the one left standing will be crowned the Celebrity Legs and Feet in Tights 2019 Pantyhose Queen Voting will last until next Sunday You w...
Gegar Vaganza 2019 Keputusan Minggu Ke 10 Ke Peringkat Akhir

Gegar Vaganza 2019 Keputusan Minggu Ke 10 Ke Peringkat Akhir

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 642 hits
Gegar Vaganza 2019 Keputusan minggu ke 10 ke Peringkat AkhirHardy MirzaNaqiu BoboyOne Nation EmceesNur FatimaJattSham Visa
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah