Trimester Akhir Hamil Bakal Ibu Wajib Berlatih Posisi Bersalin Siapkan Mental


Memasuki minggu ke 32 hamil, anda sudah boleh memilih dan mempraktikkan posisi bersalin. Latihan perlu dibuat terutama bagi ibu yang hamil anak sulung.
Mengenali posisi ini dapat membantu anda terutama apabila tiba masa untuk bersalin. Tidak akan timbul masalah “tak tahu,” dan “tak bersedia.” Yang penting, persediaan awal ini boleh mengurangkan rasa gementar bila berada di bilik bersalin.

Lazimnya, kontraksi boleh berlaku dan berlanjutan sehingga 7 hingga 8 jam. Ada juga yang mengalami masalah tersebut sehingga setengah hari dan lebih.
Oleh itu, anda tidak hanya perlu berlatih dan memilih posisi bersalin, tetapi anda juga perlu tahu bagaimana caranya untuk memberi keselesaan diri ketika mengalami kontraksi.

Posisi bersalin
Latihan mengurangkan sakit ketika kontraksi kemudian diikuti dengan latihan posisi bersalin. Di negara kita ramai di kalangan ibu hamil melalui kaedah bersalin secara konvensional iaitu berbaring pada katil khas dan kaki dibuka luas.
Namun terdapat juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Walaupun ia nampak janggal tetapi, sesetengah negara mempraktikkan posisi tersebut.
Pembedahan
Proses ini tidak perlukan Latihan namun menjadi semakin popular di negara kita. Tetapi anda perlu bersedia dari sudut mental dan wang. Kaedah ini selalunya dilakukan akibat berlakunya komplikasi ketika hendak melahirkan atau posisi bayi dalam kandungan tidak normal.
Misalnya kedudukan bayi songsang atau pintu rahim sukar membuka. Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah pada ibu dan anak berlaku, pembedahan terpaksa dilakukan. Walau bagaimanapun, ada juga ibu hamil yang lebih suka memilih kaedah ini walaupun tidak mengalami sebarang komplikasi.

Duduk tegak
Posisi ini adalah posisi popular di kalangan ibu hamil. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan beberapa biji bantal pada bahagian belakang badan. Kaki dibuka luas dan dagu dirapatkan pada dada. Tangan pegang pada lipatan lutut sambil meneran.
Ada sebilangan hospital, ibu hamil diberi katil khas. Katil ini mempunyai tiang keluli untuk ditolak menggunakan kaki. Pada tiang keluli itu juga, terdapat tali yang boleh dipegang dan ditarik. Jadi anda hanya perlu berbaring dan meletakkan kaki dalam keadaan terbuka ke atas rod keluli tersebut.
Tangan pula berpaut pada tali. Apabila sampai masanya, anda dapat menyalurkan sepenuh tenaga untuk meneran. Kuasa tendangan kaki dan tarikan pada tangan ini dapat membantu ibu mengeluarkan anak dengan segera. Kaedah ini sangat elok untuk ibu hamil yang masih tidak ada pengalaman bersalin.
Mencangkung
Posisi ini adalah yang terbaik untuk kelahiran. Hal ini kerana, bukaan pelviks lebih lebar dan tarikan graviti dapat memudahkan anak keluar. Mungkin kaedah ini meletihkan tetapi jika membuat banyak latihan lebih awal, anda akan biasa yang rasa lebih mudah.
Sekiranya anda merasakan tidak boleh mencangkung sendirian tanpa dibantu, ajak suami berlatih bersama anda. Caranya adalah dengan posisi suami duduk pada kerusi dan isteri mencangkung membelakangi iaitu dicelah bukaan kaki suami. Letakkan tangan pada paha suami dan mula meneran.
Melutut
Posisi ini mungkin tidak seletih mencangkung. Tetapi anda perlukan dua orang teman untuk melakukan kaedah ini. Dua orang pembantu diperlukan. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri. Pada posisi ini, anda perlu melutut sambil kaki dibuka dengan luas. Tangan anda berpaut pada bahu pembantu di kiri dan kanan. Sebelum meneran, pastikan belakang anda berada dalam keadaan tegak.

Wheel Chair
Salah satu kaedah terkini proses kelahiran adalah menggunakan wheel chair. Sesetengah hospital swasta di negara ini sudah pun menggunakan kaedah tersebut. Penggunaan wheel chair ini bukan sahaja memudahkan ibu bersalin, tetapi dapat mengurangkan rasa sakit ketika berlaku kontraksi.
Dalam Air
Kaedah ini paling jarang atau tidak pernah langsung dilakukan di sini. Kaedah ini dikatakan paling ideal kerana ketika proses kelahiran, ibu tetap rasa selesa kerana hampir separuh badan ibu hamil ini ditenggelami air. Biasanya kaedah tersebut perlu dilakukan di dalam tab mandi atau apa sahaja alat yang boleh menakung air dan cukup ruang untuk ibu masuk ke dalamnya.
Proses kelahiran ini berlaku dalam keadaan posisi ibu duduk tegak. Anda tidak perlu khuatir bayi yang dilahirkan akan lemas. Hal ini kerana, apabila proses kelahiran berjaya, bayi dengan segera di bawa keluar dari dalam air.
Walau apa pun pilihan anda, perkara utama yang perlu anda latih dan latih adalah persediaan minda anda untuk menghadapi situasi ketika bersalin. Walau sebanyak mana pun latihan yang dilakukan, jika tidak ada keyakinan diri, sukar untuk anda menempuh pengalaman bersalin dengan cara menyeronokkan.
Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?
Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Trimester Akhir Hamil, Bakal Ibu Wajib Berlatih Posisi Bersalin. Siapkan Mental! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/trimester-akhir-hamil-bakal-ibu-wajib-berlatih-posisi-bersalin-siapkan-mental/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Layankan Kontraksi Dengan Posisi Tepat Ini Panduan Untuk Ibu Hamil

Layankan Kontraksi Dengan Posisi Tepat Ini Panduan Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 145 hits
Memasuki minggu ke 32 kehamilan mental ibu seharusnya sudah pun bersedia untuk bersalin Selain mempersiapkan diri fizikal juga perlu kuat dan sihat untuk berjuang di dewan bersalin Latihan teknik pernafasan dan sebagainya perlu dibuat terut...
Doa Yang Wajib Dan Bagus Untuk Wanita Bergelar Ibu

Doa Yang Wajib Dan Bagus Untuk Wanita Bergelar Ibu

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 58 hits
Assalamualaikum Bismillahi MashaAllah Entri kali ini Syida ingin kongsikan beberapa doa yang wajib dan sangat bagus untuk diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu Ibu ibu bolehlah mengamalkan membaca doa doa ini sambil memeluk atau mengusap ...
Plasenta Tak Normal Bahayakan Ibu Hamil Jangan Tanggung Risiko

Plasenta Tak Normal Bahayakan Ibu Hamil Jangan Tanggung Risiko

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 184 hits
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu Kenal pasti risikonya Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang bole...
Bantu Ibu Hamil Tidur Nyenyak Di Minggu Ke 30 Tip Ni Buatkan Tidur Lebih Sempurna

Bantu Ibu Hamil Tidur Nyenyak Di Minggu Ke 30 Tip Ni Buatkan Tidur Lebih Sempurna

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 71 hits
Diam tak diam anda sudahpun memasuki minggu ke 30 dengan jayanya Bagi bakal ibu yang mengalami pelbagai masalah seperti sembelit dan sebagainya ada baiknya anda gandakan aktiviti di siang hari supaya membantu proses pembuangan dengan jayany...
Pan Siapkan Posisi Baru Untuk Bima Arya Calon Menteri Prabowo Atau Cawagub Dedi Mulyadi

Pan Siapkan Posisi Baru Untuk Bima Arya Calon Menteri Prabowo Atau Cawagub Dedi Mulyadi

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 115 hits
PAN mencari posisi yang pas untuk kadernya Bima Arya Sugiarto usai mundur dari pencalonan di Pilkada Jawa Barat
Ibu Hamil Jangan Merungut Kena Minum Air Gula Doktor Bagi Bukan Saja Saja

Ibu Hamil Jangan Merungut Kena Minum Air Gula Doktor Bagi Bukan Saja Saja

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 95 hits
Rutin minum air gula ketika hamil adakalanya buat ibu hamil rasa risau dan berdebar Bukan kerana mahu menolaknya tetapi kena bimbang akan termuntah sebaik sahaja minum Rutin minum air gula ini dilakukan adalah bagi mengukur paras gula dalam...
Ibu Tunggal Dakwa Trauma Dihendap Datuk Seri Tawar Rm1 Juta Untuk Hamil Zuriat

Ibu Tunggal Dakwa Trauma Dihendap Datuk Seri Tawar Rm1 Juta Untuk Hamil Zuriat

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 81 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myMichael Chong bersama Chan dan Marcus Chong NSTP NURUL HIDAYAH BAHAUDINKUALA LUMPUR Seorang ibu tunggal mendakwa hidup dalam trauma akibat dihendap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri...
Penyakit Gastrik Di Kalangan Ibu Hamil Ketahui Punca Cara Rawat

Penyakit Gastrik Di Kalangan Ibu Hamil Ketahui Punca Cara Rawat

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 79 hits
Penyakit gastrik di kalangan ibu hamil ketahui punca dan cara rawat Gastrik atau penyakit gastroesophageal reflux merupakan satu keadaan yang biasa dihadapi oleh wanita hamil Penyakit Gastrik Di Kalangan Ibu Hamil Ketahui Punca Cara Rawat K...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp