Ibu Hamil Jangan Merungut Kena Minum Air Gula Doktor Bagi Bukan Saja Saja


Rutin minum air gula ketika hamil adakalanya buat ibu hamil rasa risau dan berdebar. Bukan kerana mahu menolaknya tetapi kena bimbang akan termuntah sebaik sahaja minum.

Rutin minum air gula ini dilakukan adalah bagi mengukur paras gula dalam badan ibu hamil. Jadi ia wajib dilakukan. Apa yang lebih penting adalah bagi menyelamatkan ibu dan bayi dalam kandungan.
Ibu yang sedang hamil, ikuti perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai minum air gula ini. Bukan saja-saja tau!
Gambar hiasan. “Doktor, betul ke air gula yang ibu mengandung kena minum tu ada toksik?”
Semalam tular isu ni di media sosial (khususnya Facebook). Ramai yang bertanya untuk dapatkan kepastian. Jadi, kami tulislah sedikit tentang perkara ini, ya.
Air gula yang diberikan kepada ibu hamil tu adalah Ujian Toleransi Glukosa (glucose tolerance test). Tujuan ujian itu diuat adalah untuk mengesan sama ada ibu hamil ada “gestational diabetes”(GDM), iaitu diabetes yang hanya berlaku semasa hamil.
Air gula yang diberikan tu, tak ada apa pun yang istimewa. Gula biasa sahaja. Cuma, seperti yang kita tahu, gula ni jika terlalu banyak memang boleh memudaratkan. Jadi, jumlah gula yang diberi masa ujian dan disukat agar selamat untuk ibu hamil.
“Kenapa kita buat ujian ni pada ibu hamil sahaja?”
Semasa kehamilan, tubuh ibu hamil mengalami perubahan hormon yang boleh meningkatkan kadar gula dalam darah untuk memastikan bayi yang sedang berkembang mendapat nutrisi yang cukup.
Namun, kadangkala tubuh ibu tidak dapat mengawal kenaikan ini dengan baik. Kondisi inilah yang dinamakan GDM.
Kadar gula dalam darah yang tinggi (tidak terkawal) secara berterusan boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi.

 
Risiko kepada ibu hamil antaranya:
■Diabetes type-2: sepatutnya GDM akan hilang selepas bersalin, tetapi kalau GDM tidak dikawal ada kemungkinan paras gula kekal tinggi selepas bersalin dan ia menjadi kekal.
■Pre-eklampsia: GDM meningkatkan risiko untuk ibu hamil yang mempunyai darah tinggi dan protein di dalam air kencing, untuk diserang sawan.
Risiko kepada bayi semasa dalam kandungan, antaranya:
■Neural tube defects: kecacatan dalam pembentukan saraf dan mengakibatkan anencephaly (tiada otak), spina bifida (saraf tunjang tidak sempurna) dan sebagainya.
■Macrosomia (saiz bayi terlalu besar): Ini boleh mendatangkan kesulitan dan ancaman kepada bayi serta ibunya semasa proses kelahiran.
Risiko kepada bayi semasa proses kelahiran, antaranya:
■Bayi makrosomia boleh tersekat di laluan kelahiran (bukaan rahim dan rongga pelvis). Jika tersekat terlalu lama, ada risiko untuk bayi lemas atau meninggal dunia.
■Bahu bayi makrosomia boleh tersangkut setelah kepala dilahirkan (shoulder dystocia). Bahu bayi boleh terseliuh dan sarafnya rosak (sehingga tangan jadi lumpuh)
Kedua-dua keadaan ini juga boleh menyebabkan kecederaan pada ibu seperti koyakan pada pembukaan rahim dan faraj, kehilangan darah yang banyak, dan kematian
“Macam mana Ujian Toleransi Glukosa dibuat?”
Ibu hamil akan diminta berpuasa selama 8 jam. Kemudian akan diberikan gula pada jumlah tertentu, dan selepada beberapa jam, paras gula dalam darah akan diukur. Jika glukosa dalam darah tinggi, ini menunjukkan tubuh ibu tidak dapat mengendalikan gula dengan efektif, menandakan ibu mengalami GDM.

“Adakah semua ibu hamil akan diuji?”
Keutamaan diberikan pada ibu hamil yang ada faktor risiko untuk mendapat GDM, antaranya adalah ibu yang mempunyai sejarah:
■Ahli keluarga dengan diabetes
■GDM dalam kehamilan sebelumnya
■Kematian anak semasa kehamilan sebelumnya
■Anak makrosomia
■Obesiti
“Tak ada ujian lain untuk saring GDM? Kenapa tak guna bacaan HbA1C?”
HbA1C mempunyai sensitiviti yang rendah untuk mengesan GDM, terutamanya selepas trimester pertama. Selain itu, itu ia juga dipengaruhi oleh paras hemoglobin. Jika paras hemoglobin rendah, bacaan HbA1C mungkin rendah, sedangkan paras gula sebenar adalah tinggi.
Ujian Toleransi Glukosa pula lebih sensitif dalam mengesan GDM. Kosnya juga tidak tinggi, mudah untuk dilaksanakan, dan tidak memerlukan peralatan yang terlalu canggih. Ciri-ciri ini menjadikan ia pilihan utama untuk mengesan GDM. Ia lazimnya dilakukan antara minggu 24-28 kehamilan.
Melaksanakan ujian toleransi glukosa adalah langkah proaktif yang penting dalam pengurusan kesihatan ibu dan bayi. Ia bukan hanya mengenalpasti risiko GDM tetapi juga membantu dalam merancang strategi pengendalian yang efektif untuk memastikan kehamilan yang lebih selamat.
Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?
Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Ibu Hamil Jangan Merungut Kena Minum Air Gula, Doktor Bagi Bukan Saja-Saja! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-hamil-jangan-merungut-kena-minum-air-gula-doktor-bagi-bukan-saja-saja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Air Gula Jangan Merungut Gdm Ibu Hamil Boleh Bahayakan Diri Bayi

Minum Air Gula Jangan Merungut Gdm Ibu Hamil Boleh Bahayakan Diri Bayi

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 141 hits
Setiap kali hamil rutin minum air gula selalu buat ramai yang merungut Jangan merungut kerana proses ini untuk membantu malah mengesan masalah kesihatan yang bukan sahaja membahayakan ibu hamil bahkan bayi dalam kandungan Perkongsian mengen...
Plasenta Tak Normal Bahayakan Ibu Hamil Jangan Tanggung Risiko

Plasenta Tak Normal Bahayakan Ibu Hamil Jangan Tanggung Risiko

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 245 hits
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu Kenal pasti risikonya Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang bole...
Jangan Asal Minum Air Putih Karena Bisa Menyebabkan Stunting

Jangan Asal Minum Air Putih Karena Bisa Menyebabkan Stunting

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 137 hits
Penyakit disebabkan dari konsumsi air yang tidak jernih di antaranya diare
Ditegur Ibu Hamil Tak Elok Minum Teh Intan Najuwa Perjelas Cuma Penuhi Selera Mengidam

Ditegur Ibu Hamil Tak Elok Minum Teh Intan Najuwa Perjelas Cuma Penuhi Selera Mengidam

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 104 hits
Pelakon Datin Intan Najuwa ditegur netizen mengenai ibu hamil tak elok minum teh ais yang didakwa mempunyai pewarna buatan merisikokan janin dalam kandungan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid 26 bagaimanapun tidak mudah mel...
Air Minum Sudah Masuk Istana Negara Hingga Hotel Nusantara Ikn

Air Minum Sudah Masuk Istana Negara Hingga Hotel Nusantara Ikn

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 152 hits
Sementara air minum yang masuk ke Rumah Tapak Jabatan Menteri dan Rumah Susun ASN sedang dalam proses
Penyakit Gastrik Di Kalangan Ibu Hamil Ketahui Punca Cara Rawat

Penyakit Gastrik Di Kalangan Ibu Hamil Ketahui Punca Cara Rawat

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 96 hits
Penyakit gastrik di kalangan ibu hamil ketahui punca dan cara rawat Gastrik atau penyakit gastroesophageal reflux merupakan satu keadaan yang biasa dihadapi oleh wanita hamil Penyakit Gastrik Di Kalangan Ibu Hamil Ketahui Punca Cara Rawat K...
Penyakit Yang Sering Menyerang Bayi Kanak Kanak Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah

Penyakit Yang Sering Menyerang Bayi Kanak Kanak Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 147 hits
Penyakit yang sering menyerang bayi dan kanak kanak ibu bapa jangan ambil mudah Kanak kanak adalah golongan yang paling mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kerana sistem imun mereka yang masih dalam perkembangan Penyakit Yang Seri...
Menteri Pupr Basuki Uji Coba Minum Air Dari Keran Ikn Ini Hasilnya

Menteri Pupr Basuki Uji Coba Minum Air Dari Keran Ikn Ini Hasilnya

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 147 hits
Menteri PUPR Basuki Hadimuljono melakukan uji coba air minum dari Instalasi Pengolahan Air Minum Sepaku
Mengintip Pabrik Aqua Yang Memproduksi Air Minum Aman Dan Sehat Bagi Pelanggan

Mengintip Pabrik Aqua Yang Memproduksi Air Minum Aman Dan Sehat Bagi Pelanggan

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 160 hits
Dalam proses pengolahan dan pengemasan menggunakan mesin berteknologi tinggi tanpa tersentuh tangan
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi