Travelogue Singapore Daytrip Bersama Nourah Travel




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua. Selamat Tahun Baru 2020! Artikel pertama diterbitkan pada tahun 2020 ini adalah berkenaan Travelog Singapore DayTrip bersama Nourah Travel. Pada penghujung bulan November 2019 yang lalu, aku bersama rakan-rakan telah menyertai satu daytrip ke Singapura bersama Nourah Travel


Ini merupakan pengalaman pertama kali aku ke luar negara. Walaupun tidaklah jauh mana, tapi pengalaman ke negara orang sememangnya salah satu yang aku inginkan dari dulu lagi. Alhamdulillah, terima kasih Nourah Travel kerana merealisasikan impian ini. Suka untuk diingatkan bahawa artikel kali ini sangat panjang dan penuh dengan gambar ya! Jemput membaca

 --------
Perjalanan bermula dari KL Sentral untuk mereka yang dari Kuala Lumpur dan Lembah Klang, pada hari Jumaat malam kemudian tiba di R&R Gelang Patah, Johor untuk mandi dan solat subuh.  Untuk mereka dari Johor dan kawasan sekitar akan perjalanan akan bermula dari R&R ini

Bergambar!
TEMPAT YANG DILAWATI
🚩 UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE & SENTOSA ISLAND🚩 MASJID SULTAN🚩 BUGIS STREET & PRINCESS STREET🚩 MERLION PARK & ESPLANADE🚩 GARDENS BY THE BAY🚩 MARINA BAY SANDS🚩 LIGHT & WATER SHOW🚩 SINGAPORE MRT

In shaa Allah aku akan ceritakan perjalanan sepanjang DayTrip ini dengan santai dan relaks. Semoga anda semua terhibur dengan penulisan aku. 
--------
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE & SENTOSA ISLAND

Lokasi pertama setelah berhempas pulas, berkeringat peluh dan bergaduh dengan auntie ketika beratur di Imigresen Singapore selama beberapa jam adalah Sentosa Island dan juga Universal Studio Singapore (USS)

Pengalaman di Imigresen sememangnya sangat memenatkan, tapi selepas melihat pemandangan dan berada di Sentosa Island ni, terus hilang perasaan penat dan marah dengan auntie tu


Pertamanya aku sangat terkesima dengan warna air yang sangat biru. Bukanlah tempat lain air tak biru, tapi disini aku perasan airnya bersih! Untuk pengetahuan anda, daytrip ni sebenarnya tak masuk pun dalam Universal Studio Singapore tu, hanya bergambar kenangan di tempat yang famous tu sahaja. 
Sempat bergambar
Untuk bergambar dengan cantik dan tanpa sebarang photoboom daripada orang ramai, anda kena ada photographer atau kawan yang bijak mengambil gambar. Tapi memang susah nak ambil gambar dekat kawasan ni tanpa di photoboom oleh orang ramai


Travel Partner & Photographer Aku 😅
Disebabkan kamera dekat phone aku buruk, dan kawan aku ni, Izuan menggunakan Iphone, jadi boleh dikatakan semua gambar dalam artikel ni adalah daripada Iphone beliau. ( Boleh follow Izuan di Instagram @izuanfaiz_)
Kami di Sentosa Island dan Universal Studio Singapore (tak masuk dalam ya!) hanya dalam beberapa jam sahaja sebab lepas tu kena pergi tempat lain pulak. Cuaca di luar memang sangat cantik, tetapi panas yang amat! Setelah puas bergambar dan berpeluh-peluh, memang aku rasa semua peserta trip ni perlukan aircond bas! Haha

MASJID SULTAN


Lepas sahaja ke Sentosa Island dan Universal Studio Singapore, perjalanan diteruskan ke Masjid Sultan, Arab Street dan Restoran Zam Zam untuk solat jamak zohor-asar dan juga makan. Tapi disebabkan aku dan Izuan masih kekenyangan. Kami solat di Masjid Sultan dan lepak di situ sementara yang lain pergi makan. Sempat jugak kami bergambar di masjid ini


Memang ramai pengunjung di Masjid Sultan ni. Untuk pengetahuan anda, Masjid Sultan merupakan masjid tertua di Singapura

Ruangan dalam masjid.


Sesi bergambar di luar kawasan masjid 😏

Selepas rakan-rakan yang lain selesai makan dan sebagainya, perjalanan diteruskan ke lokasi seterusnya. Sepanjang perjalanan tu aku sempat ambil gambar beberapa tempat menarik contohnya Gereja dan juga kedai-kedai di Singapura ni




BUGIS STREET & PRINCESS STREET

Lokasi seterusnya adalah syurga bagi mereka yang suka membeli belah iaitu di Bugis Street dan Princess Street. Pelbagai barangan termasuklah cendera hati, pakaian, makanan dan peralatan elektronik yang dijual di sini. Kalau bawa family aku ni, aku dapat bayangkan betapa banyaknya beg plastik yang akan dibawa pulang

Antara barangan yang dijual
Di dalam kawasan tempat menjual

Bugis Food Street
Yang mana bawa duit RM bolehlah tukar dekat sini


Dekat sini anda kena pandai memilih kedai untuk dapatkan barangan murah! Ada kedai yang menjual barangan yang agak mahal. Seronok tengok ramai-ramai shopping macam-macam barang untuk dibawa balik ke Malaysia

Jodohkah itu?
MERLION PARK 

Setelah menempuh traffic jam selama beberapa jam, sempat  jugalah nak tidoq dalam bas haha, akhirnya kami semua sampai ke lokasi seterusnya. Salah satu lokasi wajib untuk mereka yang datang ke Singapore iaitu Merlion Park! Satu-satunya singa yang mengeluarkan air secara berterusan tanpa henti! (lawak sahaja)

Merlion Park ni antara kawasan yang sangat ramai pengunjung. Kalau nak bergambar, memang terima sahaja kalau dalam gambar anda ada photoboom daripada pengunjung yang lain. Tempat ni juga best untuk lepak petang-petang bersama keluarga

Nampak tak? Gambar wajib diphotoboom orang lain.
Kalau sebelum ni selalu nampak rakan-rakan dekat Instagram dan Facebook bergambar dekat kawasan ini, alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku jejakkan kaki disini


MARINA BAY SANDS
Lepas sahaja puas bergambar di Merlion Park, rombongan kami terus berjalan ke Marina Bay Sands. Salah satu bangunan ikonik di negara Singapura! Kenapa ikonik? Sebab struktur bangunan yang unik, bahagian atas yang kelihatan seperti sebuah kapal layar mewah

Pemandangan dari Merlion Park
Pemadangan Dari depan Marina Bay Sands


Lokasi seterusnya adalah Gardens By The Bay. Untuk ke sana perlu melalui bangunan Marina Bay Sands. Sempat jugalah tengok shopping mall yang sangat besar dan luas. Nak shopping dekat situ? Mungkin bukan sekarang. Haha. 
GARDENS BY THE BAY
Satu lagi lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung ialah Gardens By The Bay. Sebuah taman yang sangat cantik, unik dan sangat futuristik. Di sini kami hanya bergambar sahaja di sekitar kawasan ini. Kalau nak masuk ke aras atau jambatan di bahagian taman ini ada bayaran yang dikenakan

Suasana senja di Singapura. Sangat cantik bila bergambar di waktu ini. 
Bergambar lagi!
Cantik telur-telur ni.

Disebabkan acara seterusnya iaitu Light & Water Show bermula lambat lagi, jadi aku dengan Izuan lepak di kawasan ni terlebih dahulu. Menyaksikan keindahan taman dan juga bangunan ikonik tersebut. 
Ada peserta rombongan yang tidak ke Gardens By The Bay sebab sudah penat berjalan. Ya, sampai sahaja ke lokasi ini, aku dapat rasakan kaki dan letih-letih, tapi sebab ini pengalaman yang jarang-jarang dapat, jadi aku gagahkan diri jugak

LIGHT & WATER SHOW

Lokasi terakhir iaitu menyaksikan Light & Water Show! Anda boleh lihat berapa ramai pengunjung yang menyaksikan pertunjukan ini. Ada yang dah tunggu dari petang lagi untuk menyaksikan pertunjukan sambil melihat pemandangan di Singapura


Alhamdulillah, setakat itu sahaja lokasi-lokasi yang sempat dikunjungi untuk sepanjang DayTrip bersama Nourah Travel. Tetapi, ada satu lagi tambahan pengalaman baru iaitu menaiki Singapore MRT. 
SINGAPORE MRT
Sebenarnya menaiki MRT Singapore tiada dalam itinerary. Tetapi disebabkan bas yang dinaiki sepanjang trip ini tak dapat nak ambil di lokasi yang sepatutnya, rombongan kami perlu menaiki MRT dan ke stesen dimana bas tersebut dapat ambil dengan selamat dan tepat pada waktunya



Tak ada beza sangat MRT di Singapura dan di Kuala Lumpur. Cuma yang membezakan adalah bagaimana Singapore Transit Map berfungsi. Memang pening jugaklah kalau ikut pada train transit map Singapore tu


 Keadaan dalam MRT
------------------

Terima kasih diucapkan kepada Nourah Travel kerana menguruskan trip ini dengan jayanya. Semua perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain berjalan lancar walaupun pada hari tersebut  ada masalah kesesakan jalan raya, tapi berjaya diuruskan dengan jayanya

Memang berbaloi menyertai DayTrip ni sebab banyak lokasi menarik yang sempat dilawati! Pada mulanya terfikir jugak, kalau day trip, sempat pergi ke mana sahaja? Rupanya banyak juga tempat yang boleh dilawati

NOURAH TRAVEL


Untuk lihat gambar menarik dan juga maklumat lanjut mengenai Trip yang dibawakan oleh Nourah Travel, anda boleh terus ke laman Instagram mereka di @nourahtravel
Artikel Berkaitan : [ Travelogue Percutian 2 Hari Satu Malam di Melaka ]

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/01/travelogue-singapore-daytrip-bersama-nourah-travel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jutawan 26 Tahun Cari Jurugambar Ikut Travel Satu Dunia Gaji Dibayar Rm200 000 Setahun

Jutawan 26 Tahun Cari Jurugambar Ikut Travel Satu Dunia Gaji Dibayar Rm200 000 Setahun

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 317 hits
Seorang jutawan dari Australia menawarkan peluang kepada individu yang bertuah untuk menjadi jurugambar peribadinya yang akan dibayar lebih RM157 ribu setahun Pengasas Akademi Ecom Warrior Matthew Lepre mencari individu untuk mengambil gamb...
Travel To Tidung Island And Tanjung Lesung Indonesia

Travel To Tidung Island And Tanjung Lesung Indonesia

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 302 hits
Tidung Island atau Pulau Tidung merupakan salah satu pulau yang terletak di dalam gagasan seribu pulau di utara Jakarta Kebanyakkan pulau pulau di sini tidak berpenghuni dan kemudahan untuk pelancong agak kurang namun dalam kekurangan ini j...
Emraz Travel Berjaya Menempah Khas Saudi Airlines Untuk Keselesaan Jemaah Jemaah Umrah Mereka

Emraz Travel Berjaya Menempah Khas Saudi Airlines Untuk Keselesaan Jemaah Jemaah Umrah Mereka

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 882 hits
Emraz Travel Berjaya Menempah Khas Saudi Airlines Untuk Keselesaan Jemaah Jemaah Umrah Mereka Salam Pada 29 November 2019 adalah tarikh bersejarah buat team Emraz Travel kerana ini adalah first charter flight Emraz Travel yang berjaya metem...
Pulau Belitung Indonesia 6 Tempat Wajib Pergi Dan Tips Travel Di Belitung

Pulau Belitung Indonesia 6 Tempat Wajib Pergi Dan Tips Travel Di Belitung

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 729 hits
Bagi peminat percutian pulau Pulau Belitung yang terletak di Timur Sumatra merupakan salah satu pulau yang wajib korang pergi Dengan keindahan pulau yang boleh dikatakaan sebagai syurga dunia ini pastinya membuatkan percutian korang bertamb...
Tips And Travel To Borobudur Temple Indonesia

Tips And Travel To Borobudur Temple Indonesia

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 518 hits
Yogyakarta merupakan destinasi yang cukup popular untuk pelancong Malaysia sejak beberapa tahun ini Pelbagai tempat baru yang sangat instgrammable menjadikan Yogyakarta pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti Dengan adanya beberapa pilihan pe...
Info Ringkas Travel Ke Ipoh Perak Ipoh Memang Awesome

Info Ringkas Travel Ke Ipoh Perak Ipoh Memang Awesome

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 903 hits
Info Ringkas Travel Ke Ipoh Perak Ipoh Memang AWESOME Ibu negeri Perak Ipoh merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia dengan populasi penduduk lebih daripada 710 ribu orang Mendapat status Bandar Raya pada 27 Mei 1988 Ipoh terbahagi kepa...
4 Ways To Travel Better In 2020

4 Ways To Travel Better In 2020

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 456 hits
By BY SARAH FIRSHEIN from NYT Travel https ift tt 39mIleE
Your Food Choices Will Determine Where You Should Travel In 2020

Your Food Choices Will Determine Where You Should Travel In 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 283 hits
Quiz a href https www buzzfeed com community Community a Pack your bags Posted on December 23 2019 18 54 GMT span title alyren47 alyren47 span Community Contributor Share This Article Choose a breakfast item DC Irwin on Unsplash Elle May on...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti