Pulau Belitung Indonesia 6 Tempat Wajib Pergi Dan Tips Travel Di Belitung


Bagi peminat percutian pulau, Pulau Belitung yang terletak di Timur Sumatra merupakan salah satu pulau yang wajib korang pergi. Dengan keindahan pulau yang boleh dikatakaan sebagai syurga dunia ini pastinya membuatkan percutian korang bertambah awesome.
Bayangkan bunyian deruan ombak yang bermain-main di halwa telinga, di samping angin bayu yang membelai rambut serta kulit korang, perghhhh rasa macam tak nak balik kot. Pulau Belitung juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi bulan madu bagi pengantin yang ingin berdua-duaan.
Pulau Belitung merangkumi keluasan 4,800.6 km2 dan mempunyai population penduduk seramai 271,868 orang pada tahun 2014. Mungkin pada tahun 2019 penduduknya semain bertambah.
Salah satu sebab Pulau ini bergitu popular adalah tidak lain tidak bukan kerana penggambaran filem “Laskar Pelangi” yang memaparkan keindahan alam semulajadi pulau ini.
Tidak dinafikan destinasi percutian di Sumatera, Indonesia terutama Pulau Belitung semakin terkenal dalam kalangan pelancong luar adalah kerana penangan filem Laskar Pelangi ini juga.
Filem yang digarap berdasarkan novel tulisan penduduk tempatan Pulau Belitung sendiri iaitu Andrea Hirata sememangnya telah mendapat sambutan hangat dan ramai yang mengimpikan untuk melihat sendiri keindahan pulau berkenaan seperti di dalam filem itu.
Belitung, dikelilingi lebih dari 100 pulau kecil dengan kecantikan alam semulajadi, pantai yang indah dan air laut yang jernih, serta pelbagai aktiviti air boleh dilakukan di destinasi pelancongan berkenaan.
Antara pulau-pulau paling terkenal di sekitar Belitung yang lengkap dengan pakej pantai berpasir putih ialah Pulau Pasir, Pulau Batu Burung Garuda, Pulau Leebong dan Pulau Batu Berlayar.
Jika korang salah seorang yang mempunyai perancangan untuk bercuti ke Pulau Belitung, jangan lupa untuk singgah merakamkan kenangan di beberapa lokasi cantik ini, dijamin foto anda bakal meletop seperti gambar-gambar Instafamous.
#1. Tasik Kaolin
Kalau korang ke Belitung, rugi sekiranya tidak melawat ke Tasik Kaolin yang airnya jernih seakan berwarna biru turquoise hingga mendapat nama jolokan Tasik Biru Belitung.
Tasik ini pada asalnya merupakan sebuah lombong tanah liat putih atau kaolin yang terbiar. Kaolin merupakan sejenis mineral yang selalu digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan farmaseutikal, seramik dan ubat gigi.
Lokasi ini sememangnya sangat tenang dan mendamaikan, serta ramai yang ke sini untuk bersantai menenangkan fikiran. Jika anda ke sini jangan lupa untuk mengabadikan kenangan dengan berlatarbelakangkan air tasik biru yang cantik ini.
#2. Kelapa Kampit
Satu lagi contoh bagaimana lombong terbiar boleh menjadi tasik yang indah ialah Kelapa Kampit. Dengan kedalaman 30 hingga 50 meter, air tasik di sini juga berwarna biru turquoise dan boleh menjadi lanskap yang cantik serta unik untuk gambar Instagram anda.
#3. Rumah Api
Pulau Belitung juga popular dengan pemandangan Rumah Api setinggi 50 meter yang dibina pada tahun 1882 oleh penjajah Belanda dan terletak di Pulau Lengkuas.
Dari puncak Rumah Api tersebut, anda dapat melihat pemandangan udara Belitung. Jika inginkan pengalaman yang lebih unik, anda juga boleh bermalam di dalam khemah bersama rakan-rakan setelah mendapatkan kebenaran daripada pihak yang menjaga Rumah Api tersebut.
#4. Pulau Batu Garuda
Jika korang ternampak sebuah batu granit yang berbentuk seakan burung garuda, ia bererti anda telah sampai ke Pulau Batu Garuda Belitung.
Susunan semulajadi batu-batu di sini sudah cukup untuk membuatkan foto kenangan anda terlihat sangat cantik dan menarik.
Selepas bergambar, korang juga boleh cuba aktiviti snorkelling di sini.
#5. Muzium Andrea Hirata
Muzium ini sememangnya didedikasikan kepada pengarang terkenal Indonesia yang juga anak kelahiran Pulau Belitung iaitu Andrea Hirata, yang popular dengan novel Laskar Pelangi hingga diadaptasi menjadi filem serta diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Luaran muzium ini yang dibina dan dihiasi dengan cat berwarna-warni seakan pelangi sudah pasti menjadi spot Instagrammable yang sangat menarik untuk foto anda.
Muzium ini sememangnya syurga buat si ulat buku kerana di sini turut dipamerkan koleksi novel-novel Andrea dan juga barangan peribadinya.
#6. Warung Kopi Anoi
Bandar Belitung iaitu di Manggar, Belitung Timur terkenal sebagai sebuah destinasi untuk menikmati kopi tradisional Belitung.
Jika ke sana, anda akan dapati banyak deretan warung-warung kopi atau disebut masyarakat tempatan sebagai Warkop untuk anda singgahi.
Antara warkop yang cantik untuk dirakamkan sebagai gambar di Instagram tentunya Warung Kopi Anoi yang telah beroperasi sejak tahun 1982.
Di sini, anda jangan lupa untuk pesan kopi susu es atau kopi hitam asli Indonesia yang hanya berharga 5,000 Rupiah atau RM1.50 segelas. Murah, kan!!
Tips di Pulau Belitung
Kalau korang bercuti ke Pulau Belitung, Indonesia, jangan buang sampah merata-rata di destinasi pelancongan tersebut.
Ini kerana mulai bulan September nanti, sesiapa yang didapati membuang sampah sembarangan boleh dikenakan denda hingga 50 juta Rupiah atau RM 14,731 dan hukuman penjara selama 3 bulan.
Jika terdapat laporan daripada orang ramai yang mendapati ada individu tertangkap dan dilihat membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya atau mempunyai bukti secara rakaman video, tindakan susulan akan diambil oleh pihak berkuasa Kepulauan Bangka Belitung.
Peraturan baharu itu dikuatkuasakan bertujuan untuk mendisiplinkan penduduk sekitar Belitung dan juga pelancong luar supaya menjaga alam sekitar pulau berkenaan daripada pencemaran dan memelihara keindahan lokasi tersebut sebagai salah satu destinasi percutian terkenal Indonesia.
The post Pulau Belitung Indonesia 6 Tempat Wajib Pergi Dan Tips Travel Di Belitung appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.faizalfredley.com/2019/12/20/pulau-belitung-indonesia-6-tempat-wajib-pergi-dan-tips-travel-di-belitung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips And Travel To Borobudur Temple Indonesia

Tips And Travel To Borobudur Temple Indonesia

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 518 hits
Yogyakarta merupakan destinasi yang cukup popular untuk pelancong Malaysia sejak beberapa tahun ini Pelbagai tempat baru yang sangat instgrammable menjadikan Yogyakarta pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti Dengan adanya beberapa pilihan pe...
Tempat Best Wajib Anda Pergi Di Perak Ramai Yang Tak Tahu

Tempat Best Wajib Anda Pergi Di Perak Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 440 hits
Tempat Best Wajib Pergi Di Perak Ramai Yang Tak Tahu Kelly s Castle Menara Condong Teluk Intan The Lost World of Tambun dan Bukit Merah Laketown adalah sebahagian nama popular pilihan pelancong dan ibu bapa semasa cuti sekolah Namun ada ban...
Senarai Tempat Top Wajib Pergi Di Pahang Yang Boleh Jadi Rujukan Untuk Korang

Senarai Tempat Top Wajib Pergi Di Pahang Yang Boleh Jadi Rujukan Untuk Korang

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 440 hits
Senarai Tempat Top Dan Wajib Anda Kunjungi Di Pahang Yang Boleh Jadi Rujukan Untuk Korang Senanjung Malaysia Ibu Negeri Pahang adalah Kuantan Negeri Pahang terdiri daripada 11 daerah iaitu Cameron Highland Kuala Lipis Jerantut Raub Temerloh...
5 Tips Penting Yang Wajib Kita Buat Untuk Dapatkan 1000 Follower Pertama Yang Aktif Di Instagram

5 Tips Penting Yang Wajib Kita Buat Untuk Dapatkan 1000 Follower Pertama Yang Aktif Di Instagram

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 390 hits
Hai kalian Sedar tak sedar kita sudah menghampiri ke penghujung tahun 2019 Masuk ke suku tahun keempat tahun ini Ok lah Sekarang ini Instagram sudah semakin kehadapan dengan pelbagai fungsi terkini Pantang larang dalam bersosial di paltform...
7 Tempat Wisata Di Belitung Pantainya Mirip Di Maladewa

7 Tempat Wisata Di Belitung Pantainya Mirip Di Maladewa

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 206 hits
Tempat wisata di Belitung memang menyimpan banyak keindahan alam Bangka Belitung merupakan sebuah provinsi yang terbagi menjadi dua pulau utama yaitu Pulau Bangka dan Pulau Belitung
Tak Mampu Pergi Pulau Kucing Di Aoshima Pergi Sini Pulau Kucing Pahang Pun Nice Juga

Tak Mampu Pergi Pulau Kucing Di Aoshima Pergi Sini Pulau Kucing Pahang Pun Nice Juga

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 352 hits
Bila sebut pulau kucing mesti teringat Aoshima sebuah pulau yang dihuni oleh banyak kucing tidak bertuan di Jepun nbsp Tetapi di Malaysia juga mempunyai pulau kucing yang terletak di Pusat Tenun Pekan Pahang dengan jumlah sebanyak 100 ekor ...
5 Tips Agar Tempat Tempat Ini Enggak Jadi Sarang Ular Harus Dipraktikkan

5 Tips Agar Tempat Tempat Ini Enggak Jadi Sarang Ular Harus Dipraktikkan

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 297 hits
Teror ular yang belakangan banyak ditemukan masuk ke dalam rumah warga banyak terjadi Tidak tanggung tanggung ular yang banyak ditemukan adalah jenis ular dengan bisa mematikan seperti kobra
11 Tempat Menarik Di Penang Wajib Anda Lawati Rugi Kalau Tak Datang Sini

11 Tempat Menarik Di Penang Wajib Anda Lawati Rugi Kalau Tak Datang Sini

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 873 hits
11 Tempat Menarik di Penang Wajib Anda Lawati Rugi kalau Tak Datang Sini Pulau Pinang sememangnya salah satu destinasi yang cukup popular dalam kalangan pelancong tidak kira dari luar mahupun di dalam Malaysia Sering kali dirujuk sebagai sy...
8 Tempat Wisata Kuliner Di Jogja Yang Melegenda Dan Wajib Dicoba

8 Tempat Wisata Kuliner Di Jogja Yang Melegenda Dan Wajib Dicoba

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 204 hits
Masyarakat kota Jogja yang terkenal ramah dan membumi membuat wisatawan merasa nyaman berada disini ditambah reputasi kota Jogja yang terkenal dengan wisata yang ramah di kantong Jika berjalan jalan ke Jogja jangan lewatkan untuk mencoba be...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp