Info Ringkas Travel Ke Ipoh Perak Ipoh Memang Awesome


Info Ringkas Travel Ke Ipoh, Perak, Ipoh Memang AWESOME! Ibu negeri Perak, Ipoh merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia dengan populasi penduduk lebih daripada 710 ribu orang. Mendapat status Bandar Raya pada 27 Mei 1988, Ipoh terbahagi kepada dua bahagian oleh Sungai Kinta iaitu Bandar Lama Ipoh (Ipoh Old Town) dan Bandar Baru (New Town).
BACA: Jom Bawa Anak-Anak Beriadah Di Taman Tasik Titiwangsa Versi Baru, Ahad Ini!
Kawasan bandar lama Ipoh terdiri daripada bangunan lama yang mempunyai seni bina pra perperangan dan kebanyakkannya merupakan bangunan kerajaan, lot kedai, kawasan perumahan dan mercu tanda berkait dengan sejarah.
Selain terkenal dengan bangunan bersejarah dan banyak tempat dan tarikan menarik di Ipoh, ia juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan juga lambakkan kafe hipster.
Pengangkutan Ke Ipoh
Terletak kira – kira 200 kilometer dari Kuala Lumpur dan 130 kilometer dari Pulau Pinang, ada beberapa cara atau pengangkutan yang boleh digunakan; iaitu penerbangan, kereta api dan menaiki kereta.
Dari Kuala Lumpur ; anda boleh pilih untuk menggunakan salah satu dari pengangkutan diatas cuma kalau penerbangan tu, ‘keras’ sikit lah harganya.
Memandu
Boleh semak harga tol dari mana anda bermula di sini. Bulan lepas, kami sempat buat roadtrip hujung minggu ke Ipoh. Pergi Sabtu pagi, balik Ahad tengah hari.
Untuk memandu sendiri, anda gunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan keluar di Ipoh (Utara). Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit mengikut jenis kereta dan kelajuan memandu sendiri lah. Minyak RM40 lepas untuk pergi dan balik (kami naik Axia). Untuk tol pula; dari Rawang – Ipoh RM23.20.
Jadi kos memandu : RM 43.20 (sehala). Balik kami exit di Gopeng sebab singgah di Kellie’s Castle, jadi secara total kami habis RM 63.50 untuk perjalanan pergi dan balik ke Ipoh untuk minyak dan tol.
Naik ETS
Pilihan ke-3 untuk pengangkutan ke Ipoh dari Kuala Lumpur adalah menggunakan kereta api. Sekarang ini, sudah tiada keretapi lama. Hanya ETS. Ada 3 pilihan kelas ETS disediakan oleh KTMB iaitu Platinum, Gold dan Silver. Beza ketiga – tiga ini ialah harga dan masa diambil. Ini disebabkan beza stesyen yang kereta api tersebut berhenti.
Stesyen KTMB Ipoh
Untuk Platinum – RM46, perjalanan 2 jam 29 minit. Gold – RM36, perjalanan 2 jam 40 minit atau ETS Silver – RM25, perjalanan 2 jam 50 minit.
Penginapan
Ipoh merupakan destinasi yang sangat menarik untuk diterokai, baik untuk anda yang minat bangunan bersejarah, makanan atau lain – lain. Jadi, dari segi penginapan; ada pelbagai pilihan untuk anda di Ipoh. Bergantung kepada bajet anda, ada lebih dari 600 buah hotel, homestay dan juga backpackers hostel.
Macam biasa, pilihan hotel ini terletak kepada citarasa masing – masing. Kalau nak rasa hotel yang best sikit, kami boleh syorkan WEIL Hotel.

Selain hotel, untuk geng backpackers pula, ada banyak pilihan hostel backpackers. Macam contoh, The Brownstone Hostel & Space ni.

Mendapat rating 9.2 di Hostelworld – agak tinggi jugak. Dan harga RM50 untuk satu malam untuk dorm perkongsian dan disertakan dengan sarapan pagi percuma.
Makanan
Untuk makanan di Ipoh, kalau nak disenaraikan memang banyak. Cuma apa yang kami syorkan anda mesti cari adalah; Ipoh Original White Coffee, Nasi Vanggey, Nasi Ganja Ipoh, Hor Fun, Nasi Ayam dan lain – lain. Kami akan buat satu entri asing untuk tempat makan menarik di Ipoh nanti.
Tempat Menarik Di Ipoh
Menarik ni merupakan sesuatu yang subjektif. Jadi mungkin ada yang rasa Ipoh ni memang menarik, ada yang akan cakap Ipoh ni biasa – biasa sahaja, sama seperti bandar lain. Dari segi pengalaman dan pemerhatian kami, IPOH MEMANG AWESOME!
Sembang pasal tempat menarik, antara yang anda boleh lawati ialah LOKEN atau pasar karat Ipoh (hari minggu sahaja), Concubine Lane, Kong Heng Square, cari street art, atau buat kafe hopping. Dekat Ipoh ni, banyak sangat kafe yang menarik dan banyak juga jenama ‘boba’ tea.
‘Boba Tea’ Tapir Milk Tea
Rasanya, cukup lah perkongsian untuk Info Ringkas Travel ke Ipoh ni, tunggu kami kongsikan tempat menarik di Ipoh dan port makan best di Ipoh ye.
Sumber: The Kaki Cuti
The post Info Ringkas Travel Ke Ipoh, Perak, Ipoh Memang AWESOME! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/info-ringkas-travel-ke-ipoh-perak-ipoh-memang-awesome/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Garam Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome

Tak Ada Garam Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 496 hits
Sama seperti kita anak yang masih kecil pun inginkan makanan yang enak seperti yang disediakan buat kita Pun begitu tanggungjawab mengawal kandungan gula dan garam buat anak kecil kita di bawah usia dua tahun jangan dilupakan Biarpun tanpa ...
Travel Dengan Anak Kecil Tak Susah Pun Jika Semua Keperluan Terjaga 10 Tip Mama Ni Handle Anak Kecil Memang Tip Top

Travel Dengan Anak Kecil Tak Susah Pun Jika Semua Keperluan Terjaga 10 Tip Mama Ni Handle Anak Kecil Memang Tip Top

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 303 hits
Musim cuti sekolah ini pasti ada di antara kita yang memilih untuk membawa anak bercuti Tidak kira dalam negara mahupun luar negara persiapan dan keperluan anak anak kecil perlu dipersiapkan bagi mengelakkan anak buat perangai Namun ada ses...
Album Memang Wajib Jurufoto Kongsi Tips Jenis Gambar Yang Perlu Ada Dalam Album Perkahwinan

Album Memang Wajib Jurufoto Kongsi Tips Jenis Gambar Yang Perlu Ada Dalam Album Perkahwinan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 357 hits
Gambar merupakan perkara penting bagi sebuah perkahwinan kerana ia merupakan memori terindah untuk dijadikan kenangan Malahan ia juga boleh dikongsikan dengan anak cucu dikelak hari Bukan itu sahaja dalam merancang majlis perkahwinan mengup...
Buat Penggemar Nescafe Lelaki Ini Kongsi Resepi Bancuhan Nescafe Paling Sedap Memang Padu

Buat Penggemar Nescafe Lelaki Ini Kongsi Resepi Bancuhan Nescafe Paling Sedap Memang Padu

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 699 hits
Pemuda ini kongsi resepi bancuhan air nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal oleh oleh lelaki yang mempunyai pengalaman bebelas bekerja sebagai barista di Starbuck Buat penggemar nescafe lelaki ini kongsi resepi bancuhan nescafe p...
Mb Perak Kena Tekan Dap Isu Hak Milik Tanah 999 Tahun

Mb Perak Kena Tekan Dap Isu Hak Milik Tanah 999 Tahun

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 299 hits
UMNO Perak mengingatkan kerajaan negeri itu supaya tidak mencabul Perlembagaan Persekutuan dengan memberikan hak milik 999 tahun untuk tanah di kampung kampung baru Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Saarani Mohamad menegaskan la...
Jangan Berkira Untuk Beli Makanan Kucing Rezekinya Memang Menakjubkan

Jangan Berkira Untuk Beli Makanan Kucing Rezekinya Memang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 741 hits
Ramai daripada kita yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja dan comel Malah membela kucing juga sangat istimewa kerana ia bukan sahaja sebagai terapi malah dapat membentuk diri kita agar menjadi seorang yang...
Penaja Utama Gv6 Mendapat Pujian Melangit Dari Netizen Contoh Untuk Para Penaja Lain Memang Sempoi Terbaik Boss Susu

Penaja Utama Gv6 Mendapat Pujian Melangit Dari Netizen Contoh Untuk Para Penaja Lain Memang Sempoi Terbaik Boss Susu

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 458 hits
Bahang program rancangan nyanyian Gegar Vaganza 6 nampaknya masih dirasai hingga ke hari ini Penaja Utama GV6 Mendapat Pujian Melangit Dari Netizen Contoh untuk para penaja Lain Memang sempoi Terbaik Boss Susu
Bukan Nak Runtuh Tapi Memang Reka Bentuk Bangunan

Bukan Nak Runtuh Tapi Memang Reka Bentuk Bangunan

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 375 hits
Kuala Lumpur 23 Dis Menara kediaman di Jalan Conlay yang kelihatan condong adalah reka bentuk bangunan itu dan bukannya menandakan bangunan itu akan runtuh Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group yang merupakan pemaju projek itu Joanne Kua berkat...
Menu Bayi 7 Bulan Tapi Sedapnya Macam Menu Orang Dewasa 20 Resipi Ibu Ni Memang Mantap

Menu Bayi 7 Bulan Tapi Sedapnya Macam Menu Orang Dewasa 20 Resipi Ibu Ni Memang Mantap

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 680 hits
Anak pun sama mahukan makanan yang penuh rasa enak dan pelbagai rasanya buat mereka Adakalanya mereka bosan mereka inginkan sesuatu yang berbeza untuk mereka Berkreatif dengan makanan yang dimasakkan buat bayi sememangnya perlu bagi mengela...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash