Travel To Tidung Island And Tanjung Lesung Indonesia
Tidung Island atau Pulau Tidung merupakan salah satu pulau yang terletak di dalam gagasan seribu pulau di utara Jakarta.
Kebanyakkan pulau-pulau di sini tidak berpenghuni dan kemudahan untuk pelancong agak kurang, namun dalam kekurangan ini jugalah dapat menjaga ekosistem pulau ini untuk kekal indah tanpa pembangunan masa kini.
Walaupun tanpa sebarang kemudahan untuk pelancong, pulau ini kian mendapat tempat dalam kalangan pelancong dalam mahupun luar negara. Dengan jarak hanya 1.5 jam menaiki ferry dari Jakarja, Pulau Tidung kini telah menjadi tumpuan mereka yang mahukan percutian pulau yang masih “dara” dari sebarang pencemaran akibat ekosistem pelancongan.
Bagi pelancong yang datang ke pulau ini, terdapat pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan sepanjang berada di Pulau ini. Antara aktiviti yang cukup popular adalah snorkeling, banana boat serta diving.
Buat kaki selam pula, diving di pulau yang masih lagi belum tercemar ini pastinya menjanjikan pengalaman aktiviti bawah air yang cukup berbeza. Pelbagai spesis hidupan laut dan batu karang yang belum terusik mampu menjadikan aktivti diving korang berbaloi.
Di pulau ini juga terdapat sebuah kampung tradisional yang cukup popular dan unik untuk dijelajah. Malah korang juga berpeluang untuk menginap di kampung tradisional ini supaya boleh menikmati pengalaman berada di Pulau Tidung dengan lebih dekat di hati.
How to get to Tidung
Untuk ke Pulau Tidung korang boleh menaiki speed boat dari Ancol. Bot dari pelabuhan Ancol ini akan bermula seawal jam 8 pagi dan hanya mengambil masa selaama 1 jam 30 minit sahaja. Harga tiket kalau tak silap aku lebih kurang Rp. 150,000 weekends dan 125,000 week days. Tiket boleh dibeli di kaunter jeti Ancol.
Tips: Korang hanya boleh bawa luggage max 10kg sahaja. Kalau lebih diroang akan charge lain. 5kg untuk Rp20,000. Satu lagi korang kena bayar lagi Rp25,000 per person kepada mereka yang bertugas di jeti Ancol Marina.
Selain itu, korang juga boleh ke Pulau Tidung melalui jeti Kali Adem Muara Angke. Speed boat ini akan bertolak pada jam 8.15am dari jeti Kali Adem. Harga tiket 110,000 per person.
5 Things to do on Tidung Island
Beriku aku kongsikan 5 aktiviti yang boleh korang buat di Pulau ini.
#1. Snorkeling or Diving trip
The post Travel To Tidung Island And Tanjung Lesung Indonesia appeared first on Faizal Fredley.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.faizalfredley.com/2019/12/20/travel-to-tidung-island-and-tanjung-lesung-indonesia/